Kedai buku bergerak memang wujud

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar? Korang pernah jumpa kedai buku bergerak? Saya pernah, minggu lepas… buat pertama kali dalam hidup. Kalau perpustakaan bergerak, balai polis bergerak, kedai runcit bergerak tu biasa lah jumpa.
Tapi kalau kedai buku bergerak, ini pertama kali saya jumpa dan yang menariknya, mobile book cafe ni lah peneraju kedai buku bergerak di Malaysia.

mobile book cafe
Masa mula-mula saya tengok lori mobile book cafe ni, saya tak rasa macam jatuh cinta pun, tapi bila saya bercerita dengan isteri saya pasal kedai buku dalam lori, saya rasa ianya unik.
Bila wife saya tanya macam mana rupa kedai buku dalam lori tu, saya terangkan “macam orang jual burger kat lori, macam orang jual sayur, jual ikan kat dalam lori, cuma yang ni jual buku, macam kedai buku tu, tapi dalam lori”.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,533 times, 4,591,170)

Hasil soal siasat saya dengan encik zikri yang membawa kedai buku bergerak ni ke tempat kerja saya, dia kata syarikat penerbitan buku yang lain ada juga buat lebih kurang yang sama, tapi buku-buku dari syarikat mereka sahaja.
Mobile book cafe ni membawakan kepada anda buku-buku dari pelbagai syarikat penerbitan buku.
Encik zikri ni cerita, masa awal-awal mereka nak melepaskan pemeriksaan keselamatan lori ni agak susahlah, sebab tak ada spesifikasi yang boleh dirujuk.
Ianya mengambil masa 8 bulan untuk mobile book cafe ni mendapat kelulusan dari jpj sebab tak pernah ada rekod sebuah kenderaan di ubah menjadi sebuah kedai buku, selepas bermesyuarat dengan jpj dan puspakom, buah pindaan, modified balik lori pertama mobile book cafe tu (agaknyalah), ulang lagi proses tu, barulah berjaya mendapat kelulusan untuk digunakan secara sah diatas jalan raya.

Kedai buku bergerak

Berdasarkan kata-kata dari encik zikri, mbc(mobile book cafe) ni dah ada 4 kedai buku bergerak, 2 di area lembah klang, 1 di perak dan satu, kedah yang dihandle oleh encik zikri ni.

mobile book cafe kedai buku bergeraklori kedai buku

lori mbc

yang ni lori encik zikri

Untuk mereka yang berada di bahagian utara semenanjung malaysia, kedah, pulau pinang, perlis, kalau nak jemput kedai buku bergerak ni, boleh roger encik zikri ni.

encik zikri mobile book cafeSelain dari membawakan kedai buku kepada anda, bukan anda yang pergi ke kedai buku, banyak lagi benda menarik yang di tawarkan MBC ni.

Mereka boleh bawa datang maskot, bawa datang penulis, malah, setiap sekolah yang menjemput MBC akan menerima sumbangan.

Pada pandangan saya, kedai buku bergerak ni banyak manfaatnya, terutama kepada masyarakat luar bandar.

Macam banting ni, walaupun tak jauh sangat dari klang, tapi nak ke klang semata-mata untuk beli buku fizikal ni, macam malas lak… hahahahaha

Tapi itulah yang membuatkan tabiat membaca semakin jauh dari amalan rakyat Malaysia, kalau ada membaca pun, sumber dari internet yang banyak membongak dari yang sahih (saya dah lama jadi penulis blog, saya tahu lah).

Selain dari tu, mobile book cafe ni juga menawarkan peluang perniagaan dengan palbagai pakej, saudara zikri ni pun antara rakan niaga mobile book cafe juga.

Masa beliau cerita kat saya, berbunga-bunga hati saya, rasa macam nak join je.

domain murah

(Visited 140,841 times, 4,591,170)

Kepada mereka yang minat membaca dan ingin berniaga, eloklah jadi rakan niaga MBC ni, mereka akan membantu anda dalam banyak perkara dan hidupkan budaya membaca kepada kesemua generasi.

membaca kan JAMBATAN ILMU.

Sambil-sambil tu, kalau terserempak lori MBC ni, beli lah buku dan join contest selfie bersama MBC.

Hasil carian :

(Visited 223 times, 4,591,170)

2 thoughts on “Kedai buku bergerak memang wujud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge