Nuffnang Blog Awards, Here I Come

 

Haha… lepas beberapa minit aku publish entri pasal Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards , nuffnang anta emel, aku baca tajuk emel tu, ingat nak abaikan je, sebab aku dah tau kan? skali bila aku scroll lagi sikit, aku nampak lak benda ni…

ape lagi, terus bukak web mail untuk tengok benda ni…

Akan datang 16 Disember 2011, 500 penulis blog dari sekitar rantau Asia Pasifik akan berkerumun di Kuala Lumpur, Malaysia untuk Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 di Putrajaya Marriott. Awards ini tidak hanya menyasarkan untuk memberi penghormatan kepada penulis-penulis blog terbaik rantau,tetapi juga untuk menemukan komuniti penulis blog serata Asia Pasifik. Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards dibawakan untuk anda oleh Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.

camne nak dapat invitation nih, sekali kena wat entri la… aisemen, entri yang baru kejap tadi pon orang belum sempat baca lagi. tapi aku dah ping kat innit, apesal.com, guablog, ohbelog.com,kat busuk.org dah… tapi xpela… nak buat camne kan?tapi ape pon, aku tetap nak dapatkan jugak jemputan tu. 3 sebab kenapa aku nak pegi. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 13 times, 4,591,275)

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards

Aku login nuffnang untuk tengok analytics, wah pukul 7:43 pm ni, dah 674 unique visitor,kaw2 lah, xpenah aku rasa aku dapat lebih 600 nih, ni penangan marco simoncelli la nih… pastu aku pelik lak tengok background nuffnang ni, owh ada blog awards lah… tanduk setan mula keluar,rasa cam nak join lak, tapi bila tengok kategori, tak tau lak ape kategori yang sesuai ngan blog aku, sebenarnya benda ni orang lain yang patutnya calonkan blog tu, tapi kalau kita tanpa segan silu dan confidentnya nak mencalonkan blog sendiri pon boleh. tapi sekarang ni aku pon tak tau blog aku ni kategori apa. so tak jadi la aku nak calonkan diri aku sendiri… hahahaha

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards memulakan pencalonan , di mana anda boleh mencalonkan semua penulis-penulis blog kegemaran anda untuk anugerah-anugerah anda fikir mereka berhak.Pencalonan terbuka bagi semua penulis-penulis blog di rantau ini , dan Nuffnang.com meletakkan kuasa di tangan anda memberitahu kami yang layak akan dicalonkan untuk  kategori-kategori ini seperti berikut.

Tempoh pencalonan bermula 24 Oktober 2011 , dan pencalonan akan ditutup pukul 11.59 pm, 2 November 2011.

Selepas pencalonan adalah ditutup, blog tercalon akan menjalani satu proses pemilihan oleh panel hakim menentukan finalis yang akan meneruskan peringkat berikutnya – pengundian.

p/s: mula mencalonkan blog kegemaran korang sekarang… masa tak lama beb

(Visited 33 times, 4,591,275)