satu nombor dua telefon

macam mana pulak satu nombor dua telefon tu kan? pening ar.. apa yang saya maksudkan dengan satu nombor dua telefon tu adalah.. dengan 1 nombor tu, kite boleh guna pada 2 telefon.. tak faham lagi? hahaha… relaks… angkat sikit punggung tu, tarik kerusi rapat ke badan, sandar dan baca perlahan-lahan sebab pada sesetengah orang, benda ni agak rumit nak difahami.

Sebenarnya dah lama saya nak buat entri tentang satu nombor dua telefon ni. tapi bila idea tengah mencanak-canak+kesempatan yang tak berapa nak cukup, tu yang asyik terbantut je tu.

Tapi baru-baru ni adalah satu kejadian yang buat saya rasa saya perlu dengan segera buat entri pasal satu nombor dua telefon ni. cerita bila saya mintak nombor telefon sorang insan ni sebab ada urusan yang perlu saya follow up dengan beliau. saya mintak beliau whatsapp saya bila dah tau keputusan tentang apa yang kami bincang tadi. so dia pon minta saya ambil nombor yang dia guna untuk whatsapp.. dia kata nombor untuk whatsapp lain. saya tanyala kenapa lain? dia jawab sebab ada dua telefon. saya tanya kenapa tak guna nombor yang sama pada dua telefon? die pening… so saya ajar dia…

sim kad telefon

Macam saya, saya ada 2 fon, maknanya ada 2 sim kad, bermakna 2 lah nombor saya kan? tapi kebanyakkan orang tau nombor saya ada 1 je… tulah nombor untuk sms, call, whatsapp, wechat ke telegram ke segala ape. iaitu 012-24***44, tapi.. simkad bagi nombor tu ada dalam telefon pertama. iaitu telefon yang jenis bukan boleh bukak internet pon. setakat untuk call dan sms je. habis tu yang whatsapp ke hape tu? yang tu masuk ke telefon yang ke dua. tapi kan kat telefon ke dua tu, simkad lain… nombor 012-24****2? yup… nombor tu hanya untuk call dan sms orang yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat rapat dengan saya je. haha… tak faham kan? ok… tengok kat gambar bawah ni.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,540 times, 4,593,159)

satu nombor dua telefon

faham tak? macam mana nak buat supaya boleh jadi macam ni? satu nombor pada dua telefon ni. ok, biasanya whatsapp ke wechat ke telegram ke apa2 app yang jenis memerlukan nombor telefon ni, masa kita nak login atau register benda tu, kan kite kena masukkan nombor telefon kita kan? lepastu dia akan verify nombor tu dengan menghantar satu sms verification code kan? kod tu akan dihantar pada telefon pertama. so baca n masukkan kod tu pada applikasi kat telefon ke dua. dah.. siap.. bukan susah sangat pon. kan?

domain murah

(Visited 140,847 times, 4,593,159)

Jadi… walaupun telefon yang kanan tu… yang sim kad atau nombornya 012-24***44 tu dimatikan atau tak sengaja mati, orang masih boleh whatsapp nombor tu… asalkan telefon yang kiri tu on. jadi korang tak perlu la bagitau kat semua orang dua-dua nombor korang tu… bagi satu nombor je dah cukup, diorang boleh contact melalui, call, sms, whatsapp atau apa2 app yang korang ada menggunakan nombor tu

 

Hasil carian :

(Visited 9,152 times, 4,593,159)

38 thoughts on “satu nombor dua telefon

  1. Own hack wechat sy, mcm mana nak ambil balik? number hp dah tak da kat linker, email fb linker pun dia remove, cuma id sj tinggal…tolong sy dpt ka balik..

  2. Salam,awk bleh aja sye care nk hack wechat gunee samsung tap ?
    Sye nk hack wechat lame sye.. sbb no tel daftar wechat to da xde..
    Password lupe..please aja kn

  3. macamana nak login whatsap guna num lama kita tanpa perlu verifikasi kod sms ,sbb num lama tu dah tak digunakan.

  4. Macam mana nk log in whatsupp some one tampa pengetahuan no seseorg..klu blh sy nk on9 whatsupp husband tmpa pengetahuan beliau… tmpa kdtgan kod..blh ke cm tu

    • Klu kamu tak percaya antara 1 sama lain.. Suami istri..
      Maka.. Situasi tu akan berlaku juga yg laki kamu pun xpcaya kamu jugak..

  5. Salam saya punya wechat xboleh buka dan kalau buka masuk ke dalam akaun baru . Tapi akaun lama sata still aktif . So mcm mana nk hacked wechat yg lama melalui id sahaja . . ?

  6. Handphone ayah saya hilang..tapi ayah saya da beli nombor baru..tapi nombor ye sama dengan yang dulu..saya nak tau..orang yang jumpa handphone ayah saya tu..boleh dapat tak..apa yang ayah saya chat..

  7. salam , macam mana nak tau mesej and call kita kena hack ? macam org lain bleh bca mesej kita melalui phone diorg ? and macam mana nak hack ws org lain without pgg phone diorg ?

  8. salam..fon saya yg boleh masuk 2 sim rosak..then nak masukkn satu nombor postpaid yang ada data intrnet dekat fon lain yg cuma boleh msuk 1 sim…tp nombor whatsapp,wechat dengan yg lain2 guna nombor satu lagi yg biasa mmg xdek data internet…so klau ikut apa yg awak tlis nie mknenye saya pkai no yg xdek data internet yg ade whatsapp dengan yg lain2 tu dekat fon biasa then fon yg boleh bukak internet saya msukkan no satu lg yg saya ada…betul x???mknenye saya xpayah lah susah2 nak change number whatsapp saya walaupun pkai no lain ark…lg satu klau case fon rosak screen gelap tau dak cemane nak buat backup…huhuhu..tq

      • owh ok tq2..saya nak backup whatsapp punyer past conversation…yg slalu dorang buat pegi kat setting whatsapp then ade copy2 file whatsapp dlm memory card then paste dekat fon yg nak guna…tp hp dah gelap nak gi setting cemano nyer…kire xboleh diselamatkan lagi lah ek…huhu..

        • Sbnrnye, setiap hari, whatsapp ada buat auto backup, biasanya Pkl 3-4 pagi, so kalau tpon tu jd gelap lepas dr waktu tu, segala chat lpas dari waktu tu X dpt diselamatkan.

          Cara nk backup, Klu tpon tu Blh lg on, cume skrin je problem, kasi on, cucuk kat pc atau laptop, copy folder whatsapp, pastu masukkan kat tpon baru

    • Secara teknikalnya tak boleh, Sbb whatsapp hanya membenarkan 1 handphone menggunakan whatsapp pada satu2 masa, tapi awak boleh cuba guna whatsapp web pada telefon lagi 1 untuk akses ke whatsapp yang lagi 1

  9. Dlu saya sign up wechat pakai no maxis.tp lama sgt xon dh jadi xaktif.nak dijadikan cerita,now ada org lain yang pakai no tu.sekarang saya xboleh nak login sy pnya wechat lg..org lain boleh ke login kita punya wechat..mungkin dia dh guna nombor tu untk sign.up..ada cara lain tak untuk saya login balik?? Thanks.

  10. Salam…camna handphone yg ada telegram, whatsapp, wechat tu nak function kalo takda internet mobile? Takkan nak harap line wifi je…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge