Idea bahan untuk blogger baru

Idea bahan untuk blogger baru

Carik idea bahan untuk blogger baru? Jangan kata blogger baru, blogger lama yang dah dekat 10 tahun blogging macam saya ni pon selalu ketandusan idea, sebab tu tak popular kot. hehehe.

Entri ni adalah sambungan entri dua hari lepas iaitu Permulaan dalam dunia blogger, yang mana didalam tu saya kongsikan apa yang nak ditulis untuk entri pertama (kalau anda betul-betul belum ada idea nak tulis apa).

Ok, cukup dengan pengenalan, kita sambung cerita. Saya nak kongsi pendapat saya untuk idea bahan untuk blogger baru.

idea bahan untuk blogger baru

Untuk entri kedua atau mungkin yang seterusnya, idea bahan untuk blogger baru yang saya cadangkan adalah tentang diri anda.

Saya cadangkan buat tajuk siapa saya sebenarnya. Cerita pasal diri anda, pengenalan tentang diri anda, nama anda yang anda nak pembaca blog anda kenal. Contohnya macam saya, saya nak orang kenal saya sebagai alongxp, atau boleh panggil along.

Elakkan mendedahkan nama penuh anda dan nombor ic anda.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,176)

Terangkan sedikit sebanyak pasal diri anda, umur anda, status anda kalau tak keberatan, anak dara ke janda ke duda ke isteri orang ke.

Masih belajar ke, dah kerja ke, isteri nombor berapa ke, anak dah berapa.

Contohnya anda seorang mommy kepada seorang anak, anda seorang anak kepada mak mah dan cik daud, seorang adik kepada seorang abang, seorang kakak kepada dua orang adik.

Benda ni subjektif, maksudnya terpulang pada idea anda sendiri, saya cuma bagi pendapat.

Nak tambah ke nak letak ke, tu terpulang. Benda ni sebagai satu idea untuk anda sebelum anda mencipta page ‘ About ‘ di blog anda.

Kongsikan apa yang anda suka dan tak suka. Macam jenama kegemaran, makanan kegemaran, warna yang disukai.

Apa yang anda tak suka, contohnya tak suka lantai berhabuk, tak suka orang pakai seluar panjang kat rumah, tak suka pakai baju dalam seluar, tak suka stokin pendek dan apa sahaja.

Kalau rasa macam ringkas sangat, tambah lagi idea bahan seperti kelebihan dan kekurangan anda.

Contohnya:

Kelebihan:

Comel, kurus, tinggi, handsome macam alongxp, pandai masak, pandai repair komputer macam alongxp, pandai drift kereta control, pandai menjahit, pandai memikat. pandai berdebat.

Kekurangan:

Alergi telur, takut lipas, takut tinggi, pelupa.

Untuk permulaan dalam dunia blogging ni, pada saya, isi bukan keutamaan, objektif di awal ni adalah untuk melatih diri anda untuk menulis. Merapatkan hubungan anda dengan blog anda.

Kita berhenti sampai sini sahaja dulu.

domain murah

(Visited 140,883 times, 4,600,176)

p/s: cuba amalkan bawa pen dan buku nota kecil, catat point-point idea.

 

 

(Visited 58 times, 4,600,176)

20 thoughts on “Idea bahan untuk blogger baru

  1. Cara paling senang nak dapat idea nak tulis blog adalah cari apa minat kita dulu. Dan minat kita tu mesti yang boleh kita tulis dalam blog. Macam saya minat politik, sastera, novel, isu semasa, buku, jadi itulah perkara perkara awal yang saya kongsikan dalam blog saya dulu.
    MNH kata cerita ni best –>>NAJIB WAJAR IKUT RAFIZI

    • tak tahulah ko pernah tengok ke tak, tapi memang ada orang yang sentiasa bawak voice recorder dan rakam suara sendiri, mungkin cara tu boleh di gunapakai pada ko…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge