Permintaan kepada bakal pengantin

Hai para pembaca blog alongxp.com, hari ni saya ada 1 permintaan kepada bakal pengantin. Permintaan ni tak ada kena mengena dengan majlis perkahwinan akim dan stacy dan rasanya memang tak akan ada kena mengena dengan majlis persandingan akim dan stacy.

perkahwinan akim stacy

Walaupun permintaan kepada bakal pengantin ni tak ada kena mengena dengan majlis persandingan akim dan stacy, tapi entri ni wujud lepas saya tengok cerita pasal perkahwinan akim dan stacy kat tv.

persandingan akim stacyGambar sekadar hiasan. Sumber

Ceritanya bila saya tanya dengan isteri saya dia dah basuh tangan ke belum, sambil kat tv tengah memaparkan liputan pasal majlis perkahwinan akim dan stacy.

Masa tu saya terfikir nak tweet kenapa mereka tak jemput saya ke majlis mereka, padahal, antara saya dengan stacy tu bukan orang lain, tak ada kena mengena pun. hehehehe.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,576 times, 4,599,139)

Dan saya teringat pengalaman saya pergi ke majlis kahwin.

Setiap kali saya pergi majlis kahwin, juadah kegemaran saya adalah lauk daging, sama ada daging lembu, daging kerbau atau daging kambing.

Saya adalah orang yang suka makan menggunakan tangan, saya jarang guna sudu garfu untuk makan nasi. Sebab guna tangan lebih banyak kelebihan, terutama feel dia tu lebih.

Nikmat makan menggunakan tangan lebih memuncak berbanding makan menggunakan sudu

Dan juadah tu biasanya dalam bentuk masakan berminyak. Jadi, lepas kita makan, jari kita akan dipenuhi minyak. Betul?

Dan biasanya tuan rumah hanya menyediakan air basuh tangan. Betul?

Dan berapa lama kita mampu menyental tangan kita menggunakan air semata-mata untuk menghilangkan kesan minyak pada tangan kita?

Permintaan kepada bakal pengantin

Jadi, inilah permintaan saya kepada bakal pengantin dan kepada tuan rumah pengantin atau kepada keluarga bakal pengantin.

bakal pengantin

Mohon kepada bakal pengantin untuk menyediakan sabun disamping air basuh tangan.

Sebab:

Biasanya bila tiada sabun, orang capai 4 hingga 5 keping tisu untuk mengesat sisa minyak ditangan.

Saya rasa, kalau anda letak sebiji sabun mandi disamping air tong air basuh tangan, lebih jimat berbanding letak berbeg-beg plastik tisu.

sabun mandi buku

Saya rasa, kalau anda letak sebiji buku sabun mandi tu pun, tak habis orang guna untuk sebuah majlis, kalau anda ada peruntukan lebih, boleh la guna yang jenis cecair macam ni.

sabun cecair

Saya rasa benda ni mesti dah lama jadi masalah pada ramai orang. Tapi nampak macam tak ada orang yang mengutarakan atau mengselatankan masalah ni dan penyelesaiannya.

diharap permintaan kepada bakal pengantin ni di pertimbangkan dan harap korang share entri ni dan tag kengkawan yang bakal nak buat majlis perkahwinan ye.

Terima kasih saya dahulukan.

 

Hasil carian :

(Visited 184 times, 4,599,139)

5 thoughts on “Permintaan kepada bakal pengantin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge