Apakah kelebihan Telegram

Sebelum saya menceritakan pasal kelebihan telegram,  saya nak tanya para pembaca, apa itu telegram?

Kalau orang tua old school, bila kata Telegram, apa yang dibayangkan adalah ini

old school telegram

atau ini.

telegram lama telekom malaysia

Yang mana servis telegram jenis ni telah ditamatkan perkhidmatannya di malaysia pada 2012(kalau tak salah)

Boleh baca disini atau sini dan disini.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,566 times, 4,597,339)

Kelebihan telegram

kelebihan telegram

Kita tengok kelebihan telegram melalui kandungan dibawah ni.

Telegram (perisian) adalah satu servis pesanan segera berasaskan awan (cloud-based) yang memfokuskan pada privasi dan boleh digunakan pada pelbagai platform.

Perisian telegram (client) wujud pada untuk peranti mudahalih (Android, iOS, Windows Phone, Ubuntu touch) dan sistem desktop (Windows, OS X, Linux).

Pengguna boleh menghantar mesej dan bertukar gambar, video, stickers dan pelbagai jenis fail bersaiz sehingga 1.5GB.

Telegram juga menyediakan plihan mesej disulitkan akhir-ke-akhir(secret chat) dengan self-destruct timers yangmengikut  cnn, ianya menjadi satu teknologi baru yang sangat popular dikalangan jihadist.

Dalam web cnn tu juga ada memetik yang telegram lebih laju dan lebih selamat berbanding whatsapp yang menjadikan itu salah satu kelebihan telegram

Sejarah telegram.

domain murah

(Visited 140,867 times, 4,597,339)

Telegram dilancarkan pada tahun 2013 oleh adik beradik Nikolai dan Pavel Durov yang sebelum itu telah mengasakan rangkaian sosial Rusia (VK).

Nikolai Durov telah mencipta MTProto, satu protokol yang menjadi asas kepada sistem pesanan itu.

Manakala Pavel Durov pula menyalurkan sumber kewangan dan infrastruktur melalui dana Digital Fortress.

Telegram tidak menyatakan dimana mereka menyewa pejabat atau entiti sah yang mana mereka gunakan untuk mereka menyewanya.

Dengan alasan untuk ” perlindungan untuk pasukan itu dari pengaruh yang tidak diperlukan “.

Dan melindungi pengguna dari dari permintaan data dari kerajaan.

wow, itu satu fakta menarik tentang kelebihan telegram. hehehehe

Pada september 2015, satu pengumuman menyatakn terdapat 60 juta pengguna aktif dan telah menghantar 12 billion mesej setiap hari.

Pada Disember 2015, Whatsapp telah menghalang pautan ke Telegram dalam aplikasi Androidnya tanpa menyatakan sebarang alasan.

eleh… whatsapp orang amerika punya, telegram orang rusia punya hehehehe.

Apa yang menarik tentang kelebihan telegram ni adalah, kodnya adalah sumber terbuka, jadi para programmer sangat suka benda ni.

Group.

Untuk group, telegram sekarang boleh meletakkan lebih dari seorang admin(macam whatsapp) dan boleh memuatkan sebanyak 200 orang ahli.

Dan bermula 25 november, supergroup diperkenalkan dan boleh memuatkan sehingga 1000 ahli group. Satu lagi kelebihan telegram yang jauh lebih best dari whatsapp hehehehe.

Bot.

Satu lagi kelebihan telegram berbanding whatsapp, yang mana pembangun lain boleh mencipta bots dan ianya boleh dimasukkan kedalam group.

Antara bots yang popular di malaysia ni adalah bot waktu solat yang mana akan menghantar mesej mengumumkan telah masuk waktu solat bagi kawasan yang ditetapkan apabila telah masuk waktu solat termasuk waktu solat dhuha.

bot waktu solat telegram

Dan banyak lagi kelebihan telegram saya telah ceritakan di entri sebelum ini dan yang akan datang.

masukkan e-mail address anda disini (REGISTER), dan pelbagai cerita baru yang menarik dan tips2 akan dihantar kepada anda

 

Hasil carian :

(Visited 3,469 times, 4,597,339)

3 thoughts on “Apakah kelebihan Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge