Rozita che wan ratu cantik

Well… macam biasa la… cari benda lain, jumpa benda lain, sekali macam menarik la plak benda ni, pada tarikh hari ini, 26 julai pada tahun 1992, Rozita che wan, alaa.. rozita che wan yang kahwin dengan zain saidin tahun lepas tu.

rozita che wan zain saidindie ni pernah masuk pertandingan ratu cantik rupenye tau… well… sebelum saya cope dan paste kat sini, saya kaji dulu betul ke tak gambar tu gambar rozita che wan. so saya google dulu la… jumpa gambar macam ni kat blog brother nara

rozita che wan kahwinmmmm… nampak macam betul sebab macam lebih kurang je dengan gambar yang dikatakan rozita che wan dalam pertandingan ratu cantik ni

ok.. ni ha gambar yang dikatakan rozita che wan dalam pertandingan ratu cantik tahun 1992 tu. kalau tengok gambar yang sebelah kanan tu macam takde rupe die sangat (kalau nak bandingkan dengan rozita che wan yang sekarang ni) tapi kalau tengok gambar yang sebelah kiri tu memang adalah rupa rozita che wan tu kan? hehehe…

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,533 times, 4,591,164)

rozita che wan ratu cantik

ni pulak keterangan yang saya ambil dari blog arkib negara (sumber gambar ni)

Rozita Che Wan dalam Miss South East Asia Queen (1992)

Pertandingan ratu cantik Miss South East Asia Queen telah dianjurkan buat pertama kalinya oleh D’Touch Promotion pada 26 Julai 1992 di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Melalui nama pertandingan itu, dapat diketahui bahawa ia mempertandingkan bekas pemenang-pemenang pertandingan ratu cantik dari serata Asia Tenggara. Seramai 14 orang ratu cantik dari Malaysia (3), Filipina (3), Indonesia (3), Singapura (3), Brunei (1) & Thailand (1) telah menyertai pertandingan itu.

Peserta dari Malaysia & gelaran yang pernah dimenangi:

  • Samantha Schubert (23 tahun / Miss Malaysia-World 1991)
  • Rozita Che Wan (18 tahun / Miss Malaysia-Intercontinental 1992)
  • Penny Soon (21 tahun / Miss Malaysia-Dreamgirl 1992)

Antara peserta dari negara-negara lain & gelaran yang pernah dimenangi:

  • Kristina Rahman (Brunei / 18 tahun / Tempat ke-4 Miss Teen di Singapura)
  • Amelia Joy (Filipina / 21 tahun / Miss Philippines-Charm 1992)
  • Viftra Burgos (Filipina)
  • Sharon Tan (Singapura)
  • Indira Hasbullah (Indonesia)

 

Keputusan pertandingan Miss South East Asia Queen 1992:

  • Amelia Joy (Tempat pertama Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Body Beautiful & Miss Giamax Elegant)
  • Penny Soon (Tempat ke-2 Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Super Trim & Miss Crowning Glory)
  • Samantha Schubert (Tempat ke-3 Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Balenciaga)
  • Viftra Burgos (Tempat ke-4 Miss South East Asia Queen 1992)
  • Sharon Tan (Tempat ke-5 Miss South East Asia Queen 1992)
  • Rozita Che Wan (Hadiah sampingan: Miss Agfa Colour Photogenic & Miss A O Winning Look)
  • Kristina Rahman (Hadiah sampingan: Miss Friendship)
  • Indira Hasbullah (Hadiah sampingan: Miss Personality)

Saya bukanlah minat sangat ngan mana-mana artis, cuma benda ni kiranya sejarah kan? kalau tak terjumpa, saya pon tak tahu yang dia ni pernah jadi ratu cantik huhu

Hasil carian :

(Visited 368 times, 4,591,164)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge