Kereta Proton dan Power Window nya

Sape yang pakai kereta proton yang ada power window?(power window tu yg korg tekan button,cermin naik ke turun sendiri tu) bile sebut power window kereta proton mesti ade yg mengeluh… aku berani gerentilah,siap ada yang membebel lagi kan?

Hari ni aku kurang ckit mood nak berblogwalking,bukan xde…kurang je…so aku banyak menghabiskan masa kat blog redmummy, sambil tu jengah2 la komen2 kat blog aku ni, terpandang komen dari reezluv, dan aku pon bukak la blog die,aku selak page by page,terjumpa artikel bertajuk kenali potensi blog, dan entah macam mana, aku teringat web/blog paultan. so aku pon menjengah.

berbalik kepada tajuk tadi, pasal power window,ini bukanlah cerita dongeng, korang kadang2 boleh tengok,orang naikkan tingkap kereta sambil menarik bahagian atas cermin tu. Atau sesetengahnya, naikkan turunkan balik, berulang2 kali. Tapi seperti yang aku baca dalam paultan tu, die kate proton dan berubah,diorang dah buat power window yang bagus dan akan datang, power window ni akan ada lifetime warranty atau warranty seumur hidup(macam RAM Kingston hahaha).

 

MD(Pengarah Urusan kot) Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata, pengeluar power window proton telah meningkatkan kualiti dengan pesat, tetapi cabaran getir mereka adalah untuk menangani pandangan negatif pengguna2 terdahulu.

Datuk Seri Syed Zainal Abidin juga berkongsi pengalaman peribadinya semasa duduk di tempat duduk penumpang di belakang menaiki Proton Waja Limo dari KLIA ke rumahnya di Subang Jaya, pemandu teksi tersebut membuka pintu dan bukannya membuka tingkap apabila sampai ke plaza tol. Isteri beliau mengikik dan mencuit beliau, Datuk Seri Syed Zainal Abidin bertanya kepada pemandu tersebut adakah power windownya rosak? pemandu tersebut berkata “tidak,”pemandu tersebut berkata kawannya memberitahu,jika kerap menggunakan power window, ianya akan cepat rosak.

Jadi Datuk Seri Syed Zainal Abidin memberikan business cardnye kepada pemandu tersebut dan meminta pemandu tersebut menghubungi telefon bimbitnya jika power windownya rosak,tapi pemandu tersebut belum lagi menghubunginya.

Sesetengah orang berkata “Proton tak bagus” walaupun mereka belum memandunya lagi. dan kami hendak menghentikan pandangan ini. Kata beliau lagi.

p/s: tengah belajar nak memperbaiki mutu penulisan, ok tak?

Hasil carian :

(Visited 3,045 times, 5,301,447)

34 thoughts on “Kereta Proton dan Power Window nya

  1. Proton punya power window memang ada prob pun.myvi skrg pun ada.dgr cita supplier yg sama kan.myb murah.membe2 ngan bdk2 opis ni pki keta brand lain ok je.nak jaga apanya dorg tanya.pki jela dgn maintain service.xpyh pkir apa.bukan nak kutuk.kualiti teruk.myb xda QC pass kot.atau QC tido.naik menyampah asyik tukar power window.org drive car xpyh pkir apa.ini menyusahkan.

  2. aku pengguna wira tahun 2000.. so far xde lagi masalah dgn power window.. hahaha adakah beli kereta ni mcm main POTLUCK? jengjengjeng~ pakcik aku beli nissan navara.. x sampai 3bulan dah ulang alik masuk service center.. mcm2 masalah ade..

  3. mungkin tu perkara yang perlu Proton ambik perhatian..baru la rakyat malaysia ni bangga dengan Proton.

  4. perkara ni bergantung pada nasib la..aku dl hampir 6 thn pakai wira,alhamdulillah pas 5 thn br la power window tu masalah..penggunaan kereta ngan power window mmg kerap..

    • @shukor, penjagaan yang betul mungkin ok la kot… tp kalau compare ngan brand lain, brand lain cam honda tu,xperlu pandai sangat jaga, lpas dah 10 tahun pon ok lagi kan?

  5. alaaaa…..kalau dah berani sangat naper tak announce jer dalam berita sapa2 yang power window rosak leh claim dari proton……pi ambil pemasangan percuma….waja memang problem kalau belum tukar yang besi punya….original mari dari proton motor power window sangkut kat plastik jer….orang tukat pakai yang besi…kalau nak tau cepat rosak ker tak cuba turunkan tingkap pastu tutup pintu kerap2…nampak la kesan dia bagi yang belum tukar

    • @syaiful, haha… saya tak berapa pasti bang,sbb saya pakai satria tingkap pakai kayuh je… tapi pada pandangan saya, mana2 je la kereta proton sume ada masalah camtu… tambah2 waja… hehehee

  6. setuju 100%…family aku ada 3 kete proton & sume kete pnh alami mslh yg sama smpi mls nk pkai kete proton lg…pnh time ujan pwerwndow wt hal…peh tension gler bnjir hbs dlm kete…kalo dieorg dh upgrade & bleh bg lifetime warranty bguslh

    • @moon, keta baru ke keta lame?proton ape?
      p/s: sll pompuan xperasan keta die bermasalah sampai la bnd tu da totally xleh guna…hehehehe…sorry kalau xsetuju..

  7. Vendor power window Proton dan Perodua sama je..jadi tak hairan kalau kedua-dua ada masalah..

    Bergantung kepada nasibla, family aku guna kereta Proton power Windows rosak gak. Lebih terus meter keter pun pernah tukar. Bila hantar baiki kat kedai, mekanik cakap “Biasalah kereta proton.” Kesian..Kalau nak tahan sikit Proton Perdana la..

    Apapun cubaan bagus untuk bagi lifetime warranty..Baru orang percaya..

  8. huhu
    agak senang rosak jugak..power window keta aku pun dah rosak tapi kat seat belakang..orang kedai kate sebab tak selalu bukak..ade ke pulak..haha
    tapi skang dah ok..window depan selalu bukak pun tak rosak lagi sampai sekarang…

    follow blog bro!!!

  9. Along – aku pengguna Proton. Mungkin aku bernasib baik tp xtau la kan. Stkt yg aku pakai, x pernah ada sbrg masalah berkaitan Power window dan lain… Alhamdulillah… Bila dicompare dgn Myvi, aku ada member 6 org pakai myvi… semuanya ada mslh dgn power window tp senyap jerkan. Pandangan yg aku rs agak skeptikel dr masyarakat Malaysia, Proton xder kualiti, perodua adalah terbaik. mungkin dulu ya, but i don’t think now. Setiap kereta x kira dr apa jua pengeluar ada masalahnya yg tersendiri cuma x kecoh sebab alasannya dia ada nama.. huhuuu

    • @pirate, ye tul tu… tapi kadang benda ni bergantung pada owner gak,pandai jaga,ok la… tapi klu nk compare ngan keta jepun,xkire la ownernye camne pon,sangat jarang nk jumpe yg bermasalah walaupun keta lama

        • @pirate, owh yeke? haha… aku tgk cikgu2 skola aku pkai keta honda jerung,honda mende ntah lg,jenis da lame gile,tp power window elok je… paling aku kagum honda vigor,xde rangka tingkap,tp cermin naek cantek je…

  10. betul ke kerap guna boleh rosak..??
    akak selalu je kejap turun kejap naik..
    sekarang tak de apa la jadi..
    masa depan tak tahu la..
    cuma selalu orang kata kalau nak tutup pintu kereta cermin kasi naik dulu..
    ye dak>>

    • @diana, ntah…saye pon xtau…keta saya xde power window,just guna window yang menggunakan power tangan manusia je…hahahaha… keta akak keta baru kot…

  11. Pingback: Komuniti Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge