Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Virus Shopping RM1212 di Lazada Malaysia tengah tersebar kat internet, sila ambil langkah menjaga kad kredit anda, terutama jika anda suami kepada isteri yang kaki shopping online terutama di lazada, sila pastikan kad kredit anda dibawa ke mana-mana walaupun ketika ke tandas atau bilik mandi. hehehehe.

Apa nerakakah yang kau merepek ni alongxp? Ok, macam ni ceritanya, kan bulan lepas saya isytiharkan bulan blogwalking kan? dimana saya telah dengan bangganya blogwalking kaw-kaw ke banyak blog sehinggakan telah meningkatkan ranking alexa blog ni.

Dan sepanjang pengembaraan saya tu, boleh tahan banyak blog yang dok cerita pasal Shopping RM1212 di Lazada Malaysia ni, saya syak yang mereka semua ni berpakat nak melakukan sesuatu. Jadi saya menukarkan diri saya ke mode penyiasat persindirian yang tak bertauliah.

Rupanya… lazada akan buat sale gila-gila kentang sempena 12 disember ni, dan apa yang menarik adalah ada contest untuk blogger, yang mana blogger perlu buat satu post apa yang akan dibeli kalau ada RM1212. adeh… kenapalah RM1212 je, kasi la RM2014 ke, RM121214 ke kan? bolehlah pasang angan-angan nak beli mac sebijik dua hehehehe.

shopping rm1212 di lazada malaysia

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

Okla… berbalik kepada contest Shopping RM1212 di Lazada Malaysia, apa yang aku nak beli kalau dihadkan banyak tu, senang je, tak banyak pon benda nya… satu penghantaran pon dah boleh settle, kotak pon tak besar.

Ok, ini adalah senarai barangnya.

 1.) Nikon 55-200mm F4-5.6G AFS DX ED VR Lens

lens nikon 55-200mm

kalau korang baca post saya dulu-dulu, saya rajin ambil gambar menggunakan dslr nikon d40 saya, dan saya menggunakan lens 18-200mm, dan sekarang lens tu problem bila mode autofocus di guna, on je mode auto (suis A dan M kat tepi lens tu) dia akan gegar, so bila snap gerentilah gambar akan gegar. Jadi saya dah kurang guna dslr saya, sebab letih woo nak guna manual, naik juling mata nak adjust fokus.

kalau korang kakicandid macam saya ni, eloklah beli sebijik lens ni kat sini nikon 55-200mm

2.) JBL E40 Bluetooth Headphones Black

bluetooth wireless headphone

ape benda alah ni? ni adalah headphone wireless yang menggunakan bluetooth untuk berhubung, biasanya bluetooth headphone ni orang biasa guna dengan handphone, saya kan lain sikit, saya sambung dengan laptop, laptop zaman sekarang kan majoritinya ada bluetooth? saya ni jenis orang yang bermasalah dengan wayar, kadang tengah guna laptop, saya letih, saya pusing, bangun, push up, duduk balik, kalau guna wayar memanjanglah terrentap.

apa kelebihan headphone ni? kita boleh control muzik tu nak play, pause, volume dari headphone ni je, kalau main muzik kat laptop guna winamp, pon boleh control guna ni. lepastu kalau tengah layan muzik, sekali bateri habis, takpe, tak payah carik headset lain, ambil kabel yang di bagi sekali, cucuk kat headphone ni dengan laptop, sementara nak habiskan buat kerja tu. menarik kan? beli jelah satu kat sini jbl bluetooth wireless headphone

 

3.) Aquacell Water Activated Rechargeable Batteries Eco 1.5V

aquacell bateri menggunakan air

Haaaa..yang ni yang paling best sekali, nasib baik budget yang diberi cuma rm 1212, so lepas beli dua benda kat atas, balance yang tinggal cuma membolehkan saya beli dua set je bateri isi air ni, kalau rm121214, mahu saya angkat dua puluh set, bukan dua set je. mau taknye, keyboard saya pon pakai wireless, remote dah tentulah 2 untuk tv, 2 untuk astro, untuk speedlight lagi?

Apa yang menariknya bateri “isi je air”ni? sebab dia guna air… haaaa… kau… faham? tak faham? kalau tak faham, boleh baca dan terus beli kat sini bateri isi air

Walaupun RM1212 tu hanyalah “kalau”, tapi tulah benda yang saya teringin nak beli. sekian terima kasih hehe

Hasil carian :

(Visited 171 times, 4,600,288)

23 thoughts on “Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

  1. arghhhhh… kenapa lah ko pun ikut letak iklan kat sini yerrr… malam ni jugak gunting kad krredit.. sekali dah shopping kat sini pakai nampak akan selalu lah shopping nya… (hehehe belum pernah shopping online lagi nih… takut takleh kontrol)
    Najib Ariyan kata cerita ni best –>>BALI PULAU DEWATA – BHG PERTAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge