Permulaan dalam dunia blogger

Permulaan dalam dunia blogger

Untuk permulaan dalam dunia blogger, apa yang perlu dibuat? maksudnya, bila dah buat blog, apa nak buat seterusnya?

” Nak tulis apa? ” itulah yang isteri saya tanya kepada saya bila saya suruh dia tulis entri di blog dia yang saya dah sediakan tu.

permulaan dalam dunia blogger

Perbualan tu bermula bila dia nampak iklan P&G dalam youtube yang memaparkan redmummy. Dia tak faham kenapa ada redmummy, dan saya buat penjelasan kat dia dan suruh dia tulis blog.

Dah banyak kali dah saya suruh dia tulis blog sebab dia mengagumi redmummy, tapi ayat tulah dia sering ajukan ”  nak tulis apa? “.

Tapi saya akui, saya pun tak sediakan apa yang perlu bagi permulaan dalam dunia blogger untuk dia, saya tak sediakan blog untuk dia, saya tak sediakan panduan untuk blogger baru macam dia, dan apa yang patut.

Jadi saya buat blog baru untuk dia menggunakan wordpress, domainnya (ziramaya.my). Domain tu saya dapat percuma tahun lepas.

Saya tak plan pun nak buat blog tu, kebetulan masa tengah dok jalan-jalan kat time line twitter, saya ternampak orang share pasal domain .my percuma, jadi saya bukak link yang diberikan, tak sangka diorang offer 2 domain .my percuma.

Mula-mula tu macam tak ada idea nak letak nama domain apa, tapi dek kerana Allah telah menganugerahkan saya otak yang pantas berfikir, dan saya berjaya datang dengan idea nama domain apa yang saya harus daftar. Jadi saya daftar dua domain .my.

Bila dah daftar domain .my tu, dan dah approve, saya setup dns domain .my tu, setupkan hosting dan setup blog wordpress untuk domain tu.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,723 times, 5,234,083)

Jadi sekarang ni wife saya cuma perlu menulis je kat blog dia sebagai permulaan dalam dunia blogger ni. Yang lain biar saya uruskan.

Saya hasilkan entri ni khusus untuk isteri saya, dan secara umumnya saya tujukan kepada semua blogger baru buat blog dan kepada blogger yang mungkin dah ketandusan idea.

Ok, apa yang perlu di buat  sebagai permulaan dalam dunia blogger ni?

Senang je, blog je atau bahasa inggerisnya, Just blog!!.

Maksudnya tulis je apa-apa sahaja asalkan benda tu tak menyalahi undang-undang.

Sebagai permulaan menulis blog ni, tak perlu nak risau pasal SEO, tak payah nak risau pasal niche blog ke pasal tag ke kategori ke apa semua, tak payah nak fikir semua tu, tulis je blog.

Buat cerita seolah-olah anda nak cerita sesuatu cerita pada seseorang, pada kawan ke, pada keluarga ke, pada pasangan ke, cerita dengan penuh keyakinan seolah-olah dia nak tahu tahu sangat apa yang anda nak cerita.

Tajuk terbaik untuk permulaan blogger

Tajuk terbaik untuk permulaan blogger? Ok, cadangan saya, tulis tajuk berdasarkan apa yang anda rancang nak cerita. Tajuk pendek pun tak apa untuk permulaan dalam dunia blogger ni.

Contohnya anda nak tulis entri pertama untuk blog anda, anda nak beritahu orang yang itu adalah entri pertama dalam blog anda dan anda tiada idea nak tulis cerita apa, ini adalah permulaan dalam dunia blogger bagi anda, jadi bagi je tajuk ” Entri pertama blog saya

Cuba cerita kenapa nak jadi blogger? apa yang buatkan anda rasa nak buat blog, nak tulis blog. Siapa yang mempengaruhi atau memberi tunjuk ajar tentang blog kepada anda.

domain murah

(Visited 140,992 times, 5,234,083)

Harap entri ni boleh membantu anda, kalau ada soalan nak tanya, sila berikan komen di bawah, atau kalau anda malu, anda boleh email saya melalui page ini halo alongxp.

Entri seterusnya adalah tips blogger baru untuk buat entri ke dua dan seterusnya, rajin-rajinkan diri untuk datang ke blog ni ok?

Hasil carian :

(Visited 103 times, 5,234,083)

13 thoughts on “Permulaan dalam dunia blogger

    • tula… kalau nak amek tahu tu inisiatif sendiri la kalau awal2 ni, bukan semua orng mampu catchup di awal2 ni.. takut muntah ijau lak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge