Kalau pakai linux, hacker lettew

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar? adakah korang pun jenis manusia yang “kalau pakai linux, hacker la orang tu”?

Ceritanya bila sorang ahli group telegram geekers ber’pm’ dengan saya. Dan dia ingat saya ni hacker sebab saya pakai linux.

Mungkin pada dia, kalau pakai linux, hacker lah manusia tu.

pakai linux hacker

Dan macam saya jawab, tak semestinya orang yang pakai linux tu hacker.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,383)

Kalau pakai linux, hacker la ye?

Majoriti laman web kat dunia ni, termasuk lah blog-blog terutama blog self-hosted macam self hosted wordpress, kebanyakannya menggunakan server linux sebab lebih mudah dan murah berbanding server windows.

Macam mana saya tahu? Sebab saya dah mula membina lama web dah lebih 7 tahun.

Dari saya tak tahu apa kejadahnya hosting tu, kepada kenal apa itu bandwith, apache, nginx, mysql, php dan segala mak nenek, kepada shared hosting, vps dan ubat gigi.

Berbalik kepada pakai linux, hacker lah seseorang tu, saya kongsikan sikit print screen perbualan antara saya dengan mamat yang nak dikenali dengan nama haha je.

pandai hack telurnak belajar hacking

dan ini yang paling best.

guna tool hacking ke

tak taulah maksud sebenar haha ni, mungkin tool hacking la kot.

Hakikatnya saya bukan hacker, manalah saya tahu tool apa. Tools macam spanar, skrew driver, tukul dan lain-lain tu saya adalah dalam tool box saya. Tengok boleh, kalau nak pinjam jangan harap. hehehe

Ramai gak yang kata saya ni hacker, saya rasa saya tak layak nak digelar sebagai hacker dan saya pun tak tahu saya ni jatuh dalam kategori hacker yang mana

Sebab, semakin banyak yang saya belajar, semakin banyak yang saya tak tahu.

Pening? tak faham? hahahaha… Contoh paling senang macam ni la, menulis, sebelum kita pandai menulis, pastinya kita tak reti menulis kan? Bila dah pandai menulis, baru la kita tau ada banyak jenis tulisan, berangkai la, bersendi la, bersetubuh la, eh… yang tu tak de.

Lepas tu barulah kita tahu yang kita kena tahu pasal perkataan apa yang kena jarak, perkataan apa yang sambung, yang mana nak kena huruf besar, huruf kecil, kata nama am, kata nama khas dan sebagainya.

Lepas tu kena tahu bila masa nak guna tanda seru, tanda soal, koma, noktah dan segala tanda yang lain. Tak semudah yang disangka kan?

Macam tulah dengan hacking, tak semestinya bila orang tu pakai linux, hacker lah dia.

domain murah

(Visited 140,884 times, 4,600,383)

Linux ni ada banyak kelebihan dia, cuma kita tak banyak didedahkan akan penggunaannya je.

Orang yang guna komputer dan laptop apple a.k.a mac tu pun sebenarnya guna linux gak tu, banyak command line yang digunakan di debian, ubuntu dan sama waktu dengannya boleh digunakan di komputer mac tu.

Apa yang pasti, linux ni free, tak ada istilah windows pirate, maksudnya bila pakai linux ni, tak perlu nak cari crack ke, loader ke activator atau yang sama maksud dengannya…

Linux ni cuma satu lagi sistem operasi dan dia ada banyak pengeluar, ada ubuntu, debian, zorin os, suse, red hat dan banyak lagi.

Dan linux ni banyak kelebihannya, tapi ianya bergantung kepada pengguna tu sendiri.

Yang pasti, kalau pakai linux, tak semestinya orang tu hacker, tu je hehehehe

Hasil carian :

(Visited 329 times, 4,600,383)

One thought on “Kalau pakai linux, hacker lettew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge