Selamat datang 2016, satu lagi tahun genap

Selamat datang 2016, satu lagi tahun genap

Ye, selamat datang 2016, satu lagi tahun genap, selamat tinggal 2015, satu tahun ganjil yang baru je beberapa bulan meninggalkan kita.
Sebenarnya, saya agak risau bila masuk tahun genap. Tak tahulah nak cakap macam mana, mungkin sejenis atau seketul falsampah dalam perjalanan hidup saya kot.
Pada saya, tahun genap bukanlah tahun yang ong.

2016 tahun genap
Tapi sebenarnya, saya sendiri tahu benda tu tak betul pon, tak kiralah sama ada tahun tu tahun genap ataupun tahun ganjil, tak ong, tetap gak tak ong.
Sebab macam contoh beberapa tahun kebelakangan ni, tahun ganjil yang kononnya ong, sangatlah tak ong.
Berikut adalah beberapa contohnya.
2009 satu sejarah paling perit yang akan sentiasa meninggalkan parut dalam hidup saya.
2013, pilihan raya, timing belt putus masa on the way balik johor, kat tengah-tengah highway, tersadai kat tepi highway selama sejam lebih menunggu orang plus yang katanya nak u-turn tapi tak sampai-sampai.
Nasib baik towing yang sampai bukan jenis macam dalam cerita berhati-hati ketika singgah di rnr seremban.
2015 paling sucks sekali la orang kata. Rasanya tak perlu la nak terangkan, rasanya ramai orang rasa betapa hazabnya hidup tahun 2015 ni
Tahun ganjil yang saya anggap tahun tak ong pun, banyak memberi kegembiraan dalam hidup saya.
Contohnya, 3 dari 4 orang anak saya dilahirkan pada tahun genap.
Setiap ibubapa tahu macam mana rasanya bila baby baru lahir, walaupun tengah dilanda masalah, bila baby lahir, segala beban dan masalah rasa macam hilang bila anak kita lahir.
Setuju tak?
Saya berharap, adalah satu sinar baru yang akan terbit disebalik perancangan saya.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya, betul tak?

Saya ada merancang beberapa perkara, tapi banyak yang nampaknya macam nak kecundang.

Berbeza dengan orang lain, itulah yang saya suka… bila ianya nampak macam nak kecundang, lagilah semangat saya nak teruskan. Selagi tak menemui jalan buntu, saya akan teruskan.

Salah satu prinsip hidup saya, gagal tu pasti, berjaya tu rezeki… Yang penti usaha dulu, berjaya ke gagal, tu nombor 19.

Hasil carian :

(Visited 97 times, 4,600,381)

One thought on “Selamat datang 2016, satu lagi tahun genap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge