Kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini

Kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini

Saya tengah WhatsApp sorang rakan dan terfikir pasal Kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini yang banyak membantu hidup kita.

10 tahun dulu saya pernah terfikir, kalaulah telefon saya tak ada kredit, tapi ada internet je dan saya boleh berkomunikasi dengan ramai orang melalui internet je.

10 tahun dulu benda tu susah nak di merealisasikan, dan boleh dikatakan mustahil.

Sebab masa tu internet ni biasanya boleh dicapai melalui komputer dan laptop je.

teknologi maklumat dan komunikasi

Telefon yang boleh capai internet pon biasanya adalah pda. Kebanyakan orang masa tu guna telefon yang bukan skrin warna, jauh sekali touch screen.

Lebih kurang 9 tahun dulu saya jumpa website yang boleh hantar sms ke nombor hanphone malaysia secara percuma. Masa tu saya belajar lagi masa saya jumpa laman web untuk hantar sms ke nombor hanphone malaysia secara percuma tu.

sms percuma

Email bukanlah satu benda yang semua orang ada masa tu.

Berbanding zaman sekarang, hampir semua orang ada email, cuma jarang guna je.

Ok, berbalik kepada cerita pasal kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini yang terlintas dalam fikiran saya, tengah saya berwhatsapp dengan rakan lama saya, saya teringat dulu kami dok sms guna nokia 3310.

Sampai satu masa, saya kena pow kat kl, hilang telefon tu, maka hilangla semua sms, nombor telefon dalam tu. Hilang untuk selama-lamanya.

kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini

Tapi dengan kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini, kita boleh backup dan simpan semua nombor telefon kenalan kita terus ke internet, jadi kalau telefon tu hilang, rosak atau kita tukar baru sekali pun, kita boleh dapat balik semua nombor telefon tu.

Sama juga dengan whatsapp, dengan kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini, segala apa yang kita cerita di whatsapp, kita boleh backup, dan macam saya, saya simpan di beberapa tempat. Di awan(cloud) di pc dan laptop saya.

Kalau dulu, saya selalu sambungkan handphone saya ke pc atau ke laptop untuk backup gambar dari handphone. Takut-takut hilang dan kadang-kadang saya upload ke mana-mana laman web.

Tapi dengan kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini, adanya cloud yang menyediakan app telefon pintar yang membolehkan gambar-gambar kita diupload secara automatik sebaik sahaja kita lepas ambil gambar contohnya dropbox. Cerita penuh pasal dropbox

dropbox tu apa

Banyak lagi kelebihan yang kita boleh dapat dengan teknologi maklumat dan komukasi zaman ni, tapi mood nak menaip dah susut lak.

Hasil carian :

(Visited 236 times, 4,598,893)

One thought on “Kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge