Kelajuan blog

Minggu lepas saya nampak tuan blogger area share status facebook seorang blogger shaklee, nurul aqidah azahar tentang kelajuan blog yang dia singgah sangat lambat nak loading

kelajuan blog

Jenuh menunggu, loading blog tak habis-habis… bak kata beliau, “tak jadi nak tinggalkan jejak“Memang benda tu biasa terjadi kepada banyak blog terutama blog blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging.

Kenapa blog blogger baru? Blogger lama tak mengalami masalah macam ni ke? Eh, jadi… ade je blogger yang dah lama blogging pon menghadapi masalah tu.. antaranya Alongxp, walaupun dia dah berblogging sejak dari tahun 2006, tapi dia mula aktif pada tahun 2010.

Haaa… masa tu lah baru nak cari identiti, domain pon dari kakicandid.com ke alongxp.com, dari blogspot ke wordpress, tukar theme, macam-macam theme saya dah pakai, siapa yang bersama saya dari zaman-zaman tu, nampaklah beberapa kali blog saya dah tukar wajah.

Tu yang saya cam was-was bila cik epal kata dia pernah masuk blog saya masa kitorang pergi event yuna dulu, sebab masa tu dah berapa kali saya dah tukar theme blog ni.

Tapi saya percaya gak la dia cakap sebab bila saya cakap nama saya Alongxp, nampak muka dia tu muka dia tau nama alongxp tu(eceh..)

OK, berbalik kepada tajuk kelajuan blog ni, bak kata tuan blogger area, sila check speed loading page blog korang, tapi dia tak bagi tau macam mana nak buat speedtest blog korang tu kan?

So hari ni saya nak share salah satu laman web dimana korang boleh test kelajuan blog korang dan macam mana nak lajukan blog korang tu.

Laman web yang saya maksudkan tu adalah GTmetrix yang korang boleh masuk melalui gtmetrix.com. ini contoh saya test speed loading page blog saya

speedtest blog alongxp

kalau korang scroll ke bawah sikit, akan ada dia tunjuk apa yang buat slow, macam mana nak kasi laju blog tu, apa yang perlu di ubah, apa yang perlu dibuang.

Tadi cerita pasal cik epal yang dah tak cik lagi dah tu, dah jadi puan, dah pregnant dah(kot), jadi saya pon memberanikan diri nak test speed blog dia.

speedtest blog cik epal

ok, blog saya laju sikiiiiiiiiiit je dari blog beliau… hehehehehe…

Laman web gtmetrix ni bukan sahaja boleh digunakan untuk blogger, mana-mana laman web pon boleh. Asalkan dia laman web, jadi… selamat mencuba ye.

Hasil carian :

(Visited 190 times, 4,600,385)

15 thoughts on “Kelajuan blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge