kenapa upah mahal sangat?

Terdetik nak buat entri kenapa upah mahal sangat ni lepas tengok gambar yang sorang rakan blogger share kat fb die. gambar pasal sorang costumer yang belagak awalnya, bila designer bagi harga, dia gak yang kata mahal. So kat sini saya nak terangkan kenapa mereka ni, tak kira lah, designer banner, bunting, signboard, designer laman web ke, jurufoto ke, tukang cat kereta ke, jurteknik komputer ke, mekanik ke, programmer ke, network installer ke, profesional hacker ke, penebar roti canai ke, sesiapa je, meletakkan upah mahal. upah mahal Harap faham ye, bukan suka hati perut buncit diorang je nak letak upah mahal – mahal ni. ada sebabnya. Memang ada yang letak upah murah, tapi akhirnya kelaut, bungkus… gulung tikar, sebab apa? sebab diorang tak buat kiraan yang betul. Banyak aspek yang perlu diorang pertimbangkan, benda yang nampak dimata, benda yang tak nampak dimata, benda besar, benda kecil, benda langsung, benda tak langsung, benda fizikal, mental dan sangat banyak lagi. Buat design bukanlah macam budak sekolah tadika buat lukisan rumah.

domain murah

(Visited 140,993 times, 5,236,139)

kat sini saya akan bincangkan benda yang saya pernah buat, masih buat dan akan buat. baru-baru ni saya ada buat design kad jemputan majlis kesyukuran dan aqiqah untuk anak kawan saya, kalau kawan saya baca ni, saya bukan nak berkira ye… cuma luahan mewakili rakan-rakan designer yang lain.

Saya ada kawan pelbagai bidang, jadi banyaklah luahan saya tengok. Bila dia mintak buat tu, awalnya saya nak menolak je, tapi mengenangkan kawan dah lama… dia pon baik, susah nak menolak, bukan tak boleh buat, design memerlukan kreativiti, bukan saya tak kreatif, kreativiti wujud dalam diri saya, tapi dari sudut yang berbeza, saya mampu memanipulasi otak kiri dan kanan saya mengikut keadaan, tapi bila bab kreativiti, ianya memerlukan masa dan mood. dan itulah yang buat upah designer jadi mahal.

Masa dan mood bukanlah satu pilihan buat mereka yang memang kerja designer, mereka perlu sentiasa ada masa dan mood untuk menyiapkannya. Bagi yang fulltime designer, masa mungkin bukan satu isu, tapi mood mungkin tak menyebelahi mereka, tekanan demi tekanan dan beban kerja mungkin akan menjadikan output tu tak menarik.

Nak menambahkan mood, atau membaiki mood, mereka perlu lakukan sesuatu, mungkin bersiar-siar, bercuti, melepak, benda tu pun memerlukan modal, atau mungkin surfing internet, guna internet kat rumah?

Kena subscribe internet, bil api lagi, kos nak buat air kopi, kos kuaci lagi, kos kerepek, rokok, berapa batang rokok(kalau yang merokok) habis, berapa banyak masa beharga bersama keluarga habis.

Nak buat design memerlukan komputer, dan perisian, untuk menghasilkan design yg lebih menarik,lebih jelas, lebih tepat, pastinya memerlukan monitor yang besar dan bagus.

Takdelah muka tu rapat ke monitor, komputer mestilah mampu menampung kelajuan otak yang tengah mencanak idea datang, kalau otak tengah ligat dapat idea, komputer lak lembab… tak produktiflah.. tu yang jadi effect kat orak, jadilah kes dah tidur tapi otak masih bekerja.

Tu semua kos… kos membina, yang paling penting kos penyelenggaraan…

Manusia,ciptaan paling sempurna pon boleh rosak(sakit) inikan benda yang dicipta manusia, lagilah… dah tentu mereka perlu keluarkan duit untuk benda-benda ni… dari mana duit tu?

Dah tentulah dari upah mahal yang mereka kenakan… dari mana lagi duit mereka nak kaut? Tu je sumber pendapatan mereka.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,724 times, 5,236,139)

Hasil carian :

(Visited 249 times, 5,236,139)

7 thoughts on “kenapa upah mahal sangat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge