Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan? Saya pun tak faham kenapa lelaki susah nak faham perempuan? Sebab saya pun tak faham. Hahaha…

Hari tu saya dah cerita kenapa lelaki susah nak minta maaf, hari ni saya nak cerita kenapa lelaki susah nak faham perempuan.

lelaki susah nak faham perempuan

Well… Pada fitrahnya, memang lelaki tak akan faham akan perempuan. Macam saya cakap haritu la… Lelaki dan perempuan tak akan sama.

Lelaki tak akan faham kenapa perempuan sama perempuan mesti nak peluk-peluk… Laga-laga pipi, cium-cium pipi, cium-cium mulut (eh ada ke?).

Lelaki tak akan faham kenapa bila lelaki sama lelaki bila pegang tangan nak melintas jalan, orang akan kata gay. Tapi bila perempuan sama perempuan pegang tangan nak lintas jalan, tak ada pula orang kata lesbian.

Korang(perempuan) pernah terfikir tak kenapa? kalau korang dapat huraikan kenapa lelaki tak boleh buat macam tu, bagus. Korang dah tak perlu baca lagi dah entri ni. Korang pergi tengok link-link menarik kat bawah ni pulak.

Dan kalau korang (perempuan) tak boleh nak huraikan sebab kenapa lelaki tak buat benda macam tu. Korang yang sebenarnya tak faham lelaki. Isu kenapa lelaki tak faham perempuan adalah kerana perempuan tak faham lelaki.

Sebenarnya korang yang tak faham lelaki tu dan korang sebenarnya nak lelaki tu yang ikut kehendak korang. Korang nak lelaki tu mengucapkan ayat-ayat cinta padahal lelaki sebenar tak ucap ayat-ayat cinta, diorg luahkan melalui perbuatan, diorg ambil berat pasal korang, diorg jaga korang. Bagi apa yang korang perlu mengikut keperluan korang dan kemampuan diorg.

Lelaki yang mudah luahkan ayat-ayat cinta ni yang korang kena elakkan. Sebab apa? Sebab diorg ni bak kata orang “menanam tebu dipinggir bibir” ayat dia manis je. Entah ikhlas dan jujur entah tidak.

Instead korang merungut kenapa lelaki susah nak faham korang, baik korang fahami perangai lelaki tu sendiri. Dan benda tu akan patah balik kat korang, lelaki tu akan cuba belajar untuk faham korang pulak.

Hasil carian :

(Visited 977 times, 4,593,164)

15 thoughts on “Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

    • of course not all true, its just generally, if i’m going to specify, people would have to spend about 5 hours to read the post hehehehe

  1. kalau la lelaki paham perempuan.. perempuan paham lelaki,aman damai dunia nih..hahhaha
    yang pastinya masing2 saling tak memahami..
    saya yang kawen dah nak masuk sepuluh tahun ni pun tak
    pernah faham dengan suami saya..
    sedangkan lelaki sama lelaki pun kadang2 tak paham,
    kadang2 bergaduh,salah sangka..,apa lagi lelaki sama perempuan..

    • betul… tapi kadang gaduh tu yang buat kita lebih memahami antara satu sama lain, tahun ni gaduh, tahun depan bertambah anak lagi sorang… hahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge