Sejarah tulisan jawi

Ok, minggu lepas saya ada bagi tau yang saya macam nak belajar jawi kan? Siap ada gambar huruf-huruf jawi lagi.

huruf jawiTapi bila dah nak belajar jawi ni, terfikir la pulak tentang sejarah tulisan jawi ni… macam mana die boleh wujud kan? so merata lah saya buat rujukan tentang sejarah tulisan jawi ni. Memang senang kalau search, copy paste… tapi memang prinsip saya sendiri yang taknak terima bulat-bulat atau terima dari satu sumber semata-mata. dan saya suke penerangan yang lengkap. Saya suka sejarah, sebab pada saya sejarah adalah fakta, maksudnya benda yang penah jadi dulu kalu… masa kita lahir, tu pun sejarah gak… Jadi jumpa lah beberapa sumber yang bila saya sync dan saya tapis, ianya tidak bercanggah dan saya percaya ianya boleh dipercayai. Tapi saya kongsikan sejarah awal tulisan jawi ni je… tak perlu rasanya kongsikan yang sampai tahap dewa dewi tu

Tulisan Jawi adalah satu tulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya dan dipercayai wujud sekitar tahun 1300M di Kepulauan Melayu dan berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara khususnya daripada orang Parsi. Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan ditambah dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa arab, iaitu ca, pa, ga, nga, va dan nya. Tulisan jawi ditulis dai kanan ke kiri seperti tulisan ArabSejarah tulisan jawi nusantara

Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu, perkataan “Jawi” (جاوى) berasal dari perkataan bahasa arab “Jawah” merujuk kepada Nusantara atau semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain.  Kemudian orang Melayu menyelaraskan perkataan-perkatan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Oleh kerana itu, para Ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan nama al-Jawi sebagai gelaran sekalipun mereka dari suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi dan lain-lain.ulama sejarah tulisan jawi

Mengikut sejarah tulisan jawi telah berkembang sejak zaman kerajaan islam pasai (tak pasti sama ada adakena mengena dengan baginda masai dalam cerita Nujum Pak Belalang) kemudian disebarkan ke kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Acehpada abad ke 17. Bukti kewujudan tulisan jawi ini adalah dengan penemuan Batu bersurat Terengganu yang bertarikh 4 rejab 702H atau 22 Februari 1303M hari jumaat, manakala tulisan rumi paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke 19. Ini membuktikan yang tulisan jawi tulisan Jawi telah sampai lebih awal ke negara ini berbanding bahasa rumi, jika Batu bersurat tersebut bertarikh pada 1303 Masihi, bermakna ada orang yang telah menguasai tulisan jawi tersebut lebih awal.sejarah tulisan jawi batu bersurat

Setelah Islam berkembang pesat di Tanah Melayu maka usaha-usaha untuk mempelajari Islam semakin meningkat dari sumbernya yang utama iaitu al-Quran dan hadith. Maka ulama’-ulama’ dan para mubaligh Islam telah memperkenalkan suatu tulisan yang berbentuk huruf yang menyerupai tulisan Arab yang dikenali sebagai tulisan jawi. Orang Melayu memandang tinggi kepada tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan al-Quran. Oleh kerana itu, ia banyak digunakan dalah dalam hal-hal kerajaan.pemayhuran kemerdekaan 1957

Rasanya sampai sini jelah kot penerangan pasal sejarah tulisan jawi ni… Data yang saya dapat lepas penerangan-penerangan kat atas ni menerangkan tentang pengembangan tulisan jawi sampai ke hari ni. Yang tu mungkin saya akan buat entri lain rasanya.

Moga berjumpa lagi ya

Hasil carian :

(Visited 632 times, 4,591,164)

2 thoughts on “Sejarah tulisan jawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge