Komponen asas komputer

Komponen asas komputer

Selama ni saya banyak berkongsi pasal komputer dan tips-tips berkaitan komputer, tapi rasanya saya tak pernah buat satu entri pasal komponen asas komputer. Saya pernah post projek pemasangan pc baru. Tapi penerangan dalam tu pon simple sangat.

Saya sangka benda ni satu benda yang semua orang mesti dah tahu. Tapi rupanya tak jugak kan? Jadi Entri kali ni saya nak kongsikan komponen asas komputer yang semua komputer mesti ada.

komponen asas komputer

Komputer yang saya maksudkan tu, komputer yang selain komputer Mac(Apple), sebab saya tak tahu isi dalam semua komputer mac, sebab saya cuma pernah leraikan sebiji je komputer mac, itupun tak lerai sepenuhnya.

Komputer ni, maknanya komputer pc atau desktop, laptop atau notebook dan termasuk juga netbook.

Rileks pakcik-pakcik, makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik sekalian, tak payah nak buat muka terkejut sangat lah. Memang rupa dia lain, tapi secara asasnya, benda yang sama gak.

Paparan:

Skrin atau monitor.

Kat sinilah kita tengok semua benda kan? kat sinilah kita tengok komputer kita boot, masuk windows, kat sinilah kita tengok button start, shutdown, kat sinilah kita tengok video ustaz azhar idrus, ustaz kazim elias atau mungkin video orang dewasa? kat sinilah kita tengok paparan game, segala yang berlaku dalam komputer kita, kita tengok disini kan? Walaupun ada yang kata ini monitor

monitor komputer

ni pulak skrin.

skrin notebook

tapi kalau kita google images untuk perkataan screen, monitor lah yang akan keluar dahulu.

google screen

 

Input:

Keyboard atau papan kekunci

Tak kiralah keyboard laptop.

keyboard laptop

atau keyboard komputer jenis yang biasa

keyboard biasa

atau keyboard bewarna warni

keyboard warna warni

pc-keyboards-Luxeed

keyboard orang kidal yang boleh dibeli disini lefhanded keyboard

keyboard kidal

keyboard sebelah tangan

keyboard sebelah tangan

atau keyboard getah

keyboard getah mudah lentur

atau keyboard-keyboard luar biasa macam ni.

hello kitty keyboard keyboard gammer keyboard Tron pc-keyboards-Logitech-DiNovo-Edge pc-keyboards-microsoft-ergo-4000

ianya tetap keyboard, satu alat untuk kita memasukkan arahan dan data ke komputer.

 

Mouse atau tetikus

tak kiralah mouse ke trackpad atau touchpad ke
trackpad-and-mouse

drawing tablet ke sama je fungsinya…

drawing tablet

Macam yang saya pernah nyatakan dalam entri saya yang bertajuk lukisan digital sebelum ni, nak melukis menggunakan drawing tablet ni lebih mudah berbanding menggunakan mouse. Maksudnya, kegunaan mouse dan benda berkaitan dengan ‘pointing device’ ni semuanya hampir sama, seret, klik.

Tak kiralah mouse tu jenis biasa atau yang luar biasa macam kat bawah ni

 

mouse kapal angkasa mouse kereta batman razer-tron-mouse-gallery-4 USB LED MOUSE mouse apa SONY DSC

 

Motherboard atau Papan Induk atau entah apa lagi nama melayunya:

Motherboard atau biasanya saya sebut sebagai mobo, juga disebut sebagai mainboard adalah komponen paling penting, dan juga punca banyak masalah. hehe…

motherboard Motherboard 775

Yang kat atas ni contoh motherboard desktop pc, manakala yang bawah ni pula adalah contoh motherboard laptoptop dan netbook.

motherboard laptop D

motherboard laptop A

beza antara motherboard desktop dengan laptop atau netbook, secara teorinya, tak banyak.. hahaha… tapi secara fizikalnya banyak beza… bagi orang biasa macam kita ni, tak banyak yang kita boleh repair atau upgrade pada motherboard laptop atau netbook, sebab kebanyakkannya dia dan terbina(built in) macam kad grafik.

Tak macam desktop yang kita boleh tukar macam-macam jenis penyejuk pemproses, laptop biasanya kena pakai yang ada je. Macam tu juga dengan kad grafik, kalau desktop, kita boleh pakai yang intergrated/built in/ terbina atau kita boleh tukar bermacam macam jenis kad grafik dengan komputer desktop.

Kita boleh tambah macam-macam jenis kad pada pada pc desktop, tak macam notebook atau netbook.

 

Pemproses (processor)

Itu adalah nama bukan teknikal, nama teknikal yang biasanya orang teknikal gunakan adalah CPU (Central Processing Unit) atau bahasa melayunya yang biasanya digunakan Unit Pemprosesan Pusat kot? ape nerakalah nak proses pusat? haha..

processor

Senang cerita processor ni otak bagi komputer, macam manusia gak, ada yang bijak, ada yang kurang bijak… yang kurang bijak akan kurang produktif, yang bijak akan lebih produktif. sepanjang saya dalam dunia komputer, saya tahu ada 3 pengeluar processor ni. Intel, Amd dan satu lagi yang saya dah lupa nama dia sebab sekali je saya dapat jumpa. Lebih kurang dalam tahun 2006.

Saya pernah buat satu entri, yang menampilkan Intel Pentium 2

RAM (Random Access Memory)

Ram, kalau dalam silibus bahasa melayu biasa dipanggil Ingatan Capaian Rawak. Saya ibaratkan RAM ni sebagai kekuatan atau stamina. Lebih tinggi nilai RAM tu, lebih laju komputer tu. Walaupun processor memainkan peranan juga, tapi RAM lebih menunjukkan kelebihan berkaitan kelajuan berbanding processor.

Jadi macam nilah rupa ram

computer-ram

dan kalau ram laptop pulak dia pendek sikit berbanding ram komputer desktop. macam ni

laptop ram

dan biasanya kita boleh tengok kedudukan dia macam ni.

ram laptop

kebanyakkan laptop di buat, ada cover untuk ram, jadi kalau kita nak tukar atau tambah ram, bukak bahagian tu je. macam dalam gambar tu.

Tapi ada jugak model laptop yang kita terpaksa bukak seluruh cover semata-mata nak tukar atau tambah ram.

 

Hard Disk

Hard Disk atau cakera keras yang biasanya saya sebut sebagai hdd dalam kebanyakkan penerangan melalui teks ni adalah salah satu komponen asas komputer yang amat penting, dimana ianya untuk menyimpan kesemua data kita, walaupun banyak cyber cafe menggunakan diskless, tak bermaksud tiada penggunaan hard disk langsung, ia tetap menggunakan hard disk, cuma secara fizikalnya, kat pc yang diguanakan tu tak ada hdd, sebab dia diboot dan di jana dari server. Kat server tulah hard disk nya.

Hard disk komputer desktop

harddisk komputer desktop

Ada juga orang sebut sebagai 3.5inc hdd(hard disk drive). Yang kat bawah ni pula hdd netbook atau laptop

harddisk laptopuntuk kedua-dua jenis hdd ni. ada 2 jenis connector, IDE dan SATA, beza paling ketara adalah macam yang saya tunjukkan kat bawah ni… tengok di bahagian yang saya lukis dengan warna merah tu

sata_ide

Connector harddisk IDE tajam-tajam macam jarum, connector harddisk SATA pulak… tak tahulah nak cakap macam mana… yang pasti berbeza dengan IDE, antara perbezaan lain antara IDE dengan SATA adalah kelajuan, sata lebih laju… sementara beza SATA dengan SATAR pula… satar boleh dimakan, sementara SATA tak boleh

Satar bukan sata

sumber gambar satar

 

Power Supply

psu - power supply unit

ok, yang ni kita cuma boleh nampak kat komputer desktop, untuk laptop atau netbook, sumber kuasanya adalah melalui adaptor/charger atau bateri.

 

Ok, rasanya itu jelah komponen asas bagi sesebuah komputer desktop atau laptop atau netbook, yang lain-lain tu penting juga, tapi taklah begitu penting, maksudnya macam ni, andai kata tak ada speaker pon, kita boleh buat kerja dengan komputer tu kan? kalau ada kesempatan lain, ada idea, panjang umur, murah rezeki, nanti saya perkenalkan komponen lain pula ye?

Hasil carian :

(Visited 733 times, 5,236,139)

9 thoughts on “Komponen asas komputer

    • hahaha… ada orang yang memang boleh gaknya buat sebelah tangan, agaknya kalau dia guna keyboard biasa pon dia guna sebelah tangan je gaknye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge