Kenapa laptop jadi panas?

Saya baru lepas servis kipas laptop sorang makcik ni, atau lebih tepat lagi servis sistem pengudaraan untuk pemproses laptop tu. Dan itu yang buat saya nak share sebab kenapa laptop jadi panas dan tips untuk mengurangkan sebab laptop jadi panas.

Punca yang buatkan saya servis laptop makcik tu adalah sebab dia tunjuk error yang selalu muncul bila dia on laptop.

laptop jadi panas sebab kipas tak pusing

Jadi saya pun menawarkan perkhidmatan untuk membersihkan sistem pengudaraan laptop dia, tapi bukan la free, kawan-kawan memang la kawan-kawan, tapi masa tu emas beb, kalau saya mintak emas, tak ke parak? hehehe.

Lagipun, cukup stress nak meleraikan dan memasang balik laptop hp makcik nih. lain macam betul sistem connector dia ni.

Saya pun cubalah bersihkan sistem pengudaraan laptop dia, dengan harapan lepas ni laptop dia dah tak panas lagi dah.

Tapi dalam pada masa yang sama, semalam, sebelum saya ambil laptop makcik ni, ada sorang lagi makcik ni, masalah laptop dia lain, keyboard dah tak berfungsi yang mana saya tak dapat nak menyelesaikan masalah tu melainkan mengesyorkan dia beli jela external keyboard, sebab penyelesaian tu jauh lebih murah.

Masa saya dok belek laptop makcik yang keyboard laptop dia rosak tu, saya cuba menaip apa semua kat laptop dia, terdetik dalam hati saya “mak oi, panasnya laptop makcik ni”.

laptop jadi panas

Lepas tu saya membebel la kat makcik ni, saya cakap la, letak la ruang yang lebih besar antara bawah laptop tu dengan permukaan meja, supaya lebih banyak udara keluar masuk, sambil saya angkat laptop dia (nak tunjuk demo cara yang betul).

Sekali tengok, siap basah bawah laptop dia, makin panjang la khutbah saya seru kat telinga makcik tu.

Kenapa laptop jadi panas?

Kebanyakkan masalah laptop jadi panas ni dialami oleh kaum perempuan, tak kurang juga yang lelaki, tapi perempuan lebih ramai memonopoli acara laptop jadi panas ni.

Sebab apa? sebab perempuan ni lebih perasaan kasih saya, sampaikan laptop pun dia nak belai manja macam kucing yang akhirnya membawa kepada padah.

Contoh kasih saya yang buat laptop jadi panas adalah:

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,576 times, 4,599,139)

Letak atas peha.

Walaupun nama laptop tu adalah gabungan antara lap+top yang membawa maksud atas pangkuan, tak semestinya korang boleh meriba laptop tu sepanjang 4 jam korang guna laptop tu.

laptop atas peha

Istilah laptop bermaksud ia mudah dibawa dan tak memerlukan ruang yang besar berbanding dengan dekstop.

Nama laptop dipilih sebab pendek berbanding nak pilih portable computer atau compressed portable computer.

Letak atas bantal, atas tilam, atas karpet dan yang sama waktu dengannya.

Saya tahu korang penyayang, kalau boleh korang taknak laptop korang tu calar sikit pon, kalau tidak merana la hati.

laptop atas tilam bantal

tak payah la korang nak belek perempuan ni pakai baju ke tak, tu bukan benda yang saya nak tunjuk

Tapi ianya tak sesuai dengan laptop, bila korang letak atas benda lembut macam karpet, bantal, tilam dan sebagainya, korang akan menutup saluran masuk udara untuk laptop tu, seterusnya mencacatkan sistem aliran udara bagi sistem penyejukan pemproses laptop tu sendiri.

Dan bila korang letak atas tempat yang lembut, bahang tu berkumpul kat tempat yang korang letak tu, jadi… udara yang dapat disedut oleh sistem udara laptop tu pun udara yang bahang, tu yang laptop jadi panas tu.

Tak pernah nak hantar servis cuci kipas laptop.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,599,139)

Ye, mesti korang tak tahu yang sistem kipas laptop tu kena cuci kan? itu sebab la laptop jadi panas, penuh habuk, dan ruang udara keluar dah tersumbat.

Jadi apa nak buat untuk elakkan atau kurang kan laptop jadi panas?

  1. Guna lah cooling pad sebagai alas laptop, ada macam macam-macam jenis cooling pad ada dipasaran.

cooling pad elak laptop jadi panasCooling pad ni bukan setakat nak melawa atau nak mengayakan penjual je, ianya memang ada fungsi untuk membantu memberi pengudaraan yang lebih baik.

  1. Kalau korang tak ada cooling pad, korang letaklah buku ke atau apa-apa di setiap penghujung laptop supaya ruang bawah laptop tu ada ruang yang lebih luas untuk pengudaraan.

  2. Halakan kipas ke arah laptop.

Bila saya ada projek yang agak besar, biasanya saya sediakan 1 kipas lebih, 1 kipas untuk ketiak saya, dan satu lagi kipas untuk laptop saya.

Tak ada kipas lebih? biarlah korang berpanas, asalkan laptop korang tu sejuk.

  1. Sesekali, hantarlah laptop tu untuk servis kipas atau cuci kipasnya. Kalau tak ada duit, google la cara nak bersihkan kipas laptop atau boleh tengok kat sini sebagai salah satu contoh

Tapi terus terang saya cakap, nak meleraikan laptop bukan mudah, jadi… kalau korang taknak rugi atau beratus, elokla labur puluh-puluh sikit untuk hantar kepada orang yang lebih arif macam saya… hehehehehe

Tu je tips untuk elak laptop jadi panas, dan kalau tak guna, biarkan laptop korang tu tidur(sleep), hibernate atau shut down terus.

InsyaAllah, lebih panjang lah hayat laptop korang tu.

nota kaki: bebudak sekarang, terutama sekali perempuan membahasakan laptop sebagai lappy, contoh: nanti i bukak lappy, i tengok k? Lap bermaksud riba atau pangkuan, abes tu ko nak bukak riba ko?

Hasil carian :

(Visited 136 times, 4,599,139)

12 thoughts on “Kenapa laptop jadi panas?

  1. Tips yang baik… Biasa dengar semua tips nie… Anyway nk tegur sikit… Blog hang kalau guna alongxp.com je kadang unable to access, lepastu kene taip http://www.alongxp.com... tapi peliknya dia redirect balik ke alongxp.com… try check… sebab test bukak nie via server (takde depend on mana2 isp) + guna incognito chrome…

  2. laptop saya dulu pernah la panas..saya pi hantar kedai , dapat balik tengok2 keyboard tak berfungsi..hantar balik kedai suruh dia baiki, bila dapat tengok2 asyik terpadam pulak..tak paham saya..hantar lagi, pun sama masalah juga, bateri asyik warning kata apa benda entah, rupanya bateri dah rosak..saya rasa kedai tu yang jahanamkan laptop saya..sampai sekarang latop jadi tukun je kat dalam stor..
    diana kata cerita ni best –>>AMBIL PELUANG UNTUK TAMBAH STOCK DARI JUALAN HARGA RUNTUH SEQY BEAUTY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge