Persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Kali ni saya nak share persediaan menyambut hari raya aidilfitri yang saya buat untuk tahun ini. Tahun ni macam beberapa tahun yang sebelum ni, saya balik ke negeri johor, tak kiralah giliran belah saya atau belah isteri saya, kami tetap akan balik ke johor.

Persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Kami balik ke johor sebab isteri saya memang anak jati johor, dari lahir, sekolah rendah, sekolah menengah semua kat johor, dah habis sekolah baru dia keluar merantau ke kuala lumpur dan selangor.

Macam saya pula, ibu bapa saya memang anak jati johor, walaupun saya ni merantau dari dalam perut lagi, lahir di sarawak, banyak membesar di selangor dan kuala lumpur, tapi lepas bapa saya bersara tentera, mereka kekal menetap di johor manakala saya tetap terus merantau di selangor.

Merantau jauh-jauh, akhirnya dapat jodoh orang senegeri walaupun berkenalan di selangor. sweet tak kisah percintaan saya dan isteri saya? ngahahaha.

Ok, back to topic. Walaupun ada pihak yang menunjuk kebijaksanaannya yang tak bertempat dan saya anggap tak ada perasaan, saya tetap nak balik kampung untuk menyambut walaupun keadaan ekonomi saya yang sangat sempit.

Nasib baik saya terjebak dengan best mobile, dengan gaji 3 kali sebulan dari best mobile, boleh jugalah topup duit minyak atau duit tol nak balik kampung di johor.

Baiklah, kita teruskan dengan apa yang patut saya ceritakan iaitu persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Antara persediaan menyambut hari raya aidilfitri atau lebih tepatnya persediaan nak balik kampung raya ni yang saya buat adalah:

Update blog: tulis entri banyak-banyak, jadualkan atau scheduled entri supaya automatic publish walaupun tengah duduk dalam jamban. lepas baca kitab seo merah jambu, bilangan blog saya bertambah, jadi banyaklah blog yang saya kena update.

Install app: 2 aplikasi yang saya install di smartphone baru saya adalah simkad ajaib bestmobile dan plus expressway. app simkad ajaib bestmobile ni sangat berfaedah untuk pengguna bestmobile terutama sekali usahawan bestmobile. Dia ibarat semua dalam satu, panduan boleh, nak topup boleh, selfcare, check komisen apa semua ada dalam tu.

App PLUS Expressways tu kalau nak check keadaan semasa highway plus, nak check berapa ringgit kadar tol dan sebagainya.

my bestmobile simkad magic app plus expressway

Topap kesemua simkad: Sebagai blogger, merangkap usahawan internet, saya perlu kerap bersambung dengan internet, guna lebih dari 1 simkad dan telco bukan nak belagak, tapi keperluan kepentingan, kadang-kadang di musim perayaan ni, line telco selalu buat masalah, macam pernah terjadi pada satu musim perayaan beberapa tahun yang lalu, telco utama saya, yang ada kredit tu lah yang down, jadi sebab itu saya ada 4 simkad yang aktif, simkad best mobile, tune talk(bukan tone excel ye), altel dan maxis.

Cas semua handphone: Walaupun saya ada 4 simkad, tapi saya cuma ada 3 handphone je. sebab 2 dari 3 telefon tu ada fungsi dual sim, iaitu huawei honor 4x, ninetology pearl mini dan blackberry curve 8520. Dan bila nak gerak balik kampung tu, saya pastikan semua handphone kena berada dalam kondisi bateri lebih 80%. Kalau jadi apa-apa kat tengah jalan, mudah nak hubungi sesiapa.

Simkad bestmobile: ni kena ada, buatnya ada sedara mara yang berminat nak join best mobile masa raya ni, masyukla sikit kan? hehehe

simkad best mobile alongxp

Tu antara persiapan saya untuk menyambut hari raya aidilfitri kali ni, yang lain-lain tu mungkin sama je macam orang lain, pastikan pintu kunci, servis kenderaan, pastiakn kenderaan dalam keadaan baik apa semua tu.

Dan ada juga perkara berkaitan raya yang saya dah prepare awal-awal, macam baju raya. Macam kuih raya, kebanyakkannya wife saya buat sendiri sebab tahun ni dia jual kuih raya.

Dan banyak lagi perkara berkaitan persediaan menyambut hari raya aidilfitri di selesaikan oleh isteri saya, orang perempuan, terutama sekali isteri, memang pakar dalam bidang ni.

Kerja saya lebih kepada memandu, makan, layankan anak dan benda-benda lain…. kot… hahahaha…

menyambut hari raya aidilfitri

Jadi, dikesempatan ni, saya nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca blog saya ni.

Hasil carian :

(Visited 200 times, 4,597,465)

3 thoughts on “Persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge