6 fakta sebenar pasal haiwan

Selama ni, kita banyak didedahkan dengan banyak perkara/fakta yang tidak betul mengenai binatang. Kita didedakan melalui filem2 animasi dan kartun tentang fakta ini, hari ini alongxp nak menghuraikan enam fakta sebenar tentang binatang2 ini.

1. Lembu jantan buta warna

 

Perlawanan lembu adalah sukan yang biasa dilakukan di Spanyol dan beberapa negara Eropah yang lain, dan sudah pastunya ditonton oleh Jutaan penonton. Permainannya mudah, sama ada Matador atau lembu jantan yang keluar. Ramai yang salah tanggapan yang lembu jantan itu menjadi marah apabila melihat kain merah yang di kibas oleh matador dan membuat lembu itu mengejarnya… Yang menariknya… lembu jantan buta warna merah atau hijau. Jadi… bukanlah sebab warna tu, tapi gerakkan kain merah yang dibuat matador tu yang buat lembu tu nak kejar tu…

2. Ular sebenarnya pekak.

 

korang mesti penah tgk pakcik yang tiup menatang kat ular tu kan?paling2 pn korg penah la tgk kat tv ke kat youtube ke kan? yee.. kita sume ingat die ikot nada seruling tu kan?kan?kan? Satu fakta yang menarik : ular sebenarnya pekak. Apa yang buat diorang menari adalah kerana gerakan yang diorang terima melalui tanah atau dasar. itu yang buat diorg bertindak balas dan menari(camne nk suruh ular menari chicken dance ek?)

 

3. Kelawar tak buta.

 

Kelawar “buta” dan menyerang mangsanya wlaupun diwaktu malam yang sangat gelap melalui pendengaran mereka yang unik melalui sistem gemaan <- ni yang kebanyakkan kita tahu kan? Tapi kebanyakan kelawar sebenarnya TAK buta dan mempunyai pandangan yang tajam. Keluang(tak termasuk kluang man) adalah salah satu spesis kelawar yang boleh melihat di siang hari dan boleh berjalan2 windows shopping sambil menyerang mangsanya. Tambahan info, banyak saintis telah membuktikan yang kelawar boleh membezakan warna. Tinggal lagi mereka belum mampu untuk mengecat rumah.

 

4. Kura-kura tak boleh keluar dari cengkerangnya.

 

Selalu kita tengok kat citer kartun kura2 keluar dari cengkerang, kadang2 cengkerang tertinggal la… Pilih cengkerang yang nak dipakai untuk hari tu cam pilih baju la.. kan? Hakikatnye… kura2 tak boleh tinggalkan cengkerang dia. Cengkerang bahagian yang penting pada badan menatang ni yang mana ianya terikat dengan rangka mereka. So… kalau korang rasa korang nak belikan cengkerang baru yang lagi cantik untuk kura2 korang… lupekan je la niat tu sebelum kura2 korang menangis tgk cengkerang baru tu.

 

5. Penguin bukan ada warna hitam dan putih sahaja.

 

Korang nak jumpa banduan yang pakai baju hitam n putih je pon dah susah dah sekarang, inikan penguin. hehehe… Orang semua ingat , bila penguin je,dia ada warna hitam n putih je… Ade jugak yang ada warna kelabu,yg ada eye shadow boru,oren dan oren. Kebanyakan penguin ada bulu2 yg cerah dan bewarna warni, paruh oren, kaki pink atau merah.

 

6. Kulit gajah tak tebal

 

Gajah mempunyai kulit setebal 2-3 cm tapi cuma kat belakang dengan tepi je… yang lain tu sangat sensitif. Gajah boleh merasa setiap sentuhan dan sangat sensitif dengan matahari. Itulah sebabnye ibu gajah selalu memberikan perlindungan kepada anaknya. Mereka selalu mandi lumpur untuk melindung diri dari sinar matahari.

ok, jom kita jengah blog orkid ungu,noa dan adilah… oh ya.. like sekali page baru Alongxp.com di facebook ye…

Hasil carian :

(Visited 333 times, 4,591,267)