Pengalaman timing belt putus

Assalamualaikum(untuk yang beragama islam). Hai selamat pagi, selamat tenghari, selamat petang, atau selamat malam kepada semua pembaca,kali ni saya nak cerita pengalaman timing belt putus.

Sebelum ni saya pernah cerita pasal pengalaman saya kena chicken pox, pengalaman berbloging saya, pengalaman jumpa hantu, pengalaman selipar hilang dan pengalaman kad pengenalan hilang.

Cerita pasal pengalaman timing belt putus ni ada kena mengena sikit la dengan cerita pasal isu vape meletup yang saya tulis hari tu.

timing belt putus

sumber gambar: enjin carian

Kena mengena antara pengalaman timing belt putus dengan isu vape meletup tu adalah benda kalau nak jadi. hehehehe

Sebelum saya cerita pasal pengalaman timing belt putus, biar saya terangkan apa itu timing belt.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,566 times, 4,597,465)

Timing belt ni adalah salah satu… errrr… komponen lah agaknya pada kereta. Majoriti kereta ada timing belt ni. Dan ada juga kereta yang menggunakan timing chain.

Saya ni bukanlah pakar sangat bab enjin kereta, tapi apa yang saya tahu, kalau timing belt putus tengah jalan, sila menangis kerana kos repair akan memakan berkali ganda dari harga penyelenggaraan penukaran timing belt.

Fungsi timing belt, berdasarkan blog ni adalah untuk memutarkan camshaft yang berperanan untuk membuka dan menutup valve pada ruang pembakaran mengikut masa yang tepat.

fungsi timing belt

gambar dari enjin carian

Masa sekolah dulu ada belajarkan valve bukak tutup untuk pembakaran enjin? ada kan? ke zaman saya sekolah je? hehe

So, kesimpulannya, bila timing belt putus, enjin akan mati la kan? sebab pembakaran tak sempurna, dan bila timing belt putus je, valve tak akan bergerak la sebab tali yang menggerakkan shaft yang menggerakkan vale tu dah putus.

Bila valve tak bergerak mengikut tempo yang sepatutnya, maka berlakulah perlanggaran antara piston dengan valve kan? agaknyalah… tu yang buat valve jadi bengkok tu.

Bila dah vale dah bengkok, campur dengan kos nak barai enjin, campur dengan kos komponen lain, tu yang jadi beratus tu.

Timing belt putus

Ni nak cerita la pengalaman timing belt putus ni. Timing belt kereta putus masa tu saya dalam perjalanan dari selangor, nak balik kota tinggi, johor sempena nak mengundi untuk pru ke 13.

Masa tu, keadaan kewangan saya dah mula merosot dah, tapi timng belt bukanlah benda yang saya risaukan masa tu, sebab saya yakin yang umur timing belt tu SEPATUTNYA masih panjang.

Masa tu saya pandu tak lah laju sangat, sejak dah kahwin, saya jarang la bawak laju, terutama bila ada penumpang.

Walaupun saya bawa kereta, belok sampai dah berkokok tayar pun, wife saya steady je.

Kejadian tu berlaku masa saya dah masuk sempadan johor(agaknyalah), tengah duduk di lorong kanan pulak tu.

Tengah layan dok kat lorong kanan, tiba-tiba saya tak dengar bunyi ekzos saya, dan dengar macam bunyi macam bunyi beberapa keping tali pinggang yang disebat di bontot budak nakal dalam bilik penolong kanan 1.

Dengan spontan saya tekan suis lampu hazard yang ada sesetengah orang sebut double signal dan terus ke lorong kecemasan.

Alhamdulillah, kereta belakang pun jauh lagi, jadi lebih selamatlah saya nak ketepi dengan kuasa meluncur je tu.

Dalam pada masa yang sama, saya try turunkan gear kepada gear 3 dan lepaskan clutch, tapi enjin saya tetap mati.

Bila berhenti, terus saya buka bonet depan walaupun tahu yang saya tak boleh nak buat apa.

Adik ipar saya kata “cuba start enjin long”, walaupun dalam keluarga belah isteri saya ni, saya jatuh pangkat kepada angah, tapi sebab saya dengan adik ipar saya ni kenal lebih awal sebelum saya kenal isteri saya. Dan adik ipar saya mengenali saya sebagai along.

Saya cakap “jap, aku nak check timing belt dulu”, Jadi saya ambil spanar saiz 10 (agaknya la), saya bukak sikit cover timing belt tu, dan apa yang saya nampak hanyalah pulley timing belt je, timing belt tu dah tak ada.

Saya yakin masalah adalah berpunca dari timing belt putus sebab enjin mati secara tiba-tiba, tak ada sengguk-sengguk sebelum mati.

Biasanya kalau mati secara tiba-tiba ni adalah kerana 2 benda, sama ada timing belt atau alternator.

Dan masa tu, saya tak rasa kereta saya kena sabotaj macam dalam entri berhati-hati bila singgah di rnr seremban tu. Tak mustahil benda tu akan berlaku lagi walaupun itu cerita lama.

rnr seremban

Dipendekkan cerita, adik ipar call kawan dia, kawan dia dah sampai kampung dia di pagoh, tapi kawan dia kata nak call abang ipar dia.

Tak lama lepas tu, plus ronda sampai, tapi di arah bertentangan, saing dengan abang ipar kawan adik ipar saya.

plus ronda

gambar sekadar hiasan

Abang ipar saya bawa isteri dan anak saya yang masa tu baru berumur 6 bulan ke rumah kawan adik ipar saya.

Plus ronda tu kata dia akan pusing balik dan datang tunda kami ke tol berhampiran.

SEJAM KEMUDIAN…………………..

Plus ronda tu tak sampai-sampai, tiba-tiba trak tunda yang datang, pemandunya orang melayu yang dah agak tua, yang katanya kebetulan memang nak balik ke tangkak.

Jadi, dia tundalah kereta kami.

Merasalah saya duduk di bahagian pemandu, kereta bergerak tanpa perlu saya kawal.

Sampai di tol tangkak, kawan adik ipar saya dah tunggu dan dia ikut kami sampai ke bengkel yang akan repair kereta saya.

Bengkel melayu..

Masa tu dah pukul lebih kurang 2 pagi, jadi kawan adik ipar saya ni bawa kami balik ke kampung dia di pagoh.

Memandangkan post ni pun dah sampai 800 lebih patah perkataan, jadi saya pendekkan lagi cerita, terus masa saya nak pergi ambil kereta saya.

Masa dah nak sampai tu, saya nampak kereta saya dah bergerak ke jalan, saya dah lega. Saya yakin kereta saya dah siap.

Bila kereta saya sampai di bengkel, saya pun gembira sebab yakin tak payah tunggu lagi, tapi gembira saya terbantut bila mekanik tu cakap ada minyak leaking.

Terpaksa lah tunggu lagi.

Bila dia dah siap repair leaking tu, dia test lagi. Kali ni bila kereta saya balik ke bengkel, mekanik kata dah siap.

Jadi saya pun bayar 700 lebih tu dah menyambung perjalanan ke kota tinggi, masuk je highway, bila dah masuk gear lima, saya dengar ada bunyi besi jatuh dari ruang enjin ke atas jalan, tapi dek kerana enjin masih hidup, saya teruskan perjalanan.

Bila balik ke banting, saya kerap dengar bunyi belting dari ruang enjin saya.

Jadi saya bawa kereta saya ke sebuah bengkel, dia kata ada satu benda yang antara skru dan alternator saya hilang.

Kesimpulannya, workshop yang repair kereta saya masa timing belt putus tu la yang punya kerja agaknya.

Dan saya dah serik dah nak hantar kereta saya pada satu workshop yang tukar timing belt saya di banting ni. Sebabnya, saya rasa dia guna timing belt yang kurang berkualiti tapi harga sama macam timing belt yang berkualiti.

Menurut sepupu saya di melaka yang ada bengkel sendiri, dia tunjuk contoh timing belt yang bagus. Dalam kotak siap dengan oil seal. Berbanding dengan timing belt yang di pasang bengkel terakhir yang menyebabkan timing belt saya putus tu yang tak ada kotak.

Bila bapa saya tanya dah berapa ribu kilometer saya guna timing belt saya tu? saya cakap tak pasti, sebab tak ada tulis. Kalau lebih pun mungkin dalam 1000 hingga 200 km je.

domain murah

(Visited 140,867 times, 4,597,465)

Bapak saya kata tak boleh lebih…. tapi dia pelik bila saya kata timing belt tu umurnya tak sampai 2 tahun lagi pun.

Padahal, timing belt yang sebelum tu, lagilah lama saya guna, dan saya gune melebihi 10000 km dari jangka hayat yang sepatutnya ditukar.

Dan masa tu saya kerap berulang ke johor, pergi ke merata tempat di selangor, pendek kata, memang tahan lamalah timing belt yang sebelum tu.

Kesimpulannya, jangan sampai timing belt anda tersimpul. Sekian… hehehehe

 

Hasil carian :

(Visited 1,850 times, 4,597,465)

11 thoughts on “Pengalaman timing belt putus

  1. kereta sye mngalami nasib yg sama.. bru smlm kene.. time maghrib lak tu hurm… adakah timing belt putus akan effect brek n clutch ? sb brek n clutch sye mmg jatuh xlay press lnsg… agak2 kos brpe ye

  2. kerega sye mngalami nasib yg sama.. bru smlm kene.. time maghrib lak tu hurm… adakah timing belt putus akan efect brek n clutch ? sb brek n clutch sye mmg jatuh xlay press lnsg… agak2 kos brpe ye

  3. Saya pun ada pengalaman macam saudara, timing belt putus area utara, jalan lama bidor- sungkai.
    Masa tu dah la tengahari, time raya cina macam ni. Nasib baiklah masuk jalan lama, kalau time tu atas highway, tak tahulah apa jadi. Bengkel cina semua tutup, terpaksalah guna tow truck seorang India dan di hantar baiki dekat tapah-menghala ke Cameron Highlands.
    Kos baiki semua sekali RM 1,300.00. Memang nangis, habis duit poket. Yang peliknya timing belt (putus) tu ada hayat 35,000km lagi, Mungkin ianya tak berkualiti macam yang saudara cakap.
    Sedih tengok, mekanik tu pasang. Skru yang tak kena mengena pun patah area sekitar enjin. Nampak macam dia pasang tak cermat dan sambil lewa.

    • kan? kes macam ni yang buat kita sakit hati dan sakit dompet, duit tu mungkin dah di sediakan untuk hal lain yang penting, tapi tak pasal-pasal terpaksa labur kepada benda yang sepatutnya belum perlu di laburkan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge