Review Windows 10 oleh Alongxp

Review Windows 10 oleh Alongxp

Review Windows 10 oleh Alongxp. Siapa alongxp? sayalah.. huhu… kenapa ada oleh alongxp? sebab saya review windows 10 ni dari sudut mata saya sebagai seorang pengguna biasa, sebagai juruteknik komputer, sebagai perunding teknologi maklumat, sebagai seorang yang edit gambar, sebagai seorang jurugambar, sebagai seorang blogger, sebagai seorang pembuat laman web a.k.a webmaster, dan banyak lagilah peranan saya dalam dunia komputer dan teknologi maklumat ni.

alongxp dot my

Saya dapat notification yang laptop saya dah sedia untuk upgrade ke windows 10 masa hari selasa hari tu, dan saya teruskan proses upgrade malam tu jugak, tapi baru sampai 30%, dah fail.

review windows 10 by alongxp

Dan saya sambung pagi esoknya, lama jugalah nak download sebab saya guna streamyx 1mb je, dekat maghrib baru siap download dan proses upgrade windows 10 selesai dalam pukul 8 lebih.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,176)

Dan inilah rupa desktop saya lepas upgrade ke windows 10. Icon besar bagak kan?

review windows 10

Macam yang obefiend, saya juga pengguna tegar dua skrin serentak walaupun ketika menggunakan laptop dan saya juga mengalami masalah yang sama seperti dia yang dia nyatakan dalam blog amanz.my, driver display tak support dalam windows 10.

display windows 10

windows cuma detect 1 display/1monitor sahaja

Tapi alhamdulillah, saya berjaya jumpa driver ati radeon hd 6470m untuk laptop Asus a42jy saya di laman web amd.

driver ati radeon hd 6470m laptop asus

Kalau korang mengalami masalah display macam kami, mungkin korang boleh cari driver graphic card yang sesuai dari senarai yang di sediakan di amanz.my

Ok, kita teruskan dengan review windows 10 ni.

start windows 10

Bila kita tekan start, macam nilah rupa dia, bukan lagi penuh skrin macam windows 8. Ini memberikan sedikit kegembiraan kepada saya.

Tapi kalau korang memang jenis suka start button penuh skrin, boleh buat dengan sebenarnya, nanti saya akan cover dalam entri seterusnya.

shutdown windows 10

Butang power yang ada di start button tu akan mengeluarkan sub menu sleep, shutdown dan restart. Macam biasa, tiap-tiap kali keluar windows baru, button power / shutdown mesti ada perubahan, nak tunjuk yang diorang ada buat perubahan la konon… kasi susah lagi ada… cet.

review windows 10 file explorer

Fail lebih mudah dicapai melalui start button dengan membawa mouse ke anak panah di tepi perkataan File explorer, kalau tekan perkataan file explorer terus, dia akan buka folder dari quick access.

Quick access dikenali sebagai favourite dalam windows 8 dan windows-windows sebelum tu.

Apa yang baru dalam windows 10?

Masa windows 8 dulu saya tak sempat buat review sebab saya guna windows 8 tak pernah lebih dari 1 hari, windows 8 atau windows 8.1, sama sahaja, tak pernah kekal sebab tak serasi.

Jadi saya kekal bersama windows 7, dan dalam review windows 10 ni, saya nak kongsi berita gembira bagi pengguna tegar dua monitor. Kita dah tak perlu guna software untuk mewujudkan taskbar di monitor ke dua macam yang saya pernah kongsikan dalam entri extend taskbar dual monitor windows 7.

dual monitor windows 10

Inilah yang terjadi bila saya runkan dual monitor taskbar pada windows 10, taskbar bertingkek-tingkek jadinya.

Ni antara benda berbeza atau benda baru yang dibawa oleh microsoft tetapi dah lama ada di sistem operasi lain iaitu central notification center.

central notification center

Seperti yang dinyatakan dalam lifehacker, hampir semua sistem operasi, dari ios ke android, linux ke osx, dah lama dah ada benda ni, windows je baru nak buat. Adakah kerana lampi atau ego takut dikatakan meniru os lain? hahahaha.

Dan yang terakhir untuk kali ini, yang paling saya rasa bahagia adalah ini. Task view dan virtual desktop.

task view review windows 10

Nampak tak cursor saya kat mana? kalau nampak, kat situla tempat kalau nak klik untuk dapatkan paparan macam tu.

Benda tu benda kecil je, tapi orang yang jenis buka beberapa aplikasi sambil buat benda lain macam saya, multimonitor sahaja, bagus, bila ada task view, capaian kepada tetingkap yang disasarkan akan jadi lebih cepat dan akan meningkatkan tahap produktiviti.

Nampak tak atas jam(kanan), ada tanda tambah dan tulis New desktop? Benda tu dah lama ada kat ubuntu… hahahaha… benda tu membuatkan orang macam saya, jadi lebih produktif, sebab, macam saya nyatakan dalam entri multitasking v2, lelaki ni nampak je macam multitasking, sebenarnya tak, bila terlintas, kami buat, bila ada ruang, buat yang lain.

Jadi dengan adanya virtual desktop ni, jadi lebih kemaslah… tak delah penuh bila kita tekan task view tu.

domain murah

(Visited 140,883 times, 4,600,176)

Banyak juga benda baru yang lain yang di tawarkan oleh microsoft dalam windows 10 ni. Itu mungkin saya akan kongsikan akan datang ok?

Sekian sahaja review windows 10 oleh alongxp.

Terima kasih

 

 

Hasil carian :

(Visited 90 times, 4,600,176)

5 thoughts on “Review Windows 10 oleh Alongxp

    • so far belum try guna bateri, sebab laptop bateri saya dah tak berapa nak sihat dah, laptop dah lebih 4 tahun dah umurnya… so… faham-fahamlah kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge