kenapa alongxp?

kenapa alongxp?

kenapa alongxp? ada yang bertanya dalam group telegram bernama geng telegram walaupun dah beberapa kali diubah kepada geng buli armtaro, kenapa saya guna nama alongxp?.

armtaro founder nutrisense

Si bhrain dah puas cari kat blog ni kenapa alongxp yang saya pilih sebagai nama saya. Si nizam a.k.a armtaro, mangsa buli yang mengasaskan brand nutrisense pon asyikla dok tanya kenapa saya guna nama alongxp.

bhrain

Ceritanya taklah panjang sangat, rasanya cukupla 300 patah perkataan. hehehehe.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,177)

Ok, kalau korang baca pasal saya, korang akan tahulah yang saya ni anak sulung, jadi dari situlah wujudnya nama along tu. simple je kan?

xp pulak? kenapa xp? diorang dalam group geng telegram tu dok kata kenapa saya masih guna nama alongxp, padahal sekarang dah windows 10 dah pon.

Secara jujurnya XP tu ada kena mengena dengan windows xp tapi tak terikat dengan windows xp. Dipetik dari wikipedia.

On February 5, 2001, Microsoft officially announced that Whistler would be known as Windows XP, short for “experience”.

Dan masa tahun 2002 macam tu, saya nampak sampul cd cetak rompak windows xp atas meja kawan saya dan saya belek sampul cd tu, dan ada petikan yang lebih kurang macam tu lah.

win-xp experience

Maknanya, perkataan xp tu dari perkataan experience atau pengalaman. Jadi apa kena mengena pengalaman dengan saya?

Kisahnya macam ni, sebenarnya saya ni dulu agak buta IT, guna microsoft office pon tak pandai (sekarang pon tak pandai juga).

Lepas tu saya melalui pengalaman di ‘kencing’ dan akhirnya saya jadi pandai dalam hal berkaitan dengan hardware komputer dan pemasangan komputer.

Walaupun macam tu, saya ni masih lagi buta internet, paling tinggi pon saya tau guna mirc jela pon. Jadi masa dulu saya tak perlukan satu identiti untuk digunakan di internet.

Dikala saya mula menggunakan internet untuk cari bahan untuk buat assignment masa belajar kat poli dulu, didalam satu kelas, pensyarah nak semua orang kenalkan diri, perkenalkan nama, asal dan apa kekuatan masing-masing.

Masa tu saya dah blur, apa kekuatan saya? takkan nak cakap kehenseman adalah kekuatan saya pulak? nanti kata riak pulak kan?

domain murah

(Visited 140,883 times, 4,600,177)

Ada seorang kawan saya bagi cadangan yang kekuatan saya adalah pengalaman. Sebab apa?

  • saya yang paling tua dalam kelas masa tu, pastinya sayalah paling banyak pengalaman hidup
  • Saya sorang je dalam kelas tu yang dah merasa kena henjut dengan pak iman, kena henjut tangan masa akad nikah la, bukan kena henjut apa.
  • Saya sorang je dalam kelas tu yang ada pengalaman merempat satu malam di kuantan.
  • Saya paling banyak pengalam dalam dunia hardware komputer, masa tu saya yang paling mengenal pasal amd, nvdia, ati, orang lain takat tahu pasal intel je. Sebab apa saya tahu? sebab pengalaman kena kencing tula.

Dan bila mana ketika masa saya nak cipta satu identiti di internet, semua benda yang diatas ni tadi saya himpunkan dan menjadi satu nama, anak sulong+pengalaman sebagai kekuatan.

alongxp

Jadi, itulah sebabnya kenapa alongxp menjadi pilihan nama saya.

Hasil carian :

(Visited 117 times, 4,600,177)

4 thoughts on “kenapa alongxp?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge