Maaf, saya bukan murah

Maaf, saya bukan murah

Maaf, saya bukan murah… tulah jawapan yang saya terpaksa bagi kalau ada yang berhajat untuk upah saya buat video editing macam yang kat bawah ni.

“gile mahal upah ko bro” bila ada yang cuba nak merisik harga nak upah saya untuk buat video macam ni.

“kenapa upah mahal sangat?” yang tu saya pernah jelaskan panjang lebar dalam entri sebelum ni kenapa upah mahal sangat.

saya bukan murah

Ok, antara sebab lain kenapa upah saya bukan murah adalah.

Untuk menghasilkan video tu:

saya guna 4 software untuk menghasilkan video tu.

saya menggunakan banyak tenaga elektrik dan data internet.

saya push keupayaan komputer saya kepada tahap yang tertinggi

saya korbankan masa tidur saya.

saya korbankan masa bersama keluarga saya.

saya korbankan masa berblogging saya.

saya korbankan masa pembelajaran programming saya

dan yang paling penting sekali adalah

Saya ada pelbagai skil yang saya himpunkan dalam satu video iaitu skill edit gambar, skill edit audio, skill mencari sumber, skill edit audio.

Sebab tu asalnya saya rahsiakan yang sebenarnya saya yang hasilkan video tu, tapi terdedah juga, bukanlah kerana nak kedekut ilmu, tapi susahnya nak hasilkan video tu akan menjadi satu bebanan kalau orang kerap minta saya buat benda yang sama.

Bukanlah nak berkira, tapi setiap orang ada komitmen dan minat masing-masing yang boleh memberi kegembiraan.

Untuk video kat atas tu, itu kes lain… memang iklas dari hati, kalau boleh saya nak buat lebih gempak, tapi masa dan tenaga tak mengizinkan, jadi setakat tu jelah yang saya mampu.

Bukanlah nak kata tak ikhlas buat video kat atas tu, ikhlas… cuma kalau ada yang berhajat nak upah saya buat video motaj persaraan ke, video perpisahan ke apa ke, tepuk kad bank, tanya kemampuan.

Kalau anda mampu nak upah saya, kecik tapak tangan, bonet kereta saya tadahkan sebab, upah saya bukan murah.

Antara servis saya yang murah yang boleh saya tawarkan adalah servis advertorial, dari serendah RM2, tapi… bergantung kepada terma dan syarat tertentu. haha…

APakah syarat tu… kena contact saya melalui telegram (search alongxp kat telegram tu) atau email saya.

p/s: walaupun upah saya bukan murah, tapi takdelah sampai beribu ringgit, tapi tidaklah semurah puluh ringgit je.

Hasil carian :

(Visited 132 times, 4,597,465)

9 thoughts on “Maaf, saya bukan murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge