guna firefox sebagai internet explorer

Ok, minggu lepas saya cerita macam mana nak guna google chrome sebagai internet explorer, minggu ni saya nak tunjuk macam mana nak guna firefox sebagai internet explorer pulak. Ok, memula sekali, kalau anda menggunakan windows 7 macam saya, bukak firefox, kat sebelah kiri atas tu, tekan butang oren yang bertulis Firefox. dan die keluar macam kat bawah ni, add on firefox   klik pada Add-ons search user agent overrider pada sebelah kanan, ada kotak search, taipkan user agent overrider. bila keluar senarai macam kat bawah ni   install add on guna firefoxpilih user agent overrider dan klik button install. guna firefox sebagai internet explorer kalau proses install tu berjaya, anda akan nampak butang yang macam dalam gambar kat atas ni. Tekan butang kebawah macam dalam gambar tu untuk proses guna firefox sebagai internet explorer atau lain-lain.

bila dah klik butang tu, dia akan terpapar macam ni.

pilih internet explorer dalam firefox

kalau korang nak guna firefox tu sebagai internet explorer 11, pilih yang tulis windows / ie11 tu. bila dah pilih yang tu, korang boleh test lah sama ada firefox tu dah jadi internet explorer ke belum dengan pergi ke www.whatismybrowser.com

test browser guna firefox sebagai internet explorer

kalau hasilnya macam ni, maknannya berjaya dan tiada masalah la tu. kalau nak tukar balik ke mode firefox semula. tekan butang macam dalam gambar ke tiga tu, pilih windows / firefox 26 (tu latest firefox yang die sediakan)

pilih guna firefox semuladia ada lain sikit dengan versi masa kite buat kat chrome, tapi hasil test saya ke beberapa addons firefox, yang ni yang ada latest update.

so camtu jelah caranya untuk guna firefox sebagai internet explorer

Hasil carian :

(Visited 88 times, 4,599,139)

beza antara subdomain , addon domain dan parked domain

beza antara subdomain , addon domain dan parked domain

Camne nak start e? oklah.. dipendekkan cerita, adalah sorang kawan ni tanya apa beza antara subdomain , addon domain dan parked domain ni? susah tul nak cerita seeeeesimple yang mungkin. so saya dapatla idea ni… harap dapatlah membantu die memahami ape beza antara subdomain , addon domain dan parked domain ni.

beza antara subdomain , addon domain dan parked domain

ok… seperti yang anda boleh tengok dalam gambar diatas, apa itu subdomain ni… subdomain ni maksudnya satu url yang menggunakan domain anda yang dah sedia.

ok.. penjelasan yang lebih jelas, saya ada 1 folder lagi dalam alongxp.com, dan dalam tu saya menggunakan cms coppermine untuk memaparkan gamba2. oleh kerana saya takde budget dan takde idea nk beli domain. so saya gunakan nama folder tu untuk pelawat mengakses galeri tu.

so takde modal diperlukan untuk proses ni sebab kita menggunakan domain yang dah sedia ada je…

 

addon domain

di atas ni pulak pasal addon domain ye…

addon domain ni maksudnye kite just tambah domain… hosting masih lagi 1 je… kalau tengok pada gamba kat atas ni, konsepnye lebih kurang sama ngan subdomain, kite buat satu folder dalam hosting kita, kita buat satu lagi website dalam folder tu. tapi kali ni kita guna domain lain.

so kos kat sini adalah 1 domain, harga domain boleh rujuk kat sini harga domain

maksudnya kita ada 1 hosting, 2 domain atau lebih, 2 website atau lebih

 

 

parked domain

Ok, ni bahagian terakhir dalam beza antara subdomain , addon domain dan parked domain.

yang kat atas ni pulak parked domain ok? maksudnya domain ni untuk pergi ke satu domain yang lain. biasanya company lah yang banyak guna cara ni… mungkin dulu die guna nama dia sebagai url, contohnya azham.com , lepas setahun syarikat menjual alatan memancing tu beroperasi, azham pon membesarkan syarikat sendiri dan mengeluarkan alatan memancing jenama sendiri iaitu jerung itam, jadi dia nak tukar url website dia dari azham.com kepada jerung-itam.com, tapi oleh kerana dia baru je dapat business card yang dia tempah 2 bulan lepas dan masih menggunakan url azham.com. dia dah risau nanti orang masuk website azham.com jumpe page not found lak… so die buat parked domain. so bila orang masuk azham.com pon, die terus ke jerung-itam.com.

so… anda dah faham beza antara subdomain , addon domain dan parked domain ? ada soalan? sila ajukan kat ruangan komen kat bawah ye…

kepada azham… sori terguna nama ko sbg contoh… tetibe teringat kat ko lak… hahaha

Hasil carian :

(Visited 165 times, 4,599,139)