Surat suami curang dibalas isteri

Ni kisah beberapa hari lepas, saya baca entri pasal sorang suami curang bertajuk mengapa aku curang kepada isteri kat blog JR. Katanya dari akhbar, tak tahulah, saya tak baca surat khabar dah berapa lama dah.

Antara petikan dari blog beliau…

(Visited 6,997 times, 4,600,290)

Mah yang terkejut dengan pengakuan berani suami bertanya apa salahnya hingga suami sanggup curang dan berzina dengan wanita lain? Suaminya menjawab isterinya tak bersalah, isterinya sangat baik, malah dia sangat menyintai isterinya. Dia menduakan isteri atas satu sebab yang dia tak tergamak berterus terang menyebut di depan isteri. Tapi jika isterinya nak tau juga, si-suami akan tulis surat menceritakan mengapa dia berzina dengan wanita lain walaupun dia sangat menyintai isterinya. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 1,563 times, 4,600,290)

Jangan cari suami orang – mak pesan

Pernah dengar orang cakap mak pesan jangan cari suami orang tak? atau mak korang pesan? Ape salahnya? poligami kan sah disisi agama? betul tak? lelaki kan boleh kawin empat kan? so ape salahnya cari suami orang?

suami orang

Itulah yang pernah bermain dalam kepala otak saya bila dengan akak2 yang pangkat mak ngan saya cakap kat anak-anak dara… Kadang rasa cam tak puas hati lah pulak… macam diorang ni menolak poligami pulak… Tapi semalam tengah isi air dalam bekas simpanan air, tetiba teringat pulak kat sorang kawan, pangkat kakak la… tu yang buat saya nak catatkan kat sini kenapa jangan cari suami orang…

Ada banyak sebab kenapa makcik2 selalu pesan kat anak dara supaya jangan cari suami orang… cari tu tak salah, kalau orang yang duduk kat kaunter pertanyaan tu suami orang, tak salah kalau korang nak cari sebab nak tanya jalan, saya pon suami orang gak… ramai je orang cari saya, isteri orang pon cari saya… sebabnya saya ni juruteknik komputer, bila diorang tak reti nak guna projektor, nak cari bahan tambahan untuk mengajar, internet down, memang diorang selalu cari suami orang ni <-saya la tu. kalau macam tu tak salah. yang salah tu, cari suami orang sebab nak ajak kawen… haaaaa yang tu yang makcik2 tu risau… salah tu tak berapa nak salah jugak… yang jadi salah tu bila jadi macam kawan saya ni…

berebut laki

Kemaruk sangat nak kawin dengan suami orang, memangla dapat, sang suami menceraikan isteri tua, kawin pulak dengan kawan saya ni… lepastu bila jumpa yang lagi menarik, die kawin pulak dengan perempuan tu, kawan saya ni pulak yang diceraikannya…. haaaaa… itula yang makcik2 taknak… kalau die boleh buat kat bini die… tak mustahil bila korang dah jadi bini die nanti, nasib yang sama menimpa korang… nak ke jadi janda?

banyak lagi sebab lain… kat sini saya jumpa 10 sebab tidak digalakkan pilih suami orang

Hasil carian :

(Visited 308 times, 4,600,290)