Kebaikan dan keburukan internet

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, hari ni saya nak cerita pasal kebaikan dan keburukan internet.

Setiap benda yang dicipta pasti ada kebaikan dan keburukannya. Kita sendiri sebenarnya yang menjadikan benda tu satu kebaikan atau keburukan.

Persepsi kita yang menjadikan benda tu jadi keburukan dan fikiran kita yang jadikan benda tu kebaikan.

Kebaikan dan keburukan internet

kebaikan dan keburukan internet

Sama juga dengan internet, kebaikan dan keburukan internet tu bergantung kepada kita, selaku pengguna internet

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,553 times, 4,595,399)

Untuk entri kebaikan dan keburukan internet kali ni, saya akan tekankan kepada 3 perkara yang sepatutnya jadi kebaikan, dan bukan keburukan iaitu:

  • Video conversation & kamera
  • Storan internet & file sharing
  • Media sosial & IM

Rasanya setiap benda didunia ni, asalnya dicipta untuk kebaikan, walau senjata sekali pun, kebaikannya, untuk kita memburu supaya kita dapat meneruskan hidup.

Yang memburukkan? manusia, bunuh sesama sendiri.

Sama macam 3 perkara di atas

Video conversation & kamera.

video conversation

Antara yang popular dan mungkin peneraju video conversation ni mungkin skype, tujuannya untuk memudahkan perhubungan terutama sekali jika 2 pihak tu jauh.

Contohnya ibu bapa tinggal di malaysia, si anak sambung belajar di London, kos telefon lebih mahal berbanding kos menggunakan telefon dan perbualan video menggunakan skype.

Pebualan lebih panjang dan paparan dapat melepaskan rindu ke dua-dua pihak, si ibubapa dan anak.

Tapi manusia salah guna, buat streaming online video lucah anda dia dan pasangan dan mengaut keuntungan tanpa rasa malu, dosa jauh sekali la nak ingat.

Ada pulak yang melepaskan nafsu depan kamera, tunjuk buah dada, tunjuk faraj, tunjuk punggung, tunjuk zakar, memuaskan nafsu depan kamera.

bogel webcam

Macam tu juga la dengan kamera, kalau dulu, kamera mana boleh nak masuk poket, rabak woo poket kalau masukkan kamera, seluar terlondeh kalau masukkan kamera.

Sekarang, kamera dah masuk poket, kadang cicir pon tak perasan, nasib baik ada cara nak cari handphone kamera yang hilang. Kurang ruang simpanan, senang nak berkongsi gambar tu dengan kawan-kawan dan keluarga.

Dah tak payah nak tunggu orang pos gambar melalui surat, tak payah nak cuci dan risau gambar pudar, simpan je dalam telefon atau komputer.

Tapi yang menjadi keburukan, ada pulak yang guna buat video lucah, ambil video rogol beramai-ramai, dan ugut pula mangsa rogol tu untuk menyebarkan video lucah tu kalau tak ikut kehendak mereka.

Nampak tak kebaikan dan keburukan internet berpunca dari siapa?

Storan internet & file sharing

Ruang storan di internet dan file sharing (berkongsi fail di internet)

internet storage

Kebaikan:

Kongsi fail yang tak boleh dihantar melalui email atas sebab keselamatan atau saiz yang melebihi had seperti perisian, pengaturcaraan, fail persembahan (presentation) dan video.

Sebagai backup fail penting dari komputer peribadi dan kamera digital.

Keburukan:

Kongsi software full patch crack, kongsi video movie filem terbaru, senang cerita kongsi fail cetak rompak, untuk orang lain download.

Kongsi gambar lucah dan video lucah.

Media sosial & IM

Haaaa… ni satu lagi kebaikan dan keburukan internet. Benda yang asalnya baik, tapi boleh jadi keburukan.

social media

Sebelum saya cerita pasal kebaikan dan keburukan media sosial dan IM(Instant messaging seperti whatsapp, telegram, facebook messanger dan sebagainya), saya nak ceritakan pengalaman saya.

Saya lahir tahun 80 an, dan saya antara generasi yang merasai pengalaman revolusi kepupusan teknologi lama dan kewujudan teknologi baru.

Saya merasai zaman internet 56k yang mana kena dail dan dengar bunyi ni sebelum dapat connect internet

Dan saya merasai kewujudan internet zaman sekarang, merasai kelahiran wifi.

Pernah satu masa, handphone saya tak ada kredit, dan saya berada dikawasan yang ada wifi. Walaupun telefon saya masa tu boleh bersambung dengan wifi, tapi masa tu whatsapp, telegram dan segala aplikasi IM yang lain belum popular atau mungkin belum wujud.

Dan masa tu saya terfikir, kalaulah saya boleh guna wifi ni untuk berhubung dengan kenalan saya yang lain menggunakan telefon kan best?

Sekarang ianya dah berlaku… itu satu kemajuan yang bagus dan ianya satu kebaikan internet yang boleh kita manfaatkan.

im

Tapi zaman sekarang, dengan adanya whatsapp, adanya telegram yang boleh cipta group, maka terciptalah group, ada group keluarga kecil, keluarga besar, keluarga alumni sekolah, group ex-housemate, group ex-dorm, group alumni kolej, group alumni universiti dan segala jenis group.

Bagus sebenarnya wujudkan group ni, yang tak bagus pun boleh tahan, lebih banyak yang tak best daripada yang best. Yang bestnya informasi tu lebih mudah disampaikan pada ramai orang pada satu masa.

Contohnya jemput kahwin ke, kelahiran baby baru ke, atau kemalangan atau kematian, lebih cepat disampaikan.

Apa yang tak best bila ahli group dok menyampaikan berita tidak sahih atau fitnah, atau lebih buruk lagi, hadis palsu atau lebih buruk dari yang buruk, ajaran sesat tanpa usul periksa.

domain murah

(Visited 140,858 times, 4,595,399)

Pokok pangkal kebaikan dan kerburukan internet, adalah bergantung kepada kita sendiri, sikap dan etika kita sebagai pengguna.

Baik peribadi kita, maka baiklah ia, begitu juga sebaliknya.

Hasil carian :

(Visited 909 times, 4,595,399)

3 thoughts on “Kebaikan dan keburukan internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge