Kenapa kita kena bayar?

Kenapa kita kena bayar?

Ini tak ada kena mengena dengan gst atau cukai-cukai yang lain. Ini cuma… mungkin satu perkongsian pemikiran tentang sesuatu isu.

Kadang-kadang ada yang pertikaikan, dulu saya pun pernah pertikaikan juga, tapi itulah yang dikatakan pengalaman, satu ilmu dalam hidup.

Macam sesuatu perkhidmatan, barang kita kena bayar, upah pun kita kena bayar, macam saya pernah kongsikan dalam entri kenapa upah mahal sangat?

kenapa kita kena bayar

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,612)

Macam vps, siapa yang guna vps, atau pernah survey harga vps, akan perasan, ada pakej managed vps dan unmanage vps.

Maksudnya ada vps yang diuruskan oleh provider, ada vps yang tak diuruskan oleh provider. Pandai-pandai kaulah… hahahaha

Saya rasa saya patut tulis benda ni bila ada seorang yang saya kira beliau juga adalah seorang blogger sebab dia ada blog, minta saya install theme atau template di blog dia.

Pada sesetengah orang, benda tu senang je kan? ada yang boleh buat benda tu sambil makan kuaci je kan?

Masa saya baca PM beliau untuk mintak saya installkan theme di blog dia tu, saya rasa “malasnyalah nak buat benda senang tu“. Ini pengakuan jujur ni.

Tapi bila baca bawah sikit, dia tanya berapa bayaran yang perlu dia bayar untuk saya buat benda tu. Kiranya minta quotation la ni.

Dalam hati saya “alaaaaa malasnyalah nak fikir berapa nak cas untuk benda senang camtu“. Tapi… saya fikir balik.

Saya ada banyak benda lain nak dibuat dari spend masa nak install template blog tu.

Secara jujurnya, itulah salah satu benda yang saya tak berapa nak suka buat, terutama di blog-blog saya.

Benda tu senang, tapi macam yang saya pernah nyatakan dulu dalam entri susah ke buat laman web, yang senang tu la susah pada saya.

Mata dan hati saya ni cerewet, mesti ada benda yang perlu diusik.

Dan benda yang senang tu la yang akan memakan masa berharga saya serta memakan fokus saya.

Plus, orang dah offer nak berikan bayaran, so… why not?

Ok, macam saya katakan tadi, saya pun pernah pertikaikan, kenapa kita kena bayar? benda simple macam tu pun kita kena bayar?

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,612)

Contohnya kalau anda minta orang formatkan komputer, cd anda bagi, silap-silap proses nak format tu pun, orang tu tak gunakan elektrik dia sendiri. Tapi kenapa kita kena bayar upah kepada dia?

Jawapannya, simple je. Sebab kita tak boleh buat.

Kenapa kita tak boleh buat? Banyak sebab.

Kita tak reti

Kita tak kuat

Kita tak mampu

Kita tak ada masa

Dipendekkan cerita, sebab kita tak boleh buat.

Macam tukang gunting rambut, walaupun dia pandai gunting rambut, dia tak boleh potong rambut dia sendiri.

gunting rambut sendiri

Macam jurukamera, dia tak mampu nak ambil gambar dia kahwin dia sendiri(cerita pasal diri sendiri hehehehehe).

Sebab tu, masa majlis perkahwinan saya, saya upah kawan saya untuk ambil gambar majlis saya.

Dan masa majlis perkahwinan adik saya, adik saya beria-ia dan sanggup bayar saya sebagai jurufoto perkahwinan dia walaupun saya banyak kali menolak.

Kenapa dia sanggup bayar saya? Walaupun sebelum tu dah ada seorang freelance photographer menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding harga yang saya sebut kepada adik saya?

Sebab budak tu tak boleh bagi apa yang saya bagi. Maksudnya peralatan, skill, pengalaman dan ilmu yang dia ada tak setanding saya.

Bukanlah nak membangga diri, bukanlah nak memburukkan freelance photrapher tu, tapi itulah hakikatnya dan adik saya sendiri akui.

Masa dia bertunang, budak tu yang ambil gambar majlis mereka dan mereka sangat tak berpuas hati dengan hasil yang diberikan.

Jadi, daripada bayar murah kepada budak yang tak tahu apa, gaya je lebih, baik dia bayar lebih mahal kepada abang dia walaupun kamera abang dia banyak problem.

Kesimpulannya, kalau tak mampu buat sendiri, mintak tolong orang, untuk memberikan semangat orang yang tolong kita tu, berikan imbuhan.

tak mampu buat

p/s: terima kasih kepada blogger yang upah saya untuk make over blog dia tu. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya.

 

Hasil carian :

(Visited 107 times, 4,598,612)

10 thoughts on “Kenapa kita kena bayar?

  1. betul long,nama pun blogger kena pulak bagi yang buat secara full time,saya juga dah mula buat khidmat bina blog dan servis yang lain termasuk video iklan,walaupun kerja yang taklah berat mana tapi kita juga guna tenaga,kos internet lagi kan,jadi memang patut untuk soal bayaran walau sesikit mana mahupun sebesar mana sekalipun kita mencari rezeki,Alhamdulillah gembira dengan keadaan sekarang dan tetap akan terus belajar apa saja berkaitan blog serta design,macam sebelum ni pun saya banyak juga bagi diskaun long tapi bila kita bagi diskaun pula dia kata mahal sangat dah beri diskaun tetapi mahal?kemudian mahu tambah macam macam lagi servis walau kita dah bagi lebih dari dua servis secara percuma,itu melampau namanya hehe,dia nak cari rezeki,kita pun mahu cari rezeki tak gitu long hehe,.apapun kes macam ni xlah banyak,tapi kebanyakkan yang berurusan,Alhamdulillah,ok,.
    eyfa writer kata cerita ni best –>>“Jangan Sampai AYAH Cari Alvin Tan Di US Abdul Rani Kulup Beri Amaran

  2. Actually benda yang dibayar tu adalah kemahiran. Bila kita mahir sesuatu, ia nya semudah ABC untuk lakukannya. Tapi bila kita tak mahir ia nya akan jadi sangat susah. Sebab tu bayaran untuk cas kemahiran ni adakalanya tinggi. Sama macam menjahit baju. Jahitnya lurus aja. Tapi kalau tak pandai menjahit mau makan masa sebulan baru siap sepasang baju. Yang punya kemahiran mampu siapkan secepat 1 hari. Jadi bayar la upah setimpal dengan kemahiran seseorang itu.
    Hannah aziz kata cerita ni best –>>PERCUTIAN PERCUMA KE BANGKOK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge