kelebihan Telegram berbanding Whatsapp

kelebihan Telegram berbanding Whatsapp

Kebelakangan ni saya mula sedar banyak kelebihan Telegram berbanding Whatsapp bila saya join satu group ni.

Saya join group tu melalui invite link telegram yang mereka letak di facebook, tak sangka telegram boleh buat macam tu.

Jadi kalau nak buat satu group umum, tak perlu nak pm nombor telefon, save nombor tu dan baru add ke dalam group, kongsi je link.

Lepas dari tu, saya dah mula rajin nak guna telegram, dan saya nampak banyak kelebihan Telegram berbanding whatsapp ni.

kelebihan telegram berbanding whatsapp

Jadi disini saya kongsikan kelebihan telegram berbanding whatsapp.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,613)

Jimat ruang storan telefon dan galeri.

Kalau whatsapp, gambar-gambar, video-video yang orang hantar kepada kita atau ke group yang kita join, secara automatiknya akan tersimpan dalam telefon kita.

Ia akan masuk ke folder whatsapp image dan whatsapp video.

Berbeza dengan Telegram, gambar atau video tu hanya akan berada di ruangan chat samaada ruangan chat peribadi atau group, kalau kita nak simpan, barulah kita save ke galeri

Sticker

Ini yang saya paling suka… maksud saya sangat gila khinzir punya suka hahahaha… sebab kita boleh ada banyak gila stickers.

Walaupun secara dasarnya stickers tu tak disedakan masa kita install telegram, tapi kalau kawan kita send sticker atau korang nampak sesape send sticker yang korang tak ada atau tak pernah tengok, tekan sekali pada mesej tu dan akan keluar macam ni

download sticker telegram

atau klik kanan pada mesej tu(kalau korang guna telegram desktop) dan pilih add to stickers.

Bila dia keluar macam ni

add stickers telegramklik je add stickers

Privasi

Benda paling saya tak suka bila masuk group whatsapp adalah, orang boleh ambil nombor telefon kita, save untuk call, sms atau add masuk ke group yang lain.

Tapi dalam telegram, walaupun korang ahli group tu, ia tak akan mendedahkan nombor telefon korang, dan orang lain hanya boleh contact korang melalui telegram.

Kalau mereka nak nombor telefon korang, dia kena mintak sendiri.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,613)

Group

Boleh ada ahli sehingga 200 orang, itulah kelebihan telegram berbanding whatsapp yang hanya boleh ada ahli 100 orang je.

Macam saya cakap tadi, nak jemput orang join group, bagi je link invite, sesiap pun boleh masuk.

Tambahan, tak perlu admin yang invite, ahli group boleh invite kawan mereka ke dalam group.

Guna di komputer.

Kalau Whatsapp, kalau korang nak guna kat pc atau laptop, korang boleh guna kat web je. Saya dah check, memang whatsapp tak ada sediakan software whatsapp desktop.

Cuma ada download whatsapp telefon je.

download whatsapp

Itulah kelebihan telegram berbanding whatsapp, dia ada telegram desktop, telegram for macosx dan telegram web.

Dan kalau telefon korang mati sekalipun, korang masih boleh guna kat pc tu.

Kalau whatsapp pulak, telefon korang mati, maka, korang tak boleh langsung whatsapp.

Tu antara kelebihan telegram berbanding whatsapp yang saya boleh huraikan.

Banyak lagi kelebihannya, terutama sekali kepada orang yang gila IT… tu lain kali la saya cerita ye

 

Hasil carian :

(Visited 2,110 times, 4,598,613)

13 thoughts on “kelebihan Telegram berbanding Whatsapp

  1. Kalau internet dah abis qoata pun masih boleh guna telegram. Malah kalau prepaid habis tempoh sekalipun masih boleh guna telegram. Saya dah cuba dengan celcom.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge