Selamat datang 2016, satu lagi tahun genap

Selamat datang 2016, satu lagi tahun genap

Ye, selamat datang 2016, satu lagi tahun genap, selamat tinggal 2015, satu tahun ganjil yang baru je beberapa bulan meninggalkan kita.
Sebenarnya, saya agak risau bila masuk tahun genap. Tak tahulah nak cakap macam mana, mungkin sejenis atau seketul falsampah dalam perjalanan hidup saya kot.
Pada saya, tahun genap bukanlah tahun yang ong.

2016 tahun genap
Tapi sebenarnya, saya sendiri tahu benda tu tak betul pon, tak kiralah sama ada tahun tu tahun genap ataupun tahun ganjil, tak ong, tetap gak tak ong.
Sebab macam contoh beberapa tahun kebelakangan ni, tahun ganjil yang kononnya ong, sangatlah tak ong.
Berikut adalah beberapa contohnya.
2009 satu sejarah paling perit yang akan sentiasa meninggalkan parut dalam hidup saya.
2013, pilihan raya, timing belt putus masa on the way balik johor, kat tengah-tengah highway, tersadai kat tepi highway selama sejam lebih menunggu orang plus yang katanya nak u-turn tapi tak sampai-sampai.
Nasib baik towing yang sampai bukan jenis macam dalam cerita berhati-hati ketika singgah di rnr seremban.
2015 paling sucks sekali la orang kata. Rasanya tak perlu la nak terangkan, rasanya ramai orang rasa betapa hazabnya hidup tahun 2015 ni
Tahun ganjil yang saya anggap tahun tak ong pun, banyak memberi kegembiraan dalam hidup saya.
Contohnya, 3 dari 4 orang anak saya dilahirkan pada tahun genap.
Setiap ibubapa tahu macam mana rasanya bila baby baru lahir, walaupun tengah dilanda masalah, bila baby lahir, segala beban dan masalah rasa macam hilang bila anak kita lahir.
Setuju tak?
Saya berharap, adalah satu sinar baru yang akan terbit disebalik perancangan saya.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya, betul tak?

Saya ada merancang beberapa perkara, tapi banyak yang nampaknya macam nak kecundang.

Berbeza dengan orang lain, itulah yang saya suka… bila ianya nampak macam nak kecundang, lagilah semangat saya nak teruskan. Selagi tak menemui jalan buntu, saya akan teruskan.

Salah satu prinsip hidup saya, gagal tu pasti, berjaya tu rezeki… Yang penti usaha dulu, berjaya ke gagal, tu nombor 19.

Hasil carian :

(Visited 136 times, 5,279,600)

Blogger banyak komen bulan januari 2015

Blogger banyak komen januari 2015

Siapa blogger banyak komen bulan januari 2015? Bagus sangat ke sampai banyak komen? apa yang blogger ni komen? Apa aku merepek ni? hmmm… penat balik dari johor malam tadi belum habis lagi masa tulis entri ni.

Sebenarnya benda blogger banyak komen ni adalah blogger yang banyak memberikan komen di post atau entri dalam blog saya ni. bukan banyak komplen ye… jangan salah faham pulak, banyak komen dengan banyak komplen lain tau

Macam yang saya nyatakan dalam entri penyumbang trafik terbanyak blog ni dalam 2014, saya akan senaraikan orang yang paling rajin komen (tempat pertama) setiap bulan.

Tapi untuk bulan januari 2015 ni, ada 3 blogger yang banyak komen di blog saya ni.

blogger banyak komen bulan januari 2015

Mereka bertiga ialah diana(www.dianarashid.com), MNH(sayapejuangbahasa.blogspot.com) dan macam sebelum-sebelum ni, blogger lelaki(www.bloggerlelaki.com) tetap menduduki tempat pertama dalam orang yang paling rajin kat blog ni, berbeza dengan cerita sebelum ni, kali ni beliau kena share podium dengan orang lain.

Walaupun 3 orang, saya tetap letakkan nama blogger ni di sidebar di blog saya ni, korang boleh nampak di sidebar, di sebelah kanan blog saya ni.

penghargaan kepada blogger

Ini sebagai satu penghargaan kepada blogger – blogger ni yang sudi masuk ke blog saya yang tak seberapa ni, dan memberikan komen kepada entri atau post yang saya buat.

Selain dari mereka bertiga, 7 lagi blogger dalam senarai top 10 blogger yang komen di blog ni adalah

Walaupun kebanyakkan dari mereka ni bukan calang-calang blogger, ada yang ranking alexa bawah 100,000, tapi tetap sudi nak komen kat blog ni.

Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sudi komen di blog saya ni, terutama kepada 3 orang yang tersenarai dalam sidebar saya tu.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,796 times, 5,279,600)

Kenapa saya gembira bila mereka komen? kerana saya tahu yang masuk baca entri saya adalah manusia dan saya tahu mereka dah baca sekurang-kurangnya separuh dari topik yang saya tulis. Kalau baca dari awal sampai habis memang terbaiklah kan?

Apa kelebihan mereka dapat bila mereka komen di blog orang? pastinya ranking alexa bagi blog mereka meningkat.

Setiap blogger yang komen tu akan letak link blog mereka, dan kemudian commentluv akan memaparkan post mereka, tu salah satu cabang seo tu. Haaaa… kalau korang nak tahu apa lagi cabang seo, kenalah cari ilmu seo dari yang pakar.

domain murah

(Visited 141,054 times, 5,279,600)

Akhir kata, terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang banyak komen di blog saya ni terutama diana(www.dianarashid.com), MNH(sayapejuangbahasa.blogspot.com) dan blogger lelaki (www.bloggerlelaki.com)

 

Hasil carian :

(Visited 81 times, 5,279,600)

Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014

Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014

Saya nak mengucapkan Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014 dengan harapan tahun 2015 ni kehidupan saya dan orang disekeliling saya akan jauh lebih baik dari 2014 yang penuh suka dan duka (banyak duka dari suka sebenarnya)

Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014

Gambar kat atas ni saya buat sempena entri Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014 ni, satu hari jugaklah nak buat 3d yang simple ni, nampak macam senang. Tapi tak semudah itu sebab saya belajar sendiri je buat 3d guna photoshop.

domain murah

(Visited 141,054 times, 5,279,600)

Tapi susah tak beerti mustahil, sanggup ke tak sanggup je. Update entri ni adalah perkara yang saya buat sambil saya menyiapkan ebook pertama saya.

Itu pun satu perkara yang susah jugak, patutlah sangat tak banyak orang sanggup buat ebook macam yang saya buat ni. Target nak siapkan menjelang krismas hari tu tak tercapai kerana saya sangat pentingkan isi kandungan ebook ni

Tambah-tambah yang sangat detail macam isi kandungan ebook saya ni. ebook apa? yang tu kenalah rajin singgah ke blog saya ni.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,796 times, 5,279,600)

Apa yang pasti, ebook ni akan banyak membantu ramai orang, terutama orang yang menggunakan komputer dan internet khususnya untuk berniaga atau memaparkan sesuatu.

Antara target orang yang bakal mendapatkan ebook saya ni seperti blogger, mereka yang buat pemasaran internet, peniaga online dan offline, penulis buku, tak kira penulis buku fizikal atau ebook, dan ramai lagi.

Selain dari ebook, dalam pada masa yang sama, saya tengah siapkan blog-blog yang lain.

Dan projek besar yang saya nak siapkan dalam masa terdekat adalah forum jana wang. Forum tu dah dibuka, tapi terlalu banyak nak di tambah baik. terutama sekali nak mencari calon moderator… klu sape nak jawatan tu sila bagitahu saya

forum jana wang

 

Kalau siapa yang ada buat bisnes atau perkhidmatan apa-apa sekali pun, saya jemput masuk ke forum jana wang tu, daftarkan diri, kenalkan diri di kategori yang sesuai dengan korang.

Kalau kategori korang tak ada, korang boleh kenalkan diri di ruangan salam perkenalan, dan gunakan contoh format perkenalkan diri untuk memperkenalkan diri.

Forum janawang ni disasarkan untuk semua jenis perniagaan di malaysia, target saya satu hari nanti, semua peniaga dan usahawan, khususnya bumiputera boleh berkongsi maklumat perniagaan antara satu sama lain.

Dan paling penting sekali, dapat membantu menaikkan perniagaan antara satu sama lain, jadi satu hari, tak hairan kalau orang boleh hantar laptop rosak ke kedai tayar, sebab tokei kedai tayar ada rangkaian perniagaan, dan dia boleh tolong pelanggan dia hantarkan laptop rosak tu ke kedai kawan-kawan dia.

Semoga 2015 akan jadi tahun yang lebih baik dari 2014.

Hasil carian :

(Visited 134 times, 5,279,600)