Perlukah bertukar ke wordpress?

Perlukah bertukar kepada wordpress?

Korang nak jadi lebih serius dalam dunia blogging dan terlintas dalam fikiran, perlukan bertukar ke wordpress? Kalau tanya saya, pastinya jawapan saya YA!!

Kenapa perlu bertukar ke wordpress? Apa kelebihan wordpress?

bertukar ke wordpress

Ok, ni saya cerita dari blogspot ke selfhosted wordpress ok. Kalau tak faham apa itu self hosted wordpress, boleh baca kat entri sebelum ni, apa beza wordpress.org(self hosted wordpress) dengan wordpress.com

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,553 times, 4,595,401)

Bukanlah saya nak kata blogspot tak bagus, bagus juga, kalau tak kenapa ramai yang memilih untuk guna blogspot kan?

Ada ramai juga blogger yang top di malaysia ni yang masih setia bersama dengan blogspot, dan ramai juga yang sedar dan akhirnya bertukar ke wordpress.

Ramai yang mungkin akan tidak bersetuju kalau saya kata WordPress lebih mesra SEO berbanding blogspot. Saya tak boleh nak halang.

Tapi saya bercakap berdasarkan ilmu dan pengalaman saya selama berblogging ni dan selama saya berkawan dengan ramai blogger.

Saya akui ramai blogger yang guna blogspot yang selalu menang dalam contest seo, memang betul, mereka berjaya bukan kerana platform yang mereka gunakan, tapi kerana ilmu dan kerja keras yang mereka dah lakukan.

Ditambah dengan nisbah blogger yang menggunakan wordpress, tak seramai pengguna blogspot dan tak ramai blogger yang menggunakan wordpress yang menyertai contest seo.

Ok, cukup dengan hujah-hujah tu, saya teruskan kenapa perlu bertukar ke wordpress dan apa kelebihan bila bertukar ke wordpress.

Kalau korang jenis kerja keras, ok, boleh teruskan dengan blogspot, sebab korang memang rajin.

Tapi kalau korang jenis work smart, tak rajin kerja keras, sila beralih ke wordpress. Kenapa?

Dengan blogspot, korang kena rajin cari tips seo, kena rajin ping, kena rajin edit post.

Dengan wordpress, kebanyakkan benda tu jadi mudah dengan struktur wordpress sendiri,

Contohnya kalau upload image, ini kalau kita upload di blogspot,

upload image di blogspot

dan yang ini pula kalau upload di wordpress.

upload image di wordpress

Nampak tak perbezaannya? Ok, kalau korang tak tau, benda ni saya pun tak tahu dulu, tapi salah satu tips seo untuk imej adalah alt text, alt text yang membuatkan enjin carian tau apa imej tu.

alt text di wordpress

Di wordpress, kita upload, selesai proses upload, sebelum kita tekan insert, kita masukkan dulu alt text, insert post dan teruskan menaip.

Berbanding dengan blogspot, kita upload, kita masukkan dalam post,

klik pada image, tekan properties,

edit properties blogspotMasukkan alt text. teruskan menaip.

alt text di blogspotKalau setakat 1 image dalam 1 entri, oklah.

Kalau 6-7 image dalam satu entri, penant beb. Serius… saya tahu sebab saya ada 1 lagi blog yang menggunakan identiti lain yang saya buat menggunakan blogspot hehehe… apa guna buat entri menyamar di internet kalau tak dipraktikkan kan?

Selain dari itu, bila menggunakan selfhosted wordpress, kita boleh install banyak plugin SEO yang sangat membantu, contohnya macam ni

plugin seo wordpessbelajar seo wordpress

Benda ni banyak membantu, walaupun kita dah ada ilmu SEO, benda ni akan membimbing kita untuk membuat entri yang lebih mesra seo.

Selain tu, dengan wordpress dan plugin free yang disediakan, setiap kali saya publish, saya sekaligus akan ping entri secara automatik di facebook, twitter, google plus, tumblr, linkedin dan path, selain dari laman web aggregator yang lain.

domain murah

(Visited 140,858 times, 4,595,401)

Jadi saya tak perlu nak buat banyak kerja, saya cuma perlu fokus pada menghasilkan entri yang bagus sahaja.

Banyak lagi sebab kenapa saya galakkan anda bertukar ke wordpress, tapi entri ni dah cukup panjang untuk anda, dan saya dah kehabisan adrenaline untuk mengolah ayat.

Rajin-rajinlah ke blog ni ok?

 

Hasil carian :

(Visited 78 times, 4,595,401)

9 thoughts on “Perlukah bertukar ke wordpress?

  1. banyak beza antara blogspot dan WP dari sudut seo pada pengalaman saya sendiri. percaya atau tidak, sekarang ni tak update blog seminggu pun traffic maintain berbanding masa saya di blogspot dulu. mungkin juga dulu belum terdedah sangat dgn seo.. atau mungkin juga kebanyakan entri saya sekarang lebih kpd maklumat/info yang sentiasa di cari orang..tak tahu yg mana satu.

    tapi in the end..semua terpulang kepada minat dan kecenderungan kita menulis..selesa di blogspot atau di WP…sekian panjang lebar dari saya..he he.
    ctfand kata cerita ni best –>>Tukar Child Theme Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge