Homestay Tawau Sabah Murah

Homestay Tawau Sabah Murah

Mencari homestay tawau sabah murah tapi puas hati. Itu yang terdetik dalam hati bagi golongan yang belum ada banyak duit macam saya. Secara jujurnya, saya tak banyak pengalaman menginap kat homestay sampailah abang ipar saya sewa satu homestay kat shah alam, untuk keluarga belah dia dan isteri menginap satu malam kat situ sebab esoknya dia nak ke lubnan selama setahun.

Keluarga mertua saya dah beberapa hari ada dirumah saya sebelum tu lagi, jadi petang tu, masa kami nak gerak ke shah alam, saya tengok isteri dan mak mertua saya sibuk masak lauk dan bungkus benda-benda sampingan lain macam kopi,gula dan benda-benda lain.

Terfikir dalam hati, “kat homestay tu tak kan tak ada apa-apa langsung?” tapi pertanyaan tu kekal dalam hati jelah sebab tak banyak pengalaman duduk di homestay,pengalaman di hotel tu adalah jugak.

Saya pernah duduk di hotel pon kebanyakkannya atas urusan kerja, kerja full time, part time, half time, first half, second half, masa kecedereaan. Eh macam bola pulak… Mentang-mentang malaysia dapat masuk aff suzuki. Hehehe…

Ok, berbalik kepada cerita homestay ni. Tak banyak rupanya homestay yang sediakan keperluan asas macam beras, gula dan sebagainya. Ok barulah saya tahu.

Even kalau hotel pon dia sediakan sabun, syampu, teh atau kopi, gula dan benda asas je. Kalau nak makan, kena ke restoran hotel. Habis tu kalau homestay macam mana pula?

Ok.. Balik kepada tajuk homestay tawau sabah murah, terikir tak mana nak cari homestay tawau sabah murah? Kenapa saya terfikir nak cari homestay di tawau? Sebab kan saya pernah cakap, sabah adalah satu-satunya negeri yang saya tak pernah sampai lagi di Malaysia ni.

Jadi saya teringinlah nak ke sabah, tapi budget belum ada, tak ada pihak yang nak sponsor. Hehehehe. Saya terfikir nak bawak keluarga saya (mak ayah dan adik-adik saya) dan keluarga isteri saya (mak ayah dan adik beradik dia) ke sabah. Jumlah orang yang akan pergi adalah antara 10 hingga 17 orang. Ada siapa-siapa nak sponsor? Hahahaha.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,576 times, 4,599,139)

Kalau dah ramai macam tu, tak kan lah nak sewa bilik hotel kan? Berapa bilik nak sewa? Berapa pula kos penginapan kan? Jadi kalau dah ramai macam tu, homestay lah pilihan untuk penginapan. Jadi homestay mana kat tawau yang saya akan ambil? Pastinya homestay

Kenapa perlu memilih homestay ni? Sebab banyak kriterianya. Antara yang utama tentulah kos, zaman bapak mahal harga barang ni, setiap sen tu kena kira. Habis tu homestay ni akan menjimatkan kos ke? Sudah tentu… Macam mana?

Homestay paling murah antara pesaing-pesain lain. Kenapa? Berapa murah? Tak percaya ke? Kalau tak percaya tengok sini

Selain dari tu, homestay ni menyediakan keperluan asas yang kita perlukan sepanjang kita tinggal di J3 homestay tawau ni macam beras, minyak masak, bawang,garam, gula, teh dan macam-macam lagi. Jadi tak payah nak pening kepala sangatlah bila tinggal di homestay J3 ni.

Ok, sikit info pasal J3 Homestay tawau ni.

homestay mewah murah

Homestay 3 tingkat, ada 4 bilik dan 3 bilik air, memang sesuai sangat dengan keperluan orang yang ada idea macam saya ni tadi atau kalau anda perlu tempat tinggal di tawau sempena nak hantar pengantin ke majlis apa-apa.

homestay 4 bilik di tawau

Ada astro+tv, ada aircond, ada kipas remote, ada dapur dengan barang-barang yang banyak, ada mesin basuh, ada seterika ada macam-macam. Tak perlu nak pening kepala.

ruang tamu homestay j3

ruang tamu homestay j3 tawau ,sabah

dapur homestay j3

ruang dapur homestay j3 tawau, sabah

Kedudukan J3 Homestay Tawau juga adalah amat strategik dan berdekatan dengan Bandar Tawau:
 *Hanya 8 minit  dari Bandar Tawau, Eastern Plaza, Pasaraya Besar Giant, Pasar Tanjung Tawau, Pasar Gantung dan Pasar Minggu Takada.*Terletak berdekatan dengan Kompleks Sukan Tawau, sekolah-sekolah dan masjid.*Ada pondok polis, pasaraya, cold storage, pasar ikan dan sayur, restoran, bengkel, salun & klinik 1 Malaysia dalam jarak 1-2 minit dari kawasan homestay.

*Hanya 15 minit dari pusat rekreasi & pelancongan Taman Bukit Tawau (Tawau Hills Park). Di sini anda boleh melihat pokok yang tertinggi di Asia Tenggara dan juga air terjun yang menarik.

*Mudah mendapatkan pengangkutan awam. Ada perhentian bas dalam lingkungan 40 meter dari kawasan homestay.

*Penduduk di sekitar homestay terdiri daripada polis, tentera, guru, jururawat. Kawasan kejiranan adalah baik & selamat.

Info lanjut mengenai homestay tawau ni, boleh didapati melalui :
email           : homestaytawau@gmail.com
sms/whatsapp : 013-5499-359

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,599,139)
p/s: saya dah survey, memang j3 homestay ni lagi murah dari homestay 3 bilik. amat berbaloi!!

Hasil carian :

(Visited 665 times, 4,599,139)

18 thoughts on “Homestay Tawau Sabah Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge