Pen pelbagai fungsi

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat alongxp.com, bila anda tengok featured image entri ni, mesti korang bayangkan pen pelbagai fungsi tu macam ni kan?

pen pelbagai fungsi

Maaf, saya terpaksa mengecewakan anda semua, kerana pen pelbagai fungsi yang saya nak kongsikan kat sini adalah yang ini:

pen pelbagai fungsi

Dari kiri: 2 buah PENdrive. Bila orang tanya saya ada pen ke tak, pendrive yang saya hulur. Pen jugak kan? Salah ke? Tak kan?

Fungsi pendrive bagi seorang juruteknik komputer ni banyak, kalau pengguna biasa, kegunaan pendrive ni untuk copy dokumen dari sebuah komputer dan pergi tumpang print kat komputer orang lain.

Atau sedut movie atau sedut lagu atau sedut software.

Kalau pada juruteknik komputer macam saya ni, banyak fungsi pendrive ni. antaranya:

  • untuk dijadikan boot disk install windows macam dalam entri install windows dari usb
  • untuk dijadikan live cd/usb menggunakan ubuntu, kegunaannya adalah backup file dalam sesebuah pc sebelum di reformat bagi sesebuah komputer yang dah tak boleh masuk windows. So, sape cakap tak boleh backup file kalau dah tak boleh masuk windows?
  • test sesebuah pc tu ada virus ke tak.
  • banyak sangat lagi lah fungsi pendrive nih bagi seorang juruteknik komputer.

Seterusnya, pen. Kalau pengguna biasa, pen digunakan untuk menulis kan? Tulis log harian, tulis jurnal, isi borang nikah lagi 1, dan segala benda untuk menulis.

Bagi seorang juruteknik komputer, menulis tu bukan fungsi utama sesebuah pen bagi kami. Fungsi utama adalah untuk tekan butang reset di kebanyakan peranti.

reset modem reset modem routerContohnya reset modem, reset router, reset tablet, reset printer dan lain-lain kecuali reset ingatan isteri macam yang nabil mintak dalam lawak ke der 2016.

Selain dari tu, pen juga digunakan untuk mengoyakkan selotape(entah betul ke tak ejaan ni) pada kotak bungkusan. Contohnya nak bukak kotak printer yang baru dibeli. Pakai je pen.

Dan pen pelbagai fungsi yang terakhir sekali adalah test pen, benda yang paling kanan sekali dalam gambar kat atas tadi.

Biasanya orang guna test pen nak tengok ada arus elektrik kan? Yang tu memang kami pun guna macam tu juga.

TAPIIIII!!!!

Selain dari tu, kami juga boleh membaiki, membarai dan memasang sebuah pc dengan hanya menggunakan sebatang test pen sahaja.

Kami juga boleh baiki banyak peralatan elektrik dan elektronik dengan hanya membawa test pen sahaja.

Hebat tak kami? hebat kan? dah mula rasa riak dah ni.

Selain dari tu, ni benda biasa saya buat tapi saya tak mengesyorkan korang ikut. Cucuk lubang earth bila nak guna peranti yang menggunakan plug 2 pin.

Contoh penggunaan macam ni.

plug 3 pin

Tapi sekarang dah jarang dah buat macam ni, sebab banyak extension cable yang dan boleh cucuk je terus plug 2 pin.

Dan macam pen juga, test pen ni kami gunakan untuk mengoyakkan selotape pada kotak, biasanya ni peranti ke dua yang digunakan apabila pen tak mampu nak menodai selotape tersebut kerana selaput selotape tersebut telalu tebal.

Amacam, membuka minda tak entri ni? hehehehehe.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,533 times, 4,591,166)

Asalnya saya nak ambil pendrive dari poket baju saya, nak keluarkan pendrive tu, ada test pen la, pen la macam dalam gambar tu. Bila letak atas meja, saya merenung ke arah pen-pen yang ada tu dan teringat yang semua benda tu ada perkataan pen.

Jadi saya ambil gambar dan jadikan ianya saya entri. Huhuhu…

Ok, bye.

Hasil carian :

(Visited 103 times, 4,591,166)

8 thoughts on “Pen pelbagai fungsi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge