Pengalaman kena chicken pox

Lama tak update blog…  etri ni sendiri dah seminggu lebih terperap kat draf.. puncanya kena chicken pox.. Kena chicken pox bukanlah benda yang pelik kan? Tapi agak pelik dan seksa bila umo dah lebih suku abad baru nak kena chicken pox ni.

Ianya bermula mungkin dari mrs.alongxp, tapi doktor yg check dia cakap tu bukan chicken pox,tapi sejenis virus dlm kerabat chicken pox gakla. Lepas 2 mggu die kena saya dan harith lak kena.. tapi harith kena tak sampai 3 hari dh kering… saya kena sampai dkat 2 mggu tak kering lagi.

kena chicken pox

Yang buat seksa tu sebab chicken pox tu datang sekali dengan pakej demam. Demamnya teruk lak tu seminggu lebih tak baik-baik. Ada petua orang tua-tua kata jangan mandi kalau kena chicken pox. Saya pon spesis kalau demam memang tak boleh mandi kalau mandi makin lambat demam tu nk baik. Adalah 1 hari tu,sy dah tak tahan gatal… saya mandi gak. Esoknya demam makin melampau… suhu badan naik jadi 39.7ºc. Dah kena dok kat unit kecemasan tu 3 jam,masuk air sebotol.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,290)

Seriusly memang hazab kena chicken pox ni… nak keluar tak larat, sebab demam, saya ni sangat jarang demam… setahun sekali je la gaknya, tu pon sehari dua je… ni sampai seminggu lebih. Bila dah demam, tak laratla buat apa, suhu badan panas, tapi saya menggigil kesejukan. so bila dah sejuk mengigil-gigil tu, saya pakaila sweater, nak kasi selesa sikit, kena marah ngan m.a masa kat hospital, dia cakap macam mana panas tu nak keluar kalau pakai sweater? saya jawab “sejukla” dia cakap tu bukan sejuk, tu effect panas, dalam hati saya jawab “yang menggigil,merana tu aku… bukan kau… ” hehehehe…chicken pox

Bila dah tak larat nak bergerak tu, secara teorinya mestila berehat kan? dok umah, baring… tdo kan? pon tak boleh gak… camne nak baring? penuh satu badan tumbuh chicken pox tu… nak mengiring tak boleh, telentang tak boleh, meniarap tak bleh… kat semua tempat tumbuh chicken pox tu… kat ketiak, kat celah jari dan kawasan-kawasan yang celah-celah yang lain semua ada(tolong jangan bayangkan lebih-lebih) Chicken pox tu siap tumbuh dalam mulut lagi… so faham2 jela siksanya.. tekak rasa payau je. Makan ape semua cam telan pasir… kasar dan tawar. Pastu makan ckit dah rasa nak muntah.

Lepas seminggu dari hari bermulanya kena chicken pox, datang plak cherry berry(cirit-birit), tapi tak la lama sangat, dalam sehari dua je. tapi rasa cam benyak hari sebab banyak kali ke office kecik tu.

Sekarang ni chicken pox tu semua dah kering, tapi bekas dan parut tu tetap ada. Habis muka ni, dari takde parut jerawat, terus penuh dengan parut chicken pox

Hasil carian :

(Visited 437 times, 4,600,290)

4 thoughts on “Pengalaman kena chicken pox

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge