Blogger Area Media Expert (Advertorial Murah)

Blogger Area Media Expert (Advertorial Murah)

Blogger Area Media Expert(B.A.M.E) ? Apa tu? Blogger Area Media Expert adalah sekumpulan blogger hebat yang diterajui oleh group blogger area yang diasaskan oleh Tuan Blogger Area.

B.A.M.E menyediakan sebuah  platform kepada peniaga,terutama peniaga kecil, sama ada peniaga online atau offline untuk memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan baru dan lama melalui konsep advertorial.

peniaga kecil jual kuih online

Ini sedikit sebanyak memudahkan peniaga kerana semua blogger di bawah pengurusan B.A.M.E mengenakan kadar bayaran yang berpatutan dan murah berbanding blogger-blogger yang bukan di bawah pengurusan B.A.M.E . Sebarang maklumat lanjut,sila hubungi Tuan Blogger Area di facebook. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 94 times, 5,227,508)

Harga advertorial saya berapa?

Harga advertorial saya

Lepas baca entri uncle zuan pasal etika perniagaan orang islam, saya rasa saya patut buat entri pasal harga advertorial saya.

Dalam entri tu, saya ada komen, klik sini untuk terus lompat ke komen tu. Komen saya macam ni.

sebab tu, bila orang nak hire saya untuk buat advertorial, saya mintak mereka letakkan harga, kalau dia nak juga saya letak harga, saya letak satu harga, dan tanya dia sanggup ke tak, biasanya diorang sanggup terus, tapi masalah orang kita, bila saya letak harga, dia rasa tinggi, tak nak pulak dia bargain, trus senyap je… huhu

Itulah masalah saya, bila orang nak upah saya tulis advertorial dia, saya akan tanya berapa budget dia, berapa yang dia mampu nak bayar, sebab pada saya, saya nak kan kepuasan kedua-dua belah pihak, dia mampu nak bayar harga advertorial saya dan saya gembira dengan nilai yang dibayar.

harga advertorial

Tapi bila klien atau bakal pelanggan saya tak tahu berapa yang patut dibayar, mungkin dia takut nilai yang dia letak terlalu rendah, dan mintak saya letakkan juga satu harga, saya akan buat kajian.

Saya akan buat kajian tentang perniagaan dia, saya akan kaji laman web yang dia minta saya tampilkan tu dan beberapa kajian lain. Dan saya akan cuba letakkan satu harga.

Dimana harga tu, melebihi kos server saya dan anggaran kemampuan pelanggan berdasarkan kajian-kajian saya tadi.

Biasanya harga yang saya letak, laju je orang setuju, setuju dengan gembiranya…

Tapi tak semudah itu, ade je yang tak setuju dengan harga advertorial yang saya letak(agaknyalah). Sebab lepas saya letak, dia terus senyap.

Padahal saya dah cakap, harga boleh runding, berapa yang dia mampu? kalau harga yang saya letak tu tinggi, mintak kurang sikit, masih boleh nego harga advertorial tu, janganlah bimbang.

Blog ni bukanlah cemerlang, gemilang sangat macam blog lain, walaupun blog ni dah agak lama, tapi penulisan saya dulu kebanyakkannya sampah… ejaan ikut sedap tekak, ayat kelaut, SEO memang tak ada, update ikut suka (dulula).

Sekarang ni ok la sikit, malas-malas saya nak blogwalking pon, trafik masih cecah target, update pon berkala setiap dua hari, ejaan sehabis baik saya eja dengan penuh, dan saya pastikan setiap entri baru, level penunjuk SEO mesti hijau.

Kalau ada yang nak tanya macam mana nak kasi hebat SEO, korang kena beli kitab pink SEO rakan blogger nih

Advertotial ni tak buatkan saya kaya pon, sebab baru berapa je job advertorial saya dapat, nak dapat sebulan sekali pon kadang-kadang payah, paling banyak pon tiga advertorial dalam masa sebulan.

Harga saya tak tinggi pon, janganlah takut nak tanya, emel je saya di admin@alongxp.com, tanya harga.

Dapat tampung harga server dah cukup dah, tapi, lagi tinggi nilai yang anda mampu bayar, motivasi saya untuk tulis pengiklanan anda akan meningkat, saya makin bersungguh-sungguh. tu je bezanya.

Kalau harga renda sekali pon, saya tetap tulis, hasil penulisan tu insyaallah anda akan puas hati, olahan ayat yang saya hasilkan tu mungkin akan buat orang tertarik, sekurang-kurangnya untuk ke laman web anda.

Jadi jangan segan nak bincang harga ok?

Hasil carian :

(Visited 174 times, 5,227,508)

Apa itu advertorial ?

Siapa yang friend dengan saya kat fb akan perasan yang kebelakangan ni saya ada update status berkaitan dengan advertorial. Ada jugak yang tanya apa itu advertorial. Ok, sekarang saya nak cerita ape kebendanya advertorial tu? adakah ianya sejenis buah macam epal? adakah ianya sejenis tangkal pendiding diri yang membolehkan kita jadi kebal? adakah ianya satu jenama mi segera yang baru? adakah ianya model kereta terbaru? atau mungkin ianya satu teknologi komputer baru?

Ok, advertorial sebenarnya adalah gabungan perkataan advertisment (iklan) dan editorial. Maksud editorial pulak, kalau mengikut google translate adalah seperti dibawah.

maksud editorial

dan kalau mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pulak adalah seperti dibawah

makna editorialsenang cerita maksud editorial ni penulisan mengikut pandangan penulis / editor lah…. kot… hahahaha. maknanya, bila digabungkan perkataan advertisment dan editorial, yang menghasilkan perkataan advertorial bermaksud pengiklanan yang mengikut pandangan / ulasan penulis. kalau advertorial di blog, maknanya pengiklanan berdasarkan ulasan bogger sendiri. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 256 times, 5,227,508)