Pantang bila nak tulis blog

Pantang bila nak tulis blog

Secara jujurnya, ada beberapa pantang yang tak boleh saya langgar bila nak tulis blog. Kalau saya langgar pantang ni, nescaya penulisan saya akan berada ditahap sampah.

Maksudnya, kalau saya langgar pantang bila nak tulis blog ni, saya tulis juga artikel di blog ni, dan saya baca balik bila saya berada di luar waktu pantang, saya akan rasa macam nak baling telefon atau laptop atau apa-apa peranti yang saya gunakan untuk baca blog saya.

pantang bila nak tulis blog

Antara pantang yang saya tak boleh langgar bila nak tulis blog adalah:

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,611)

Mengantuk.

Macam masa saya draft entri ni, tak tahulah kenapa, tapi mata saya kelat sangat, punya payah nak menahan mata dari terlelap, dan pantang saya bila nak tulis blog ni bila mengantuk, sebab kalau dah mengantuk sangat-sangat, otak saya kurang produktif.

mengantuk

Untuk menghasilkan artikel yang bukan tahap sampah, otak saya perlu cerdas. bukan setakat asal boleh je.

Penat.

Lebih kurang macam sebab mengantuk juga, saya pantang bila nak tulis blog dalam keadaan penat, otak saya tak produktif, saya tak mampu nak memproses idea dengan cepat sebab dah kepenatan.

penat

Ditambah pula, idea dan mood saya akan kelaut bila tulis blog dalam keadaan penat. Jadi ayat yang saya akan hasilkan jadi lemah.

Marah.

Ok, ni pantang bila nak tulis blog yang paling wajib saya patuhi, tak boleh langgar langsung. Banyak kelemahan yang akan dipaparkan dalam artikel yang saya tulis di blog ni bila saya menulis dalam keadaan marah.

marah dan kesannya

Sibuk

Saya tak macam mana part time blogger yang lain mampu publish sampai 3-4 entri sehari. Kalau blogger copy paste tu, tak pelik sangatlah, tapi bagi part time blogger yang mengarang sendiri ayat untuk blog mereka, macam mana mereka boleh fokus untuk menghasilkan artikel yang bagus dan menarik.sibuk

Macam saya, bila saya sibuk, dan saya tak boleh nak fokus untuk tulis satu entri pada satu masa, tahap adrenalin saya akan berubah-ubah, kejap naik, kejap turun, jadi itu akan mempengaruhi gaya penulisan saya.

Bagi saya

Bising.

Macam saya pernah nyatakan dalam suatu entri dulu yang bertajuk multitasking v2, lelaki tak multitasking, jadi, kalau saya nak tulis blog dalam suasana bising yang bukan kehendak saya, hasil penulisan saya akan dipengaruhi oleh suasana sekeliling.bising

Silap-silap kalau bising tu sebab orang pasang cerita lembu, perkataan lembu boleh termasuk dalam entri tu, walaupun atrikel tu mengenai mozilla firefox.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,611)

Kesimpulannya, mood dan fokus adalah benda yang paling penting bagi saya bila nak tulis blog. Tu antara cabaran yang saya perlu hadapi.

Hasil carian :

(Visited 199 times, 4,598,611)

9 thoughts on “Pantang bila nak tulis blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge