Kuasa Pulut (The power of Pulut)

Assalamualaikum(untuk yang beragama islam). Hai selamat pagi, selamat tenghari, selamat petang, atau selamat malam kepada semua pembaca. Tajuk kita hari ini adalah, kuasa Pulut atau The power of pulut.

Kuasa Pulut ni bukanlah satu cerita dongeng macam kisah pak pandir, atau kisah si luncai dengan labu-labunya. Kuasa pulut ni satu entri pasal apa yang saya nampak dan fikir tentang pulut. Kuasa tu saya tambah je kasi macam power sikit bunyinya.

Tergatalnya jari ni untuk menaip kisah kuasa pulut bila pagi ni isteri saya masak bubur putih merah.

kuasa pulut bubur putih merahMalam tadi saya tanya dengan wife saya, pulut ada ke tak? Dia kata ada sebab nak masak bubur putih merah.

Saya pelik la kenapa tiba-tiba dia nak masak bubur putih merah ni. Sebab memang tradisi keluarga mertua saya, bila birthday atau ada apa-apa kesyukuran, diorang akan masak bubur putih merah.

Saya dah risau, takut saya lupa birthday anak saya ke, birthday wife saya atau ada tarikh penting yang saya lupa.

Jadi saya tanya la kenapa buat bubur putih merah ni? dia kata sempena dah sunatkan anak perempuan saya.

Owh… patutla.

Isikan tabung ayam saya

Cerita pasal bubur putih merah ni, mak mertua saya, pasti akan masak pulut bubur putih merah ni setiap kali hari jadi anak-anak dia.

Dan wife saya, bila birthday dia, kalau mak dia tak buat bubur putih merah ni, nanti dia demam… Walaupun duduk jauh, tapi wajib masak. Nampak tak kuasa pulut kat situ? hehehehe.

Gambar kat atas tu saya ambil dari blog nasa mulia, yang dia kata… bubur ni masa kawan dia pindah rumah.

Dia kata bubur putih merah ni warisan orang jawa. Masalahnya, mak mertua saya banjar, sama macam saya hehehehehe.

Cerita kuasa pulut yang sebenar belum bermula lagi.

Ni baru saya nak cerita betapa powernya kuasa pulut ni.

Kuasa pulut

Masa saya kecik-kecik dulu (sekarang pun tak besar mana), ada la satu masa tu, gatal mulut saya ni cakap macam sedap je pulut kuning tu.

Saya tak sebut pun yang saya nak makan pulut kuning tu, cuma cakap macam sedap je.

kuasa pulut kuningGambar dari Nota masakan

Esoknya balik sekolah, tengok-tengok mak saya hidangkan pulut kuning. Terkejut saya…. jadi dialog saya dengan mak saya lebih kurang macam ni.

Alongxp : Uish… mak buat betul-betul pulut kuning ek?

Emak alongxp : Yelah… dah ko cakap macam tu semalam.

Alongxp : Alah… orang cakap je

Emak alongxp : Ko ingat pulut kuning ni boleh main-main? ni dulu makanan diraja tau.

terkejut berukTerkejut berut saya dibuatnya dengan pernyataan tersebut. Dalam hati saya (mungkin sebab tu dia warna kuning)

Sejak tu la, saya amat berhati-hati dengan kata-kata saya. huhuhu.

Nampak tak kuasa pulut tu? sebut je mesti mau buat. Syukur je mesti mau buat?

Apa yang buat pulut ni berkuasa sangat?

domain murah

(Visited 140,993 times, 5,236,138)

Saya fikir punya fikir, buat algoritma sendiri, buat peta pokok, peta bulan, peta bulatan, peta kotak, peta harta karun untuk merungkai kuasa pulut ni.

Dan saya berpendapat, zaman dulu-dulu-dulu-dulu-dulu-dulu-dulu-dulu-dulu-dulu-dulu-dulu-dulu-dulu zaman tok nenek kita bercucuk tanam, tanaman utama adalah padi nasi, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

Jadi benda-benda tu mudah didapati dan lebih murah untuk didapati. Berbanding dengan pulut yang mungkin susah nak dapat dan lebih mahal (masa tu la).

Jadi benda ni, orang-orang terlajak kaya je boleh selalu makan. Dan disebabkan benda ni dah jadi macam special, jadi bila tibanyanya hari istimewa je akan dibuat.

Macam kek hari jadi la… tapi zaman tu, kek yang ada pun mungkin bahulu je.

Zaman sekarang pun, walaupun ramai dah mampu nak beli pulut, tapi pulut tu sendiri memang sejenas beras yang berbeza. Dan bukan boleh dijadikan masakan begitu sahaja.

Mungkin, itulah kuasa pulut tu.

Hasil carian :

(Visited 164 times, 5,236,138)

5 thoughts on “Kuasa Pulut (The power of Pulut)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge