Install Windows 7 dari usb

Macam mana nak Install Windows 7 dari usb drive? tulah yang berlegar dalam kepala otak saya semak samun ni bila tengah-tengah sibuk dengan 2 laman web yang nak di selesaikan ni, datang pulak orang mintak tengokkan laptop dia yang katanya ada kotak-kotak keluar bila laptop tu dihidupkan.

Biasanya saya memang akan mintak diorang bawak trus laptop tu dtg menghadap saya. Sebab… saya ada masalah nak berbincang perkara teknikal dengan orang bukan berlatarbelakangkan teknikal(dengan orang teknikal pon kadang bermasalah). Jadi saya pon hidupkan laptop dia dan tengok… ok… banyak problem dia nih… takpe… saya biarkan dia runkan segala mak nenek punya startup dulu… tengok apa lagi simptom-simtom dia. Wow… antivirus dia dapat kesan banyak virus, siap nak scan masa boot lagi… ok, jom kita reboot.

Tuuuuuuudddiaaa… banyak tul virus haaa… hmmm.. orang yang menggunakan ni kaki internet tegar nih… camne saya tau? saya taulaaaaa… sebab saya pon sama… hahahahaha.. walaupun virus-virus tu telah membuang punyalah banyak virus, tapi yelah.. cam kite kena chicken pox la… walaupun dah baik, kesan tu tak kan hilang terus kan?

Jadi untuk tidak menambah semak dalam pale otak saya yang dah berterabur dengan fail-fail nak buat website ni, adalah lebih baik saya cadangkan pada dia untuk format je. Lebih cepat dan SEGAR!!! hahahaha.

Persetujuan untuk format telah dicapai, fail pon saya dah backup sebaik saje saya ambil keputusan nak format laptop dia ni. Jadi bila dia dah setuju, fail pon dah dibackup, saya pon mulakan proses memformat, opkoslah pakai cd, tu yang dia bagi. Saya masukkan cd dia, restart, dia pakai acer aspire v3-471, untuk buatkan ianya boot dari cd, masa dia on tu, dengan kelajuan katak melompat, saya pon tekan F12 untuk buat pilihan nak boot dari mana, dan saya pilih dari cd.

Sekali logo start windows keluar… eh??? apahaaalll??? saya tak puas hati… saya takut saya terlepas pandang sesuatu sebab saya buat benda tu sambil nak siapkan website ni. Setelah 3 kali cuba, tetap gak gagal nak boot dari cd…. cd dia yang problem ke cd/dvd drive dia yang problem? ok… dah masuk windows, saya try bukak cd tu dari cd/dvd drive dia… tak boleh…. ade ke patut?? Klua error suruh masukkan cd/dvd kat dalam drive dia? buta ke apa? kan dah ada tu?

Jadi saya cuba masukkan cd dan dvd lain untuk test optical drive(cd/dvd drive) dia ni. Setelah 3 keping cd dan dvd saya cuba, ternyata hasilnya sama… maka kesimpulannya… memang optical drive dia ni buta (dah rosak). Ah sudah… nak kena carik jalan macam mana nak install windows 7 kat laptop dia ni tanpa menggunakan cd.

Kalau ubuntu, memang saya dah biasa sangat dah guna boot dari usb ni. Tapi windows? macam mana nak boot dari usb? Sebab macam dah sangat lama tak buat, jadi dah lupa. Oleh kerana saya adalah jenis orang yang bak kata kawan saya “Tiada pilihan untuk berkata tak boleh” jadi saya cari jalan penyelesaian. setelah penat merentasi beberapa laut, beberapa gunung, merentasi beberapa buah negara, akhirnya saya jumpa satu software ni. WiNToBootic nama dia.

Apa yang perlu kita buat? kita copy cd tadi, jadikan dia satu image file berformatkan .iso. Lepastu, bila kita bukak aplikasi wintobootic tu, macam nilah rupa dia lebih kurang.

wintobootic start

Yang belah kiri tu untuk kita pilih usb drive yang mana kita nak gunakan, kot-kot kita cucuk lebih dari 1 usb drive. yang belah kanan pulak, untuk kita pilih file iso yang kita dah buat tadi. Bila kita dah pilih usb drive yang mana kita nak, macam nilah sepatutnya rupa dia lebih kurang, kalau tak ada masalah lah.

install windows 7 dari usbTapi dalam gambar ni, dia masukkan iso image windows 8, saya lupa nak screenshot apa yang saya buat tadi, jadi saya search n gunakan gambar dari internet je. Kalau dah ok, tekan butang Do it! tu, dan paparan yang macam ni akan anda lihat.

bootloaderBila dia dah siap sumbatkan semua file ke dalam usb drive tu, dia akan keluar macam ni.

thanks terima kasih

Bila dah siap tu, tekan butang terima kasih (thanks) tu dan keluarkan pendrive tadi dan bootlah kat laptop bermasalah tu tadi. Macam laptop acer v3 tadi tu, saya tekan f12, lain laptop atau lain board, lain butangnya… ada yang tekan f11, ada yang f2, ada yang tak ada pilihan untuk pilih boot dari mana, kena setting kat bios dia pulak.

Dipendekkan cerita, bila dah dapat boot dari usb pendrive tu tadi, proses seterusnya adalah macam biasa. Itu saja dari saya…  kalau ada apa cadangan, teguran, pertanyaan, jangan segan-segan nak luahkan kat ruangan komen kat bawah. Asalkan berkaitan dengan topik ni. Kalau nak ajak kawen… macam tak boleh.. hehehehe

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,576 times, 4,599,140)

Hasil carian :

(Visited 121 times, 4,599,140)

2 thoughts on “Install Windows 7 dari usb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge