Notepadqq, alternatif notepad++ di ubuntu

Minggu lepas saya cerita pasal alternatif winamp di ubuntu, minggu ni saya nak cerita pasal alternatif notepadd++ di ubuntu pulak.

Kalau tak tahu apa kebenda notepad++ ni, sila rujuk entri bertajuk notepadd++ ni.

notepad++

Macam yang saya pernah cerita dulu, notepad++ ni adalah salah satu software wajib install dalam setiap komputer yang saya guna.

Tapi dalam tu, cerita pasal komputer dan laptop saya yang menggunakan sistem operasi windows je. Tapi macam mana kalau kat ubuntu pulak kan?Ubuntu Logo

Bila bertukar kepada ubuntu, saya seboleh-boleh taknak perbezaan sistem operasi tu buat keupayaan saya jadi terhad dan terbatas disebabkan perbezaan suasana.

Jadi, saya cuba sedaya upaya nak kekalkan suasana tu.

Kalau di Windows, saya dah biasa guna notepad++, jadi kat ubuntu pun, saya nak suasana notepad++ di ubuntu saya.

Dah rezeki namanya kan? Masa saya tengah cari theme yang menarik sikit untuk ubuntu ni, saya terjumpa artikel pasal notepadqq ni, alternatif notepad++ di ubuntu ni kat blog noobslab.

Ye, noobslab adalah salah satu blog yang patut rajin disinggah oleh orang yang rasa saya dan gembira dan nak lebih kepuasan nafsu bila menggunakan ubuntu.

Ok, ni adalah screenshot nopepadqq dari noobslab.com

alternatif notepad++ notepadqq di ubuntu

Kenapa screenshot dari noobslab.com? kenapa saya tak tunjuk screenshot dari komputer saya sendiri je? Adakah saya kedekut nak tunjuk koding saya?

Taklah, masa saya tulis entri ni, jam dah menunjukkan pukul 3 pagi, dan otak saya dah makin kekurangan oksigen untuk membantu saya refresh, koding mana yang sesuai untuk saya kongsikan sebagai screenshot software alternatif notepadd++ di ubuntu ni.

Kenapa saya tulis entri Notepadqq, alternatif notepad++ di ubuntu ni pukul 3 pagi?

Sebab masa ni anak-anak saya dah tidur, tiada lagi jeritan gedik-gedik manja yang akan menghilangkan konsentrasi saya.

Tambah-tambah jeritan anak dara saya yang sekarang ni tengah manja dengan saya.

Ok, cara nak install Notepadqq, alternatif notepad++ di ubuntu ni adalah seperti dibawah

Selamat mencuba.

Hasil carian :

(Visited 89 times, 4,600,176)

3 thoughts on “Notepadqq, alternatif notepad++ di ubuntu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge