Hari ini dalam sejarah : 1 Januari 1974 – PERASMIAN PENANAMAN CERUCUK ASAS PROJEK PUSAT BANDARAYA PULAU PINANG

Tarikh peristiwa : 1.1.1974(sumber) Pada hari ini dalam tahun 1974, Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak telah merasmikan upacara Penanaman Cerucuk Asas Projek Pusat Perbadanan Bandaraya Pulau Pinang ataupun KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) di Pulau Pinang.  Projek KOMTAR ini dicipta di bawah rancangan ‘Kawasan Pembangunan Menyeluruh’ sebagai sebuah projek untuk memperbaharui semula Bandaraya Georgetown.  […]