Kedai runcit online

Terfikir pasal kedai runcit online ni bila saya keluar kejap pergi kedai depan tu time kerja, terfikir kenapalah kedai tu tak buat kedai runcit online sekali? Kalaulah semua kedai runcit yang ada kat malaysia ni ada perkhidmatan beli online kan bagus.

Jadi orang tak perlu nak susah payah beratur pergi bank nak ambil duit semata-mata nak beli benda kat kedai runcit.

Contoh situasinya macam ni lah… andai kata seorang suri rumah yang ada anak berumur 6 bulan nak masak. Tiba-tiba baru perasan santan habis. Nak pergi beli, duit tak cukup pulak, kena ambil duit dulu kat bank.

Jarak kedai runcit dengan rumah dalam kurang 1 kilometer, tapi jarak bank dengan rumah dalam 5 kilometer.

Transport yang ada kat rumah masa tu cuma motor, dia nak pergi bank, anak dia tidur lagi. Kalau bangun pon susah dia nak bawak motor sambil bawak anak yang berumur 6 bulan.

bawa anak

Itu yang kita boleh bayangkan, yang kita tak boleh bayangkan? Risiko-risiko yang mungkin akan berlaku? kemalangan? ragut? culik dan sebagainya?

Berbanding dengan mudahnya kalau setiap kedai runcit menyediakan perkhidmatan kedai runcit online. Apa yang puan suri rumah tadi kena buat?

Kena ada internet, dan peranti untuk melayari internet, kad kredit atau kad debit, kebanyakkan kad bank hari ni dah sedia jadi kad debit dah, kad bank hari ni banyak yang dah ada visa atau mastercard.

Layari kedai runcit online tu, pilih item yang dikehendaki, bayar melalui kad kredit atau kad debit, paling lama pun setengah jam kemudian, santan pun sampai.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,381)

Masa mula-mula pemilik kedai runcit mungkin akan rasa macam tak berbaloi je nak buat, sama juga dengan perniagaan-perniagaan lain dulu. Masa kedai online belum jadi satu trend, masing-masing fikir tak perlu, tapi bila tengok peniaga yang asalnya tiada premis, tiba-tiba boleh sewa atau beli terus lot kedai yang jadi idaman mereka. Barulah melopong.

kedai runcit online

Apa yang susahnya nak buat website? macam saya cakap sebelum ni, belajar buat website zaman sekarang ni bukannya susah, buku cara nak buat website dah belambak,terutama ebook buat website ni, memang la terbaik, ditambah pulak ada pulak buku cara nak buat kedai online, kalau nak lagi mantapkan ilmu, sambar sekali buku panduan bisnes online. Selesai semua masalah, pendapatan perniagaan akan meningkat berkali ganda.

domain murah

(Visited 140,884 times, 4,600,381)

Tak nak cuba?

kalau dah rasa susah sangat juga, ada modal yang agak banyak, upah je saya buat laman web kedai runcit online. hubungi saya hehehehe

 

Hasil carian :

(Visited 208 times, 4,600,381)

9 thoughts on “Kedai runcit online

  1. agak korang la ek..bape bayaran yg sewajarnya utk dikenakan kpd pembeli? RM2 or RM3? atau ikut jarak? sebab dlm proses nak buat online kedai runcit ni 🙂

    • kalau sayalah, saya cadangkan macam ni… klu bawah rm10 ke bawah rm20 ke, kita cas rm1 untuk satu penghantaran, lebih dari tu free ke, biasa delivery kedai runcit macam gas tu, sekitar taman je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge