Masalah tidur malam

Masalah tidur malam

Masalah tidur malam ni saya dah hadapi dah masuk 6 tahun, kejap je masa berlalu kan? tak sedar pon 2009 tu adalah 6 tahun lalu, rasa macam baru je.

masalah tidur malam

p/s: pic ni buat saya teringat kat seseorang…

Bila kira macam tu, mulalah diri ni terasa tua, tapi bak kata sorang tukang kebun ni, orang lelaki ni jiwanya muda. owh ok.

Masa tu saya teringat ayah saya “patutlah aku tak boleh challange bapak aku bawak keta”. Ok, takde kena mengena.

Kenapa saya buat entri masalah tidur malam ni? sebab penat dah jawab “kenapa kau tidur lewat?” dan sambungan komen kat entri blog imran.

Bukannya saya tak tidur, saya tidur, tapi tulah, 3 pagi, 4 pagi, kadang 5 pagi, kadang tak tidur langsung.

Kenapa saya ada masalah tidur malam ni? Macam si imran cakap dalam entri tak boleh tidur malam dia tu, banyak sangat fikir.

Well, tahun 2009 terjadi satu titik hitam dalam hidup saya, sejak dari tu, saya merangkak naik balik dengan susah payahnye.

Tapi hikmah dari titik hitam tu, menguatkan alasan kenapa saya guna nama ada perkataan XP, singkatan dari perkataan eXPerience. Bermaksud pengalaman.

Pengalaman adalah guru terbaik kata orang kan? Memang betul, dengan pengalaman tu, macam-macam lah saya belajar.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,576 times, 4,599,139)

Start dari 2009, saya banyak memenuhkan masa saya dengan macam-macam aktiviti, dan benda tu makin terbawak-bawak sampai otak saya dipenuhi dengan macam-macam idea.

Bukan tak cuba nak tidur awal, dah cuba… masalah tidur malam saya ni, kadang dah terlelap, tiba-tiba tersedar.

macam baru-baru ni, last saya tengok jam sebelum saya lelap, pukul 3.45 pagi, lepastu saya lelap, rasanya lelap tu macam dah cukup lama dah, saya rasa dah dalam 2 jam dah saya lelap, bile tengok jam, 3.47 pagi.

Yang pastinya tarikh masih sama, maknanya bukan 3.47 pagi esoknya.

“Tak ngantuk ke?” ngantuk tu memang selalu sangat ngantuk, ngantuk tu benda biasa. Tapi mengantuk tak bermakna saya akan boleh tidur.

Kadang saya cemburu tengok orang lain boleh tertidur masa duduk, atau boleh boleh terlelap kat meja.

tidur duduk masa kerja

Walaupun benda tu nampak cam tak best, tapi untuk orang yang susah nak tidur malam macam saya, kalau dapat tidur duduk macam ni, mesti satu kelegaan kan?

Kadang-kadang saya cuba nak tidur waktu rehat tengah hari, kadang dapat lena yang agak lama, kadang, same macam kes kat atas tu, tidur berapa minit, tapi rasa mcam lama.

Macam-macam dah saya buat supaya saya boleh tidur waktu malam, siang tak tidur, malam tetap jugak tidur lambat.

Macam sehari sebelum entri ni didraf, malam sebelum tu saya tidur dekat pukul 3 pagi, lepastu siang tak tidur, malam tadi dekat pukul 4 baru masuk tidur.

Tu masuk tidur, lelap tak tahulah pukul berapa.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,599,139)

Apa yang buat saya tak tahan bila tak boleh tidur malam ni atau susah nak tidur malam, adalah, biasanya saya dapat lelap, lepas pukul 5 pagi, pukul 6 lebih dah nak kena bangun, masuk kerja pukul 8. tu kadang terlajak tu.

Hasil carian :

(Visited 204 times, 4,599,139)

19 thoughts on “Masalah tidur malam

  1. Along,.ni yg saya alami juga sekarang ..pukul 4,5 pagi baru boleh tidur semata mata mngikut rentak blog… jika sy post satu artikel pada waktu tersebut maka trafik bertambah2 naik tp jika sy start post artikel antara jam 9-10 pagi maka ia hnya mantain dan xde pningkatan drastik..pendek kata..sy korban masa tidur sekarang utk blog hehe…sy berani ckp begini sbb sy dah tahu rentak blog sy tu long..mgkin blog sy tu org putih kot hahah… org tdo dia nk aktif plak
    eyfa writer kata cerita ni best –>>“Datuk Pun Ok,Taiko Pun Ok”-Jackie Chan

  2. saya ni nak kata susah tidur, tak de la sangat. cuma susah nk mula tidur je.. tapi bila dah tidur, susah nk bangun plak.. hehehe

  3. Bahaya tau kalau kurang tidur nih..ada masalah kesihatan??
    Cer malam2 pi jogging..agak2 dah lebih sejam berlari tu balik rumah mandi2 tidur..
    sebab saya dulu masa bujang pernah jadi gitu..
    masa belum kawen la..dah kawen tau nak tidur je ,,macam orang pemalas dahh..hehhe
    diana kata cerita ni best –>>KELAMBU MODEN DAH JADI SATU KEPERLUAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge