macam mana nak buat gambar censored

terfikir macam mana nak buat gambar censored bila draft entri yang akan diterbitkan hari khamis malam jumaat ni… pasal gambar lucah tersebar kat internet huhu… so saya terpaksa la edit beberapa gambar tu, kasi censored sikit, kang kena saman lak kan? haha.. so ni saya nak share ckit benda yang saya baru belajar balik, dah lama tinggal, so untuk taknak lupa lagi, saya buat entri ni. contoh hasil gambar censored adalah seperti kat bawah ni

gambar censored

andai katela korg ni jenis pemalu cam saya ni kan… ataupun nak censored muke membe yang jenis pemalu macam saya ni jugak, yang tak berapa berani nak letak muke sendiri kat internet walaupun muke ni agak handsome (orang lain yang cakap macam tu kat saya), bolehla belajar cara ni.

ok, macam mana nak buat gambar censored ni, kali ni saya akan buat gambar censored ni menggunakan adobe photoshop atau lebih tepat lagi adobe photoshop ps3. taklah susah sangat sebenarnye… sambil makan kuaci pon dah boleh siap dalam masa 5 minit huhu

ok, apa yang diperlukan adalah gambar. so saya akan menggunakan gambar mamat yang agak hensome ni sebagai contoh. bukak gambar ni kat photoshop

alongxp

lepas tu pilih Elliptical marque tool. tekan dan hold kat toolbar tu untuk dia keluar macam tu

select bulat

lepastu buatkan bulat kat muka atau ruang yang kita nak censor kan tu

kawasan muka censored

copy bahagian yang kita dah pilih tadi, pergi kat edit->copy atau kite tekan je butang ctrl dan c untuk copy

copy shortcut

pastu paste je tanpa banyak tanya, (edit->paste atau tekan ctrl dan v) maka akan bertambah satu layer lagi (tengok kat belah kanan, bawah)

layer photoshopha macam tu lah, ok… so pastikan layer yang layer 1 tu yang dipilih (layer bewarna biru adalah layer yang dipilih), lepastu pergi ke menu filter->pixelate->mosaic

gambar bertapis

so menu yang macam ni akan keluar, tarikla ke kiri ke kanan ikut sesedap rasa sampai rasa cam objektif dah tercapai

censored muka

tekan ok, maka dah siap dah….

 

ok, kot2la nak censoredkan bahagian lain, contohnya macam gamba ni pulak. macam mana nak buat gambar jadi macam ni?

tak pakai tudung

stepnye lebih kurang sama je, bezanya step awal, kite tak pakai marquee tool, kite akan guna lasso tool, ok,  memula pilih gambar, pastu pilih polyganol lasso tool, nak guna lasso tool yang lain pon tak salah kalau korang reti…

lasso

then klik (tak perlu hold) kat 1 tempat sebagai tempat mula, dan bawak ke point lain,klik(nanti die akan jadi cam checkpoint), ulang sampai patah balik ke tempat asal tadi macam ni

pilih kawasan nak buat gambar censored

biasanya bila bawak cursor tu ke tempat asal die, tanda bulat akan timbul sebelah cursor tu(macam gambar kat bawah ni), kalau tak timbul tanda tu, double click kat tempat asal tu

tanda bulat

lepas tu ulang langkah copy paste macam yang kat atas tadi, layer baru akan kelihatan,  sama macam cerita kat atas tadi, pilih layer tu, pegi ke filter->pixelate->mosaic, adjust la ikut sesedap rasa, maka akan terhasil la gambar macam tu… kot2 la nk blurkan bahagian tertentu ke, contohnya nak tutup bahagian leher ke… edit gamba lama yang tak pakai tudung dulu kan?

 

selamat mencuba

 

Hasil carian :

(Visited 699 times, 4,600,383)

One thought on “macam mana nak buat gambar censored

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge