Laptop sebagai wifi tanpa software

Laptop sebagai wifi tanpa software

Macam mana nak jadikan laptop sebagai wifi tanpa software?

Mungkin ada sesetengah orang yang pakai tablet macam ipad yang hanya boleh bersambung ke internet menggunakan wifi sahaja.

Atau mungkin bandwith mobile data dah habis, atau kredit habis.

Pilihan yang ada untuk menggunakan internet adalah menggunakan broadband melalui laptop.

Masalahnya anda mungkin nak bersambung ke internet melalui peranti mudah alih anda.

Jadi macam mana nak buat laptop anda yang ada sambungan ke internet melalui broadband tu menjadi sebuah wifi yang akan memberikan talian internet ke telefon atau tablet anda?

laptop sebagai wifi tanpa software

Anda boleh buat laptop sebagai wifi tanpa software dengan hanya beberapa langkah mudah sahaja.

Ianya akan jadi lebih mudah untuk kali kedua dan seterusnya.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,553 times, 4,595,403)

Tiada software diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sambungan internet yang mana ianya mungkin dari broadband usb anda.
  • Laman blog ini.
  • Keyboard.
  • Mouse atau peranti yang boleh menggerakkan cursor anda.

Langkah pertama, pastikan laptop anda tu dah online menggunakan usb modem anda tu.

Kemudian, download fail ni. WIFI

kalau anda buka fail tu, anda boleh nampak tulisan macam ni kan?

netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=Alongxp.com key=nombor1dihati

netsh wlan start hostednetwork

Ok, biar saya terangkan sikit apa yang anda perlu buat dengan benda tu. anda nampak tulisan yang tertulis Alongxp.com tu? yang tu nama wifi anda yang anda boleh tukar kepada nama yang anda suka.

dan nombor1dihati tu pula adalah password wifi yang bakal anda gunakan di laptop sebagai wifi tanpa software anda.

Kalau anda dah tukar, save fail WIFI tu. dan ikut langkah ini.

Copy baris pertama dalam fail tu iaitu ” netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=Alongxp.com key=nombor1dihati ” kalau anda dah ubah ssid(nama wifi) dan key(password wifi tu), copy je apa yang anda dah buat.

Asalkan anda copy baris pertama tu. kemudian.

Tekan butang start, taip cmd macam ni.

cmd command promt cepatcmd adalah command prompt. klik kanan pada cmd yang keluar tu dan klik run as administrator.

run as administratorkeluar popup, tekan yes.

bila keluar kotak hitam ni, klik kanan dalam kotak hitam ni dan klik paste. dan tekan butang enter pada keyboard anda.

Lepas dia dah selesai buat kerja dia, ianya akan kelihatan macam ni.

laptop sebagai wifi tanpa software

sekarang, bukak network and sharing center.

network and sharing centerdan klik pada change adapter settings.

change adapter setting

akan terpapar semua adapter rangkaian anda, sama ada yang hardware atau virtual, termasuklah bluetooth sekali

change adapter setting network connectionOk, kat sini sedikit pengetahuan tentang IT diperlukan. Anda perlu mengenalpasti yang mana satu usb modem anda dalam senarai adapter yang ada disini.

Setelah anda mengenalpasti peranti anda, klik kanan dan tekan properties pada peranti tersebut. Dan tekan pada tab  sharing seperti dibawah. (nombor 1)

share internet

Seterusnya, seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas, klik dalam kotak ” Allow other network users to connect through this computer’s Internet connection ” (nombor 2)

Seperti yang anda boleh lihat didalam gambar diatas, (nombor 3), pilih wifi yang anda baru cipta menggunakan command prompt tadi. Biasanya Wireless Network Connection 2.

Seterusnya tekan butang OK.

Dah selesai buat benda di atas, copy baris kedua dalam fail WIFI tadi, dan sekali lagi, paste dalam ni dah tekan enter.

Hasilnya sepatutnya jadi macam ni.

laptop jadi wifi

Sekarang ni anda dah berjaya buat laptop anda menjadi sebuah wifi tanpa software.

Tapi harus diingat, benda ni kena diulang setiap kali anda restart komputer anda, baru anda boleh guna.

Selamat mencuba.

domain murah

(Visited 140,858 times, 4,595,403)

p/s: Ada orang kata fail wifi yang saya share tadi, boleh di saje sebagai wifi.cmd, dan bila nak guna, klik kanan pada fail tu dan run as admininstrator. Tapi saya tak pernah cuba lagi.

 

 

 

 

Hasil carian :

(Visited 137 times, 4,595,403)

16 thoughts on “Laptop sebagai wifi tanpa software

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge