Keluarga adalah segala-galanya

Keluarga adalah segala-galanya

Saya baru lepas tengok cerita Theory of Everything(2014), dan perkataan keluarga adalah segala-galanya terlintas dalam fikiran saya.

Siapakah keluarga kita? saudara kita? pada saya, orang yang bersama dengan kita dimasa kita gagah berdiri, dan semasa kita jatuh tersembam, dia berlari bersama kita semasa kita berlari, dia dia merangkak semasa kita merangkak, dia lap air mata kita semasa kita menangis, dia tersenyum tengok kita semasa kita ketawa.

Keluarga kita tak akan tinggalkan kita dan tak akan menjatuhkan ahli keluarga yang lain, keluarga akan menyokong kita semasa kita tengah naik atau semasa tengah jatuh.

Kalau kita tengok cerita fast and furious, well saya follow dari yang pertama, fast and furoius keluar masa saya sekolah, pada tahun 2001, masa tu saya dah nak ambil lesen kereta, faham-faham jelah orang baru dapat lesen macam mana kan? hehe

Kita tengok macam mana Dominic Toretto anggap kawan-kawan dia adalah keluarga dia, dan macam mana dia support kawan-kawan dia dan macam mana kawan-kawan dia menyokong antara satu sama lain.

Selisih faham tu adat, tapi tidaklah sampai nak dump terus seorang ahli keluarga yang tengah sakit demi nak mendapat sokongan ahli keluarga yang lain.

Keluarga sebenar tak akan membuang ahli keluarga dia, walau sejahat mana pun ahli keluarga dia tu, dia tetap keluarga.

Hari ni mungkin marah, esok lusa rindu balik, sayang balik. Tak kanlah kerana 1 kesalahan kecil, kita nak buang adik kita? anak kita yang dah berpuluh tahun hidup dengan kite hanya kerana adik kita lebih pentingkan suami dia kan? <– ini contoh

Takkanlah mak ayah dan adik beradik dah taknak ngaku korang ni ahli keluarga kalau korang pilih untuk bersama suami korang kan? Walaupun suami korang penjenayah sekalipun, selagi dia tak bunuh korang, atau jadikan korang pelacur, apa salahnya kan?

Saya sayang keluarga saya, mak saya, ayah saya, adik beradik saya, isteri saya, mereka bersama dengan saya masa saya gembira dan saya menangis, mereka tak ambil kesempatan masa saya senang, dan sentiasa bantu saya masa saya susah.

Mereka sanggup berkorban masa, tenaga, wang untuk bantu saya masa saya susah.

Saya mintak maaf termembuang masa korang yang baca entri ni dengan entri yang emosi ni.

Harap jangan serik datang baca blog saya lagi.

Hasil carian :

(Visited 32 times, 4,597,464)

9 thoughts on “Keluarga adalah segala-galanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge