Kenapa saya pilih best mobile?

Kenapa saya pilih best mobile?

Kenapa saya pilih best mobile? kenapa saya begitu obses dan bersungguh-sungguh dengan best mobile ni?

Sebab saya tak tahu sampai bila hayat saya masih dikandung badan.

Dalam best mobile ada sistem yang membolehkan waris kita untuk meneruskan apa yang kita dah mula dan terus menjana pendapatan.

waris dalam best mobile

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,533 times, 4,591,160)

Saya buat bersungguh-sungguh sekarang ni bukan kerana hangat-hangat tahi ayam semata-mata.

Tapi andai kata tiba-tiba saya dah tak ada, saya tahu, hasil kerja bersungguh-sungguh semasa saya ada akan membantu anak dan isteri untuk teruskan kehidupan.

Kenapa saya cakap macam ni? Benda ni dah lama saya terfikir, tapi saya ni banyak pendam, paling kuat pun saya akan luahkan dalam jurnal harian saya.

Tapi lepas baca entri entri dalinali tentang plan b yang menyayat hati, saya nekad nak tulis entri ni, tak sampai sejam dah siap entri ni, cuma lambat sikit di publish.

Ajal maut ditangan tuhan, apa-apa pun boleh jadi. Jadi saya perlu bina plan B, C, D, E, F, G dan segala plan untuk waris-waris saya.

kenapa saya pilih best mobile

Kenapa saya pilih best mobile? ada je program lain yang macam tu?

Ye… tapi program lain dah terlalu ramai yang menitiskan nila ke dalam susu.

Dan program lain tu kebanyakkannya dah lama. Ibarat macam beli kereta baru, kereta baru ada “bau kedai” dan masih cantik, kereta lama? ada macam-macam bau hahahaha…

Kenapa saya pilih best mobile? ada je program lain yang baru.

Memanglah baru, tapi tak meyakinkan saya, saya ni jenis cerewet orangnya, banyak songel, banyak tanya, banyak syak wasangka.

Jadi bila saya dah banyak tanya, admin-admin dan leader-leader dalam group pencerahan best mobile memberi penerangan dan bantuan sehingga saya faham dan yakin, barulah saya masuk.

Sebab kalau saya tak yakin, macam mana saya nak yakinkan orang lain untuk bersama-sama dengan saya?

Produk best mobile adalah produk yang semua orang akan guna, iaitu simkad / servis telco.

Kenapa saya pilih best mobile? ada je program lain yang macam tu?

memang ada, dan saya pernah join, tapi saya tak gembira, sebab program tu adalah program di atas telco yang dah lama dan ratenya lebih mahal dari telco asal.

Contohnya macam ni.

program B menggunakan telco A, saya dah guna telco A dah lama gila, seronok dengan ratenya.

Bila tahu ada program B, saya yang dah lama guna telco A pon join, barulah tahu ratenya berbeza, kod nak langgan pakej internet ke apa ke masih menggunakan kod langganan yang sama, tapi rate lain.

Hmmm….

domain murah

(Visited 140,841 times, 4,591,160)

Lepas tu pula, kalau andai kata kita ada masalah dengan simkad, seringkali adegan tolak menolak berlaku.

Pihak telco suruh tanya management program b, management program b pula suruh tanya pihak telco.

Komisen program pesaing pula dibayar sekali sebulan(itu yang saya tahulah)

Komisen best mobile pula dibayar 3 kali sebulan.

Gaji 3 kali sebulan? bagus untuk merancang kewangan jangka masa pendek dan panjang tanpa perlu melepaskan peluang yang datang secara tiba-tiba.

 

Hasil carian :

(Visited 110 times, 4,591,160)

13 thoughts on “Kenapa saya pilih best mobile?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge