Ingat… Adab… Tertib…

Ingat… Adab… Tertib…

Ingat… Adab… Tertib… itulah kata-kata terakhir yang saya pesan kepada seorang agen one xox prepaid, yang telah menganggu waktu petang jumaat saya minggu lepas.

Kisahnya berlaku bila tiba-tiba saya dapat mesej whatsapp dari nombor yang tak dikenali beserta dengan beberapa gambar speedtest.

mesej whatsapp dari orang yang tak dikenali

Ni lah mesej beliau, atas dasar kemanusiaan, dan beberapa aspek yang lain, saya tutup nombor dia dan beberapa perkara lain.

Tapi ada sesetengah perkara sengaja saya dedahkan supaya menjadi peringatan dan pengajaran kepada mereka yang lain.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,533 times, 4,591,169)

Bila saya tunjukkan gambar ni kepada sorang rakan, dia cakap, die block je orang macam ni, padan muka dia…

Itu jugaklah yang saya nak buat mula-mula. Tapi dek kerana hati panas, saya nak maki dia, tapi saya ingat, entri saya sebelum ni. marah dan kesannya.

Jadi saya ‘sound dia sikit’ saya tunjuk yang saya marah, tapi menggunakan bahasa yang agak lembut.

layan orang tak dikenali

Bila dia cakap bukan nak promosi, nak kongsi kebaikan, lagilah menggelegak, “ayat orang MLM, huh” tu yang terdetik dalam hati saya, dan saya terus teringat kepada sorang rakan sekerja ni.

Owh… ni dah kira salah guna data ni, jadi saya mengadu kepada pihak laman web yang saya kaburkan tu, mamat ni mendaftar ke laman web yang saya kaburkan tu untuk kutip nombor telefon dan “berkongsi kebaikan” kepada semua pengguna telco di malaysia.

Memang marah sangatlah masa ni, tapi saya tenung mesej yang saya anggap spam tu, memang kata-kata maki hamun dah terkumpul dalam otak ni.

Tapi saya tenang, saya ingat balik entri marah dan kesannya tu, dan saya ingat balik, umur saya dah makin banyak, sepatutnya saya lebih matang.

Saya fikir, saya sebagai orang yang matang, patut bimbing budak macam ni. Jadi saya “sekolah” kan dia sikit.

adab promosikan barang

Masa taip ni betul tengah tahan marah, andai kata dia tak nak mengalah, memang lebih kasarlah kata-kata yang akan diterima.

Walaupun dia insist dengan bukan nak promosi tapi nak berkongsi, tapi dia akhiri dengan minta maaf, so kuranglah sikit panasnye…

Bukan apa,masa ni saya tengah tunggu whatsapp dari orang yang penting, tiba-tiba masuk whatsapp berderet, kalau saya guna handphone percuma yang saya dapat dulu tu,mau ‘hang’ dah handphone saya tu.

Lepas tu  saya bayangkan keadaan sebenar, cubalah anda tengah menikmati nasi putih, kari kambing, papadom dengan teh o ais limau diwaktu rehat tengah hari anda. Tiba-tiba datang orang macam ni.

Salam, bla… bla… bla… ape sume… tak perkenalkan diri, tak ada mintak maaf mengganggu masa abang, takde mintak izin nak “berkongsi” maklumat, terus je tabur. Masa tu mungkin nasi kari kambing dah penuh dimuka beliau, dibilas dengan teh o ais limau.

Kalau saya betul nak bertukar ke onexox ni, saya roger jela bro anarm nih. ape ade hal kan? nombo die saya dh save siap-siap dah

domain murah

(Visited 140,841 times, 4,591,169)

Ingat… adab… tertib mesti mau ada..

Adab, apa yang saya maksudkan dengan adab, bagi salam, mohon menggangu masa orang tu,perkenalkan diri, mintak izin nak berkongsi info, dan sebagainya.

Tertib, dalam islam kan tertib tu penting, dalam rukun solat, pon ada tertib, iaitu mengikut turutan, bukannya dah kena lempang baru nak bagi tahu nama, bagi salam, perkenalkan diri, dan benda-benda yang beradab lah.

Harap entri ni memberi panduan dan sempadan kepada semua

 

Hasil carian :

(Visited 475 times, 4,591,169)

15 thoughts on “Ingat… Adab… Tertib…

  1. boleh tanah garang Along ni… tapi betullah tu…menahan marah lebih baik dari melepaskan untuk memuaskan perasaan … kesan balas mungkin tak begitu menyenangkan…

    saya teringat kata2 dalam cerita Lion King… problems occur… either you learn from it or run from it… lebih kurang begitu… biasa nya dalam kes macam ni saya run from it…
    Najib Ariyan kata cerita ni best –>>THE ALLIANCE BANK SABAH COASTAL RUN 2015

  2. Tiba2 ada pingback masuk blog, dari entri ni.. 😀

    Aku pun tak boleh terima cara promote macam tu.. Tak kenal pastu tiba2 terus bagi msg macam tu.. Dengan tujuan nak berkongsi.. Memang tak salah berkongsi, tapi cara berkongsi tu yang salah..

    Kalau kita tengah makan nasik tiba2 datang orang promote macam tu, memang rasa nak marah je.. Tapi oleh sebab dulu aku pernah kerja direct selling, jadi faham sikitlah bila kadang2 tu terpaksa jugak jumpa dgn orang yg tgh makan nasik, untuk jual barang, nak kejar target sale.. Cuma kalau cara kita buat tu betul, orang makan nasik pun boleh beli barang yg kita jual.. Salah cara memang kena maki..

    Adab tertib tu memang penting..
    Anarm kata cerita ni best –>>Komisen Ke 3 dari Mobicow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge