Pengalaman selipar hilang di masjid

Pengalaman selipar hilang di masjid

Pengalaman selipar hilang di masjid ni rasanya majoriti orang pernah rasa, terutama sekali yang lelaki. Orang hilang selipar bila nak balik sembahyang jumaat tu macam bukan benda pelik kan?

Saya terdetik nak kongsi pengalaman selipar hilang di masjid lepas baca entri di blog JR tentang tips mengelakkan kasut di kebas.

Pengalaman selipar hilang di masjid ni bukan sekali dua saya rasa, mungkin lebih 5 kali seumur hidup saya, tapi ada 1 pengalaman selipar hilang di masjid yang menjadi kenangan manis pada saya.

pengalaman selipar hilang di masjid

Pengalaman selipar hilang di masjid ni terjadi pada bulan ramadhan tahun 2005, di masjid muadzam shah, pahang. Masa tu saya belajar di politeknik muadzam shah, pahang darul makmur.

Kampus utama poli masa tu belum siap, jadi kami ni menumpang sekolah teknik, student tak ramai sangat, biasanya kami buat solat tarawikh di surau je.

Tapi hari tu orang-orang yang selalu jadi imam tak ada dan student pon tak ramai, jadi pihak asrama offer nak bawak siapa nak sembahyang terawikh untuk ke masjid.

Jadi saya pon on jela… sepanjang perjalanan tu, tak ada apa yang pelik pon, termasuklah masa solat terawikh tu.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,818 times, 5,301,013)

Saya pergi masjid tu dengan selipar ayah saya yang dia dah tak pakai sebab tapak dia dah haus dan nipis dan dah nak berlubang dah kat tumit. Dengan harapan selipar tu orang tak akan curi.

Ternyata sangkaan saya meleset.

Bila saya nak balik, saya pergi ke tempat saya tanggalkan selipar saya tadi, saya cari selipar buruk bewarna kelabu yang saya pakai bertulis deen (nama bapak saya) masa datang ke masjid tadi.

So seperti yang anda semua agak, selipar tu dah tak ada, yang ada cuma sepasang selipar warna kelabu, bentuk sama, cuma ianya masih baru.

domain murah

(Visited 141,065 times, 5,301,013)

Senang cerita, selipar model yang sama, cuma yang tu baru. Saya tunggu dalam 5 minit, lepas tu jengah dalam masjid, dah tak ada orang, jadi saya anggap selipar tu dah tak bertuan.

Jadi saya ambillah selipar tu, nak tunggu sampai bila kan? kang kena tinggal dengan bas pulak.

Ajaib tak pengalaman selipar hilang di masjid saya?

kain kembalikan masa doraemon

saya syak doraemon datang ubah selipar jadi baru.

Hasil carian :

(Visited 201 times, 5,301,013)

8 thoughts on “Pengalaman selipar hilang di masjid

  1. Normal tu kalau hilang selipar dekat masjid.. hehe..

    Kalau aku, masa terawih.. berkurun melilau mata menengok mana selipar.. nasib baik dapat detect orang yg pakai selipar aku.. terus tegur dia.. sal dia punya selipar pun hilang sebenarnya.. so.. dia pun main kebas selipar orang.. masalah dia.. pas kebas xlari.. cari seliparnya lagi.. malanglah aku ternampak selipar aku dipakai olehnya masa tu..

    Dan selepas kejadian itu.. aku dah tak nampak lagi dia solat terawih kat sana.. haha..
    Aretikz kata cerita ni best –>>Apa Kriteria Untuk Menjadi Best Blog?

    • ko kejam tul… sampai kawan tu blacklist masjid tu dah hahahaha… tapi yang dia bijak sangat pakai selipar orang sambil cari selipar sendiri tu kenapa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge