iklan bertukar-tukar

Akhir-akhir ni saya sangat komited nak tambah pendapatan dari rumah, jadi banyaklah iklan yang saya terpaksa masukkan dalam blog ni, tapi saya tak nak lah tamak sangat sampai pelawat dan pembaca blog ni rasa semak dengan iklan yang lebih memenuhi ruang blog berbanding isi blog, jadi apa yang saya buat adalah dengan buat iklan bertukar-tukar.

Iklan-iklan tu untuk mereka yang rajin baca di blog ni dan mempunyai keinginan untuk menambah pendapatan dari rumah tanpa perlu kerap keluar.

Ok berbalik kepada tajuk iklan bertukar-tukar adalah, kalau anda lihat disidebar saya, disebelah kanan ni, ada iklan, setiap kali anda ke post lain, iklan tu akan bertukar, jadi macam mana saya buat iklan tu bertukar-tukar?

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,893)

adalah dengan menggunakan ads by datafeedr.com satu plugin untuk pengguna wordpress menguruskan iklan. cara penggunaan, memula sekali install ads by datafeedr.com tu, ada 2 cara, sama ada cara dengan download ads by datafeedr.com tu atau dengan install dari search dari page add new plugin.

Untuk cara download, klik link ads by datafeedr.com tu dan download plugin tu, lepastu, bawak cursor ke menu Plugins kat sebelah kiri, klik pada add new

add new plugin wordpress

lepastu klik pada upload plugin, kat sebalah kiri atas tu…

upload plugin wordpress

klik choose file, pilih file yang korang baru download tadi, dan tekan install now…

choose file

bila dah siap proses tu, klik pada activate plugin.

activate plugin

macam tu jugak dengan cara lagi satu, klik pada add new di page plugin installer tu

plugins add new wordpress

pada kotak search kat belah kanan tu, taipkan ads by datafeedr.com

ads by datafeedr.com

dan salah satu hasilnya adalah ini, so klik pada install now kat tepi tu

install plugin iklan

akan keluar kotak macam ni.

pasti dengan pilihan

tekan je ok, dah siap, klik pada activate plugin macam kat atas tadi. bila dah siap, kita klik pada add new ad macam dalam gambar kat bawah ni…

masukkan iklan

 

langkah seterusnya adalah, masukkan tajuk iklan yang korang nak masukkan tu kat nombor 1(gambar kat bawah), macam yang saya buat ni, saya letak tajuknya jobdirumah

masukkan kod iklan

kat dalam kotak nombo 2 masukkan kod yang akan digunakan. langkah seterusnya, pilih group iklan, kalau takde group lagi, create satu group dengan tekan add new group. macam saya ni, saya buat satu group yang diberi nama sky, sebab group tu adalah untuk iklan yang jenis skycraper

group adskalau korang ada 3 ke 4 ke 5 ke 6 ke iklan, buat langkah yang sama, klik add new ad, masukkan tajuk ads, masukkan kod, pilih group, tekan publish, ok, langkah yang seterusnya adalah macam mana nak masukkan kod plugin ni kat tempat yang kita nak.

Sekarang, bawak mouse kat sebelah kiri skrin, nampak tak yang tulis setting tu? haaa… bawak mouse g setting dan klik pada ads

setting ads by datafeedr.com

bila keluar paparan macam ni, saya cadangkan, korang tick kotak Enable shortcodes in Text Widgets tu, supaya korang boleh guna shortcode bile nak masukkan kod kat widget text.

enable shortcode wordpress

kotak yang bawah, yang enable ad impression count for admin(s) tu, terpulang la kalau nak tick. dah buat pilihan? klik save changes…

lepas tu, masih kat page yang sama, kita akan copy kod nye pulak…

ok, ni tricknye… kat sinilah yang akan menentukan macam mana iklan kita keluar, sama ada dia akan bertukar-tukar, atau dia keluar semua sekali, kalau kita buat 5 ad dalam 1 group, kelima-lima akan keluar atau dia rotate.

kod iklan bertukar

penerangan:

no.1 pilih jenis kod yang kita nak, kalau nak masukkan dalam entri atau dalam widget, pilih shortcode lah… kalau nak masukkan dalam theme, pilihlah php.

no.2 pilih group yang kita nak gunakan, cam sekarang ni, saya nak guna group sky tadi.

no.3 yang ni yang paling penting, kita nak paparkan berapa ads atau iklan pada satu-satu masa, kalau kita nak keluarkan semua sekali serentak, biarkan je tak payah isi apa-apa. kalau kita nak 1 je iklan yang keluar, dan dia akan rotate atau bertukar bila kita refresh atau tukar page, letaklah nilai 1.

no.4 ni pulak turutan ads tu nak keluar, saya lebih suka dia keluar ikut suka hati dia je. jadi saya pilih random.

dan yang akhir sekali, nombor 5, kod… copy kod tu tu dan paste lah kat mana yang kita nak gunakan… senang je kan? kan? hehehehe…

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,893)

Hasil carian :

(Visited 94 times, 4,598,893)

6 thoughts on “iklan bertukar-tukar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge